Saturday, March 27, 2010

(aids dan kanak-kanak ) kesihatan dan kanak-kanak

PENDAHULUAN.

Pada masa ini, AIDS masih lagi tidak boleh di ubati. Di Malaysia, lebih 50% daripada mereka yang HIV positif terdiri daripada golongan yang berusia di bawah golongan umur 30 tahun. Tidak menghairankan sekiranya kita berharap bahawa kita tidak mengenali mereka yang dikategorikan dalam kumpulan ini. Namun, 18% daripada golongan belia (18-21tahun) dan 5% daripada pelajar sekolah menengah di negara kita pernah mempunyai pengalaman seksual dan sudah menjadi kepastian yang kita akan mengenali sekurang-kurangnya seorang yang berada pada lingkungan umur ini.

HIV, iaitu virus yang menyebabkan AIDS, membunuh dengan merosakkan system pertahanan badan untuk melawan penyakit-penyakit yang lain. Berjuta-juta orang di seluruh dunia dijangkiti penyakit ini dan bilangannya meningkat setiap tahun. Bilangan bayi yang dilahirkan dengan HIV juga bertambah. Di samping itu, berjuta-juta kanak-kanak yang tidak dijangkiti akan menjadi yatim piatu akibat AIDS sepanjang tahun 1990-an. Sekarang ini, senjata menentang penyebaran AIDS hanyalah memberi pendidikan kepada orang ramai. Oleh sebab itu, setiap warganegara di setiap Negara perlu mengetahui bagaimana mengaja diri daripada mendapat dan menyebarkan AIDS.

Kanak-kanak memainkan peranan utama melindungi diri mereka sendiri, menyebarkan mesej kepada orang lain dan menolong mereka yang mendapat AIDS atau mereka yang ditinggal tanpa ibubapa. Untuk menyempaikan mesej ini, mereka mesti memahami bagaimana virus yang menyebabkan AIDS menjangkit dan disebarkan. Selain itu, Pendidikan dikatakan sebagai alat yang paling berkesan dalam menghentikan perebakkan penyakit AIDS. Namun, kandungan pengajaran adalah tidak kurang pentingnya berbanding dengan cara kita menyampaikan mesej pengajaran kita mengenai penyakit yang merbahaya ini kepada kanak-kanak.




DEFINISI AIDS:

AIDS disebabkan oleh HIV, iaitu virus “human immunodeficiency”, yang merosakkan sistem pertahanan badan. Mereka yang mempunyai AIDS akan menjadi lemah disebabkan oleh badan mereka telah hilang keupayaan untuk menentang semua jenis penyakit. Mereka akhirnya akan meninggal dunia. Tiada penawar bagi HIV.

Lazimnya, sistem pertahanan manusia bertindak sebagai perisai yang melindungi manusia daripada bakteria, virus dan sebagainya. Apabila virus HIV masuk dalam badan, ia mula merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil 'CD4 helper lymphocyte' (sel pembantu CD4). Sel CD4 bertindak sebagai utusan kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh badan yang lain, memberitahu mereka untuk melawan organisma yang menceroboh. HIV melekat dan menjangkiti sel CD4 dan mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV.

Dalam proses ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan lain. Apabila perisai ini lemah atau hilang, individu terbabit dikatakan dijangkiti AIDS. Mereka yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma. AIDS boleh melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.

Kebanyakaan keadaan ditakrifkan sebagai AIDS juga merupakan "jangkitan mengambil peluang" yang jarang menyebabkan bahaya pada orang yang sihat. Diagnosis AIDS juga diberikan kepada individual dijangkiti HIV apabila kiraan sel-T CD4+ jatuh di bawah 200 sel/millimeter persegi (mm3) darah. Orang dewasa sihat biasanya mempunyai bilangan sel-T CD4+ sekitar 600-1,500/mm3 darah. Bagi kanak-kanak dijangkiti HIV di bawah 13 tahun, takrifan CDC bagi AIDS adalah sama dengan remaja dan dewasa, kecuali dengan tambahan jangkitan yang biasa dilihat bagi pesakit kanak-kanak dengan HIV.


PUNCA- PUNCA AIDS.

1. HIV dipindahkan melalui cecair badan yang telah dijangkiti HIV.

• Melalui hubungan seks, iaitu air mani atau cecair di dalam vagina orang yang dijangkiti HIV. HIV boleh disebarkan dengan cara ini daripada orang lelaki kepada prang lelaki, daripada wanita kepada wanita dan daripada wanita kepada lelaki. Di seluruh dunia sembilan daripada sepuluh jangkitan di kalangan orang dewasa telah di sebarkan melalui hubungan seks.

