Saturday, May 28, 2011

jangan lupa pagi nanti Manchester United vs Barcelona

Pastinya ramai peminat bolasepak ternanti-nantikan keputusan perlawanan keputusan @ result Manchester United VS Barcelona Live Final UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) 28 May 2011 ini kan. 


Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu Final Liga Juara-juara Eropah (UEFA Champion League) 2011. Tepat jam 08:45 pm waktu England; 28 Mei 2011 (atau jam 02:45 pagi 29 Mei 2011 waktu Malaysia)Manchester United akan berentap dengan Barcelona bagi membuktikan siapa Juara Eropah 2011.
Pemenang Final Liga Juara-juara Eropah 2011 ini juga bakal bergelar Juara Berganda kerana masing-masing telah pun bergelar Juara Liga Domestik negara masing-masing bagi musim 2010 / 2011. Keputusan penuh perlawanan antara Man Utd lawan Barcelona hanya akan ditentukan sehingga minit ke-90 perlawanan. Pasukan mana yang kurang melakukan kesilapan pasti akan muncul sebagai Juara Eropah 2011.

Barcelona dilihat sebagai pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara musim ini dengan status mereka sebagai kelab terbaik dunia yang kini memburu gelaran juara buat kali ke 4selepas melakukannya pada tahun 1992, 2006 dan 2009.



Manchester United pula pastinya mahu membalas dendam selepas kecundang di tangan Barcelona pada aksi final di Rom pada tahun 2009.



Peluang kedua-dua pasukan adalah 50-50 walau pun kelebihan lebih berpihak kepada skuad Red Devils kerana perlawanan akhir ini akan bersiaran langsung di Stadium Wembley, England. Namun, skuad Barca jangan diperkecilkan kerana mereka memiliki skuad terbaik dunia ketika ini di samping Pemain Terbaik DuniaLionel Messi.

Jadi pasukan mana pilihan anda? Manchester Utd atau Barcelona?


p/s::   Aku pilih Barcelona 2 – 3 Man Utd. Boleh? Korang pulak?




2 comments:

Roti Telur said...

Barca 4-0 M.naited ..hahahaha

Shazana Halim said...

tu dia aih...sakan dia...

.