Friday, August 5, 2011

Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Dibunuh


Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kassim, 38 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh di kediamannya di Tambun, awal pagi tadi.

Mayat Allahyarham ditemui pengawal keselamatan pangsapuri ini di dalam rumah kira-kira jam 4:30 pagi tadi.

Siasatan awal polis mendapati tiada barang berharga milik mangsa dilaporkan hilang.

Dr Rohani yang masih bujang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak sejak Jun lalu.

Selepas dibedah siasat, jenazah Allahyarham dituntut keluarga kira-kira dua petang tadi dan dibawa ke kampung kelahirannya di Bagan Serai untuk dikebumikan selepas Asar.

Redha dengan ketentuan illahi, ibu mangsa, Saripah Razali, 72 tahun berkata, kali terakhir mereka bertemu ketika berbuka puasa di Kampung Haji Ali, Bagan Serai, Isnin lalu.

SARIPAH RAZALI / