Wednesday, June 29, 2011

hai guys..dahlama ke u all jadi penganggur tehormat??? apa kata u all join Program Skim Latihan 1Malaysia

untuk pengetahuan u all, ana baru jer habis belajar..
so,sekarang ngah sibuklah mencari pekerjaan
cari punya cari, huh semuanya jawatan kosong 
untuk tahun lepas yang punya..
perasaan hampa tu tak payah cakaplah, 
kadang2, rasa nak marah jugak dengan admin2 
yang handle blog pasal job2 ni..
dah tau tawaran tu dah tamat tempoh.
So, delete je lah..
ni tak... seolah2 bagi harapan kat orang ramai...huhuhu
len kali tolong besarkan sikit 
expired date jawatan kosong tu...
barulah semua orang perasan, hahaa

apa2pun...tahniah dan terima kasih kepada
penulis2 blog pasal job nie..
dia orang memang terbaiklah
tanpa dia orang, pasti kita payah nak cari kerja kosong..
nak harapkan surat khabar je..
berapa sanggatlah ruangan iklan keje kosongnya..
sedangkan diluar sana beribu2 yang mengganggur..betui dak...


tapi ana bukan nak cerita pasal tu pun..
tapi ana nak cerita pasal skim
latihan 1 malaysia...

nak tahu lebih lanjut, jom kita baca
surat kabar di bawah ni ^__^


Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) -Tabung Haji



Tabung Haji adalah organisasi Islam yang bertekad untuk menjadi tunggak kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji yang terbilang. Bagi menjayakan aspirasi Negara dan menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), TH mempelawa siswazah-siswazah yang memenuhi syarat kelayakan untuk menjalani Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).

Matlamat utama SL1M adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran (employability) graduan bagi mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan. Matlamat Ini sejajar dengan Model Baru Ekonomi iaitu rakyat berpendapatan tinggi.







No comments:

Blog Archive

.