Wednesday, August 3, 2011

Tiket Keretapi Ke Pantai Timur Habis Dijual ( 2011 )


KUALA LUMPUR – KTM Berhad hari ini mengumumkan tiket keretapi ke Pantai Timur bagi tempoh 26 hingga 29 Ogos telah habis dijual.
KTM Berhad dalam satu kenyataan hari ini menyebut penambahan koc bagi laluan tersebut akan dipertimbang dan sebarang pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat pada pertengahan bulan ini.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, tiket untuk sektor Utara, Selatan dan Tengah masih boleh dibeli.
Sejumlah 62,304 tiket disediakan bagi penjualan sebelum hari raya, iaitu dari 20 Ogos hingga 30 Ogos, dan sehingga 2 petang ini, sebanyak 27,990 telah dijual.
Baki 34,314 tiket masih boleh dibeli di kaunter KTM Intercity di seluruh negara.
Menurut kenyataan itu, tiket beberapa laluan yang habis dijual adalah Kuala Lumpur-Hatyai (Ekspres Senandung Langkawi No 20) bagi tarikh 26 hingga 28 Ogos, Hatyai-Kuala Lumpur (Ekspres Senandung Langkawi No 21, 25-26 Ogos) dan Kuala Lumpur-Tumpat (Ekspres Senandung Wau No 28, 25-29 Ogos).
Turut habis dijual ialah tiket bagi laluan Singapura-Tumpat, tiket Ekspres Sinaran Timur No 14 pada 25 hingga 29 Ogos dan Ekspres Sinaran Timur No 26 (24 -29 Ogos). – BERNAMA


No comments:

Blog Archive

.