• Wanita yang dijangkiti HIV mempunyai 30 peratus kemungkinan yang anak mereka akan dijangkiti dengan HIV. Kebanyakan bayi yang di jangkiti virus berkenaan akan mati sebelum mereka berumur tiga tahun.

• Jika ibu dijangkiti HIV, terdapat risiko yang virus ini akan menjangkiti anaknya melalui penyusuan susu ibu. Tetapi di kawasan yang pemakanan tak seimbang dan penyakit merupakan sebab utama kematian bayi, tidak memberi susu ibu lebih membahayakan bayi. Tanpa air yang selamat, botol dan putting yang disteril lebih berkemungkinan menjadi sakit, tak seimbang pemakanannya dan mati berbanding dengan bayi yang mendapat susu ibu. Dalam keadaan yang sedemikian, lebih selamat memberi susu ibu kepada bayi walaupun ibu di jangkiti HIV.

• Di beberapa buah Negara, ujian HIV boleh dilakukan jika suami isteri itu bimbang yang salah seorang daripada mereka telah dijangkiti HIV. Keputusan yang diperolehi boleh membantu mereka untuk memutuskan sama ada mereka inginkan anak atau tidak. Walaupun mungkin hanya lelaki yang dijangkiti, wanita juga boleh dijangkiti melalui hubungan seks semasa berusaha untuk mengandung. Ini meletakkan ibu dalam keadaan bahaya.


2. Melalui suntikan yang dibuat dengan menggunakan jarum atau siring yang
tidak disterilkan.

• Jarum atau siring boleh dicemari dengan darah orang yang disuntik. Jika darah tersebut mengandungi HIV dan jika jarum atau siring yang sama digunakan untuk menyuntik orang lain tanpa disterilkan terlebih dahulu, maka HIV boleh disebarkan melalui suntikan.

• Mereka yang menyuntik diri mereka sendiri dengan dadah menghadapi risiko tinggi untuk mendapat AIDS. Begitu juga dengan seseorang yang melakukan hubungan seks dengan orang yang menggunakan jarum untuk menyuntik dadah.

• Program perlalian kebangsaan menggunakan jarum yang telah disteril terlebih dahulu setiap kali selepas digunakan. Oleh itu, perlalian adalah selamat. Semua bayi patut diberi perlalian lengkap semasa tahun pertama kehidupan mereka.

• Biasanya suntikan-suntikan lain tidak perlu kerana banyak ubat yang boleh diambil melalui mulut. Jika suntikan perlu, ia mestilah diberi oleh orang yang terlatih dengan menggunakan jarum yang di steril.

• Penindikan telinga, rawatan pergigian, membuat tatu, penanda muka, dan akupunktur adalah tidak selamat jika peralatan yang diguna tidak disterilkan. Bercukur di kedai rambut juga tidak selamat seandainya pisau cukur yang digunakan tidak disteril.

3. tranfusi darah

• Melalui tranfusi darah jika darah yang digunakan tidak diuji terlebih dahulu untuk mengesan HIV.


TANDA-TANDA SESEORANG YANG HIV POSITIF

• Seseorang yang positif HIV dikatakan mempunyai AIDS apabila daya pertahanan badannya telah dirosakkan oleh virus HIV dan ditimpa jangkitan HIV yang teruk. Tanda-tanda jangkitan HIV dan AIDS mungkin tidak timbul untuk beberapa tahun dan seseorang mungkin tidak mengetahui yang dia telah mendapat penyakit ini. Walaubagaimanapun individu terbabit masih boleh meyebarkan virus HIV kepada orang lain pada peringkat ini. Jangkamasa tanda-tanda ini timbul bergantung kepada individu. Jika individu yang positif HIV tidak mendapatkan rawatan, ia akan mengambil purata 8-10 tahun daripada HIV kepada AIDS.

Secara ringkas, apabila sistem pertahanan tubuh dilumpuhkan oleh penyakit AIDS/HIV, tanda-tandanya termasuk:

