Wednesday, July 27, 2011


null
Mengisahkan perihal remaja yang bernama Roy, berusia 16 tahun dalam menghadapi liku-liku hidupnya yang sentiasa diikat dengan prinsip ibu bapanya. Bapa Roy, seorang pengaturcara komputer, percaya bahawa melalui kritikan, anak-anaknya akan menjadi seorang yang berjaya.
Ibu Roy pula seorang editor majalah yang sering sibuk dan tidak mempunyai masa lapang untuk anak-anaknya. Ibunya lebih mengharapkan suaminya untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka.
Lantaran sikap ibubapanya yang gemar mengkritik dan tidak menghargai dirinya, Roy mula berkawan dengan remaja-remaja nakal di mana bersama mereka Roy mula berasa dirinya benar-benar dihargai. Adik Roy, Jefri, berusia 8 tahun juga tersepit di dalam dunia ciptaannya sendiri kerana tiada siapa yang mempedulikan dirinya.
Keadaan menjadi lebih kritikal apabila Roy dan Jefri sudah berani melakukan jenayah yang menyebabkan ibubapa mereka terlalu marah dan bertindak memukul mereka. Ini menyebabkan Roy menjadi lebih liar dan sukar untuk di kawal lagi.
Namun, segala-galanya berubah apabila ibubapa Roy terbaca blog hasil nukilan Roy mengenai kisah hidupnya. Mereka juga tersentak dengan pengakuan anak bongsu mereka, Jefri yang sebenarnya mempunyai motif sendiri ketika bergelut dengan keadaan sekelilingnya tanpa kehadiran ibubapanya.
Apa akan terjadi pada keluarga ini seterusnya? Bahagia atau kehancuran yang bakal mereka tempuhi? Nantikan kemunculan filem ‘Aku Tak Bodoh’ di seluruh pawagam tanahair bermula 2 Disember ini.
Dibintangi oleh
Riezman Khuzaimi, Amy Mastura, Namron, Adibah Noor, Dato’ Jalaluddin Hassan, Suhairil Sunari, Wan Noor Aizat, Rohaizat Hassan
Link : http://tinypaste.com/22bef
password : duasatu.com


No comments:

.


.

.