Thursday, August 11, 2011

Norman Hakim, Memey Sudah Mula Edar Kad Kahwin


Norman Hakim, Memey Sudah Mula Edar Kad Kahwin


KUALA LUMPUR, 10 OGOS 2011: Pertemuan portal murai.com.my bersama pasangan bakal pengantin kontroversi, Norman Hakim dan Suhaiza Suhaini atau Memey Suhaiza sempena penggambaran program hari raya untuk saluran Astro Ria, nampaknya tidak sia-sia apabila telah dilayangkan dengan kad jemputan perkahwinan pasangan berkenaan.

Kad undangan walimatulurus yang bersampulkan warna merah membara itu telah dihulurkan dengan penuh ikhlas oleh Norman Hakim dan Memey Suhaiza sebagai tanda jemputan rasmi ke majlis resepsi di kediaman keluarga mempelai perempuan di Kota Tinggi Johor pada 25 September ini.

Membelek halaman dalam kad undangan bersaiz segi empat sama yang cukup indah buatannya itu, tertera foto-foto eksklusif mereka berdua dalam bermacam gaya dan mood bersama persalinan serba putih rekaan Ezuwan Ismail.

Maka benarlah seperti yang pernah dipaparkan Murai Batu pada awal Julai lalu berkenaan beberapa foto kad kahwin mereka yang telah disebarkan secara meluas di laman maya.

Malah, foto serupa telah digunakan pasangan berkenaan untuk menyerikan kad undangan yang direka khas oleh Luts Design dan gambar dirakamkan khas oleh jurufoto muda berbakat, Anas Easkey.

"Memang sepatutnya foto-foto yang anda nampak dalam kad jemputan ini ekslusif, tapi apa yang berlaku ianya telah disebarkan secara meluas di internet. Semua itu di luar keupayaan kami.

"Bagi saya dan Norman, kami tak ambil pusing dengan perkara ini kerana memang percaya perkara seumpana ini akan akan berlaku dan kami tidak dapat mengelak daripadanya. Kami sudah biasa, malah menganggapnya sebagai lumrah kehidupan dunia artis, "kata Memey Suhaiza kepada murai.com.my.

Sementara itu, menurut Norman Hakim, pihaknya telah mencetak sebanyak 1500 kad undangan berkulit keras berkenaan dan akan mula mengedarkannya kepada para jemputan bermula hari ini.

Tambahnya, beliau turut mencetak lebih banyak kad undangan yang menggunakan rekaan serupa tetapi diperpuat daripda kualiti kertas yang lebih nipis untuk diagihkan kepada tetamu lain.

Pasangan pelakon sensasi itu, dijangka akan melangsungkan pernikahan pada 24 September depan di kediaman keluarganya di Felda Tenggaroh Selatan 1, diikuti dengan majlis resepsi pada keesokan harinya dan satu lagi majlis persandingan besar-besaran bernilai RM12 juta di Crowne Plaza Kuala Lumpur.

"Ini adalah kad undangan untuk majlis persandingan kami di Kota Tinggi, manakala untuk resepsi di Kuala Lumpur nanti, kami serahkan sepenuhnya oleh pihak perancang perkahwinan kami di sini.

"Berita baik kerana saya baru saja menerimanya hari ini dan akan mula mengedarkannya bermula hari ini. Panas dari mesin pencetak lagi," katanya dengan nada jenaka.

Memey pula menambah, jika kebanyakan individu suka menempah kad jemputan di tanah Seberang, Indonesia sama ada Bandung atau Jakarta, dia pula sebaliknya.

"Keativiti dan harga berpatutan yang disediakan syarikat pencetakan berkenaan telah menarik minatnya untuk mencetaknya di dalam negara.

Lebih istimewa sekali, apabila Memey turut berpeluang memberi cetusan idea terhadap susun letak dan rekaan kad jemputan yang moden lagi bersih berkenaan.


SUMBER UTAMA:

No comments:

Blog Archive

.