Monday, August 1, 2011

Abby Abadi:: Saya Tak Mahu Rosakkan Hari Bahagia Mereka


KUALA LUMPUR – Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaeyah Abdul Manan telah mengesahkan ketidak hadirannya ke majlis resepsi giang gemilang penuh ekslusif yang ditaja hampir RM12 juta, Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada 28 September depan di sebuah hotel.
Kata Abby dia berbuat demikian kerana enggan merosakkan hari bahagia mereka yang digelar sebagai “wedding of the year” itu berikutan menerima tajaan bernilai jutaan ringgit.
“Jujurnya saya tidak akan hadir pada majlis itu. Saya tidak mahu merosakkan hari bahagia mereka,” katanya, menurut izyan.com.
Dalam pada itu, blog itu turut meletakkan gambar Abby bersandar di badan pelakon, Zul Ariffin dengan penyata – “aku bahagia dengan orang dalam gambar ni. Hehe” di bawah gambar itu.
Abby dan Norman bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada Disember 2008.
Dalam bulan yang sama, Abby menfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Norman yang ditangkap khalwat dengan seorang pelakon baru, Memey Suhaiza.
Itu merupakan kali kedua Abby memfailkan permohonan perceraian setelah cubaan kali pertama yang dilakukan sendiri tanpa peguam syarie gagal disebabkan dokumen yang tidak lengkap.
Abby mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga (Negeri Selangor) 2003 iaitu bercerai dengan persetujuan Norman melalui kebenaran mahkamah.
Pasangan tersebut yang mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2002 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Hakim, Marisa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Norman dan Abby pernah bercerai talak satu pada 5 Mei 2006. Bagaimanapun, mereka rujuk semula dalam tempoh yang singkat.


sumber:: mynewshub.

1 comment:

Freaky said...

abby abadi tetap masih cun.. =_=

.


.

.