1. Terlalu lemah dan lesu - kondisi badan yang tidak bermaya dan tidak bersemangat seperti orang lain. Ini kerana, badan mereka telah hilang keupayaan untuk menentang semua jenis penyakit
2. Penurunan berat badan yang mendadak - pesakit yang mengidap penyakit ini membuatkan mereka kurang selera makan. Ini menyebabkan berat badan mereka turun secara mendadak.
3. Demam panas yang kerap - virus “human immunodeficiency”, yang merosakkan sistem pertahanan badan mereka. Ini menyebabkan mereka mudah di jangkiti penyakit yang lain
4. Peluh malam - virus yang menyerang mereka membuatkan badan mereka berada dalam keadaan yang tidak selesa. Ini menyebabkan mereka mudah berpeluh sewaktu malam.
5. Kelenjar limfa membengkak- kelenjar limfa di anggota tertentu membengkak apabila ada jangkitan
di kawasan berkenaan. Contohnya, bengkak kelenjar limfa di leher selalunya berkait dengan masalah tekak atau telinga. Bengkak kelenjar di pangkal paha berkait dengan jangkitan di kaki atau kemaluan. Manakala bengkak kelenjar limfa di belakang telinga mungkin berkait dengan jangkitan di kulit kepala, Rubella, penyakit Kawasaki atau jangkitan Epstein-Barr Virus (juga dikenali sebagai Infectious Mononucleosis).

Jika bengkak kelenjar terjadi di seluruh anggota badan dan diikuti bengkak pada bahagian hati dan limpa, doktor akan melakukan pemeriksaan dan ujian selanjutnya kerana dikhuatiri ia satu petanda masalah barah seperti leukemia atau lymhoma. Malah, penyakit tuberculosis (batuk kering) juga boleh menyebabkan bengkak kelenjar limfa yang terjadi di sebahagian besar anggota badan pesakit.
6. Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. - ruam ini akan tumbuh di lapisan dalam mulut . ini boleh menyebabkan pesakit tersebut mengalami tidak berselera untuk makan.
7. Cirit-birit yang kronik - cirit-birit yang kronik boleh menyebabkan pesakit hilang tenaga. Dan lebih cepat untuk meninggal dunia.
8. Batuk kronik - pesakit akan mengalami batuk yang luar biasa, sehingga mengeluarkan darah.
9. Hilang ingatan - Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat.

KESAN AIDS TERHADAP KANAK-KANAK

AIDS kini membawa ancaman yang lebih tinggi berbanding sebelumnya kepada kanak-kanak. Di seluruh dunia, kanak-kanak di bawah umur 15 tahun mewakili 1 daripada 6 kematian yang berkaitan dengan AIDS dan 1 daripada 7 jangkitan-jangkitan HIV yang baru. Seorang kanak-kanak di bawah umur 15 meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan AIDS setiap minit setiap hari, seorang anak muda berumur di antara 15–24 tahun mendapat jangkitan HIV setiap 15 saat manakala 15 juta orang kanak-kanak di seluruh dunia telah menjadi anak yatim disebabkan oleh AIDS. Di Malaysia, jangkitan-jangkitan HIV yang baru kini berganda dua kali setiap tiga tahun dengan purata 17 orang diuji HIV positif setiap hari. Daripada 74,000 orang yang telah dijangkiti di Malaysia, lebih kurang empat puluh peratus (40) daripada mereka adalah yang berumur kurang daripada 29 tahun. Jangkitan HIV daripada ibu kepada anak juga telah meningkat daripada 0.2% pada tahun 1991 kepada 1.2% pada tahun 2005.

Kesan AIDS terhadap Kanak-kanak: Tekanan psikososial Penyakit dan kematian kedua ibubapa telah menyebabkan tekanan psikososial yang dahsyat– yang menjadi lebih teruk disebabkan oleh stigma dan rasa malu yang berkait dengan HIV/AIDS. Kesukaran Ekonomi Dengan kedua ibubapa tidak dapat bekerja, dan simpanan yang ada terpaksa dihabiskan untuk penjagaan, kanak-kanak mungkin terpaksa mengambil-alih tanggungjawab orang dewasa seperti menjaga ahli keluarga yang sakit dan juga mencari

sumber pendapatan untuk menampung keluarga. Pendidikan dan Persekolahan Tekanan untuk mencari pendapatan dan menjaga kedua ibubapa dan adik-beradik yang lain boleh membawa kepada kanak-kanak ini tidak dapat selalu menghadirkan diri ke sekolah atau terpaksa berhenti daripada sekolah. Tekanan untuk meninggalkan sekolah semakin menjadi sekiranya salah seorang atau kedua ibubapa meninggal dunia. Kekurangan nutrisi dan Penyakit Kanak-kanak, lebih-lebih lagi mereka yang yatim piatu mempunyai kebarangkalian yang lebih untuk mendapat kekurangan nutrisi atau jatuh sakit dan kurang mendapat penjagaan sekiranya mereka memerlukannya.

