Friday, August 5, 2011

Noraniza Idris Kahwin 1 Oktober 2011 di Johor Bahru?


Noraniza Idris Kahwin 1 Oktober 2011 di Johor Bahru?
KL, 5 Ogos 2011: Pagi-pagi lagi, Murai Batu dah terima satu khabar berita dari Tambak Johor. Namun, berita yang dibawakan kepada Murai Batu itu adalah berita yang cukup menggembirakan tentang Ratu Pop Etnik, Noraniza Idris.
Khabarnya Noraniza Idris akan melangsungkan perkahwinan pada 1 Oktober 2011 ini. Dengan siapa? Mestilah dengan orang yang sama iaitu seorang ahli perniagaan yang seringkali dikaitkan dengannya.

Seorang teman Murai Batu beritahu, dia dah banyak kali terserempak dengan Noraniza bersama ahli perniagaan tersebut. Okeylah. Memang padan dengan Noraniza.

Malah, apa yang Murai Batu diberitahu, si ahli perniagaan ini juga sudah seringkali menemani Noraniza Idris dalam beberapa acara hiburan yang dihadirinya. Wah! Baguslah tu. Kiranya ahli perniagaan ni caring jugak ya.
Khabarnya lagi, Noraniza Idris mahu mengadakan perkahwinannya secara besar-besaran. Malah, dia juga akan memaklumkan kepada pihak media tentang berita perkahwinannya ini tidak lama lagi.
Seandai segalanya berjalan seperti apa yang dirancang, bermakna ini adalah perkahwinan yang ketiga buat Noraniza Idris.

sumber:: http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=10239&c=2&s=3

No comments:

.


.

.