Kemiskinan merupakan faktor penyebab utama, tetapi pembiaran dan diskriminasi oleh orang-orang dewasa di mana penjagaan kanak-kanak ini telah diberikan juga merupakan faktor-faktor utama yang lain. Kehilangan harta warisan Kanak-kanak yatim piatu ini juga selalnuya ditipu daripada harta warisan mereka. Ketakutan dan Pemisahan Kanak-kanak yang telah dipisahkan mungkin dipaksa ke tempat-tempat yang tidak dikenali dan tidak selamat. Meningkatnya Risiko terhadap jangkitan HIV Miskin dan tanpa kedua ibubapa untuk mendidik dan melindungi mereka, kanak-kanak yatim piatu dan kanak-kanak yang HIV/AIDS telah memberi kesan kepada kehidupan mereka terpaksa menghadapi penderaan dan risiko, termasuklah kemungkinan jangkitan HIV. Ramai yang telah dipaksa untuk melakukan kerja yang merbahaya – termasuklah menggantikan duit dengan seks; makanan; perlindungan; dan juga tempat berlindung.


CARA-CARA MENCEGAH AIDS BERSAMA KANAK-KANAK.

1. Membuat poster
- Poster yang di buat mestilah yang mengandungi fakta tentang HIV dan AIDS.
- Mudah di baca dan di fahami oleh kanak-kanak
- Lukisan yang ingin di paparkan mestilah jelas dan bermatlamat
- Di pamirkan di tempat-tempat awam seperti perhentian bus, klinik, hospital,di sekolah, dan lain-lain tempat yang sesuai menjadi tontonan umum.

2. Mewujudkan kelab anti-AIDS
- mencari penaung untuk memberi sokongan dan kewangan.
- mencari tempat untuk bermesyuarat ataupun berjumpa.
- minta pekerja kesihatan tempatan atau pekeja kempen AIDS untuk memberi nasihat
- buat perancangan untuk perjumpaan tetap dan minta kanak-kanak lain menjadi ahli kelab.
- buat keputusan tentang ikrar dan undang-undang untuk semua ahli.

3. Kempen anti-AIDS
- melekatkan poster-poster.
- memberi nasihat atau ceramah di sekolah-sekolah.
- tubuh gerakan atau pasukan untuk kampen anti-AIDS.
- membuka peluang untuk orang lain menjadi ahli.
- Menyedarkan masyarakat bahayanya AIDS.



4. Mengadakan pertandingan kuiz, cipta lagu dan tarian anti-aids
- Untuk meyedarkan masyarakat dan kanak-kanak agar bahayanya penyakit AIDS.
- Dengan adanya kuiz sikit sebanyak kanak-kanak dapat mencari maklumat tentang AIDS.

5. Beri pengetahuan.
- Minta kanak-kanak kumpulkan risalah, poster dan bahan maklumat lain yang sedia ada dalam masyarakat yang menceritakan tentang HIV dan AIDS dan STD ( penyakit kelamin yang lain).


OBJEKTIF UNTUK KEFAHAMAN KANAK-KANAK

• Memahami bahawa AIDS tidak diubati.
• Memehami bagaimana AIDS tersebar dan boleh disebarkan oleh mereka yang kelihatan sihat.
• Memahami bahawa HIV tidak di sebarkan melalui hubungan sosial yang biasa.
• Memahami apakah keputusan yang perlu mereka buat untuk menghindari daripada dijangkiti HIV.
• Memahami bahawa mereka yang dijangkiti HIV dan AIDS dalam keluarga dan masyarakat memerlukan pertolongan dan persahabatan daripada anggota masyarakat termasuk kanak-kanak.









KESIMPULAN

AIDS merupakan penyakit yang paling berbahaya, dan boleh memusnahkan manusia dalam sekelip mata. AIDS tidak mengenal tua atau pun muda, Untuk menentang masalah perebakan AIDS, kita perlu memberi fokus kepada aspek perubahan sikap dan perwatakan setiap individu. Kita tidak boleh hanya bergantung kepda bidang perubatan bagi menyelesaikan masalah ini. Tumpuan harus diberikan kepada golongan muda bagi meningkatkan pemahaman mereka tentang risiko yang akan ditanggung dan kehidupan mereka yang mungkin berubah. Kita perlu memujuk anak-anak kita supaya menangguh keinginan mencuba aktiviti seks. Anak-anak juga harus dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada segala eksperimen yang berkaitan dengan penggunaan dadah dan alkohol. Usaha sebegini harus digabungkan dengan informasi tentang cara-cara mengelakkan diri daripada dijangkiti virus AIDS. Ini termasuklah pengajaran penggunaan kondom secara efektif dan betul bagi mereka yang aktif dalam aktiviti seks.

Sudah menjadi lumrah bagi golongan remaja untuk memiliki sifat menentang dan cuai. Pada masa yang sama, ia juga merupakan satu peringkat umur yang sesuai bagi golongan ini untuk mempelajari kelakuan yang sihat, terutamanya dalam soal seks dan seksualiti. Oleh itu, tindakan menyalahkan golongan ini apabila masalah sosial melanda negara tidak akan menyelesaikan masalah. Sebaliknya strategi yang lebih berkesan ialah menjadikan mereka sebagai fokus dan menasihati mereka supaya menjalani kehidupan yang sihat. Sebagai hasilnya, mereka akan menjadi contoh yang baik bukan sahaja kepada rakan-rakan sebaya, tetapi juga kepada golongan dewasa.

Setiap agama melarang penganutnya meorsakkan diri mereka terutama sekali agam isalam, Sesungguhnya kehidupan di dunia ini amat mempersonakan kita. Orang yang beriman kepada Allah tidak mungkin akan diperdayakan oleh kehidupan dunia kerana yang pastinya satu hari nanti manusia dan makhluk-makhluk yang lain akan binasa. Sementara yang kekal hanyalah Allah SWT Tuhan sekelian alam. Kehidupan di dunia ini merupakan anugerah Allah yang amat bernilai kepada manusia. Namun begitu, dalam sejarah manusia itu sendiri telah dipenuhi dengan pelbagai peristiwa, ada yang mengembirakan, ada yang menyedihkan, ada yang menyayat hati dan sebagainya termasuklah yang membawa kepada kematian seperti diserang dengan pelbagai penyakit dan wabak-wabak tertentu. Tetapi berkat hasil kajian dan penelitian manusia dalam ilmu perubatan atau kedoktoran telah berjaya membasmi penularan pelbagai wabak penyakit. Namun begitu, dunia tiba-tiba dikejutkan dengan penemuan satu virus yang disebut sebagai HIV (Human Immunodeficiency Virus) yang menyebabkan kegagalan sistem tubuh manusia melawan penyakit atau kebiasaan disebut sebagai sindrom kurang daya tahan penyakit atau dengan panggilan ringkasnya (AIDS) iaitu suatu penyakit yang sampai sekarang belum ditemui ubat atau penawarnya.

Penyakit AIDS telah mewujudkan pelbagai fenomena sejak ia mula melanda dunia seawal tahun 70-an lagi. Namun demikian penyakit AIDS akibat jangkitan HIV mula dikenal pasti pada tahun 1981 dan semenjak dari itu pelbagai implikasi dan impak social, budaya, ekonomi dan politik mula timbul akibat dari wabak ini, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasinya sejak lebih 20 tahun yang lalu. Namun masalah ini masih membelenggu hidup masyarakat di negara kita, ibarat duri dalam daging dan menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat. Kesan akibat AIDS terhadap masyarakat dunia amatlah besar, berjuta-juta orang yang dijangkiti virus HIV, mereka kelihatan sehat dan tanpa mereka sedari mereka memindahkan virus tersebut kepada berjuta-juta orang lain yang menyebabkan pesakit AIDS meningkat dari masa ke semasa. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Majlis AIDS Malaysia sehingga Jun 2006, pengidap HIV di Malaysia berjumlah sebanyak 73,427 kes dengan bangsa Melayu sebanyak 53,270 kes atau 72.5% berbanding bangsa yang lain. Manakala kes kematian akibah AIDS bagi tahun 2006 sehingga bulan

Jun sahaja sebanyak 524 kes dengan purata 3 kematian setiap hari. Angka ini cukup menakutkan kita semua kerana sepatutnya perkara sebegini tidak terjadi kepada bangsa Melayu yang sememangnya beragama Islam dan berpegang dengan ajaran agama yang melarang umatnya supaya menjauhi perkara-perkara yang boleh menghampirkan atau boleh menjerumuskan diri kepada kebinasaan.

2 comments:

Anonymous said...

assalam....sy ske sgt dgn blog psal aids dan kanak-kanak ini,boleh x sy nak mengetahui dgn lbih lanjut psal aids dan kanak-kanak untuk sy membuat kajian tentang aids kpada kanak-kanak
ini...

Shazana Halim said...

waalaikumusalam...

sy bukanlah pandai sgt pasal bab aids ni..sbb saya tiada kepakaraan dalam bidang ini..

ini adalah salah satu assigment yang sy kena buat.. masa sy study dulu2..

apakata saudara/i bertanya kepada pihak yg lebih arif seperti jabatan2 kesihatan.. mereka pun ada laman web tersendiri.. di sana nanti, saudara/i boleh mendapat maklumat yang lebih teperinci..

.


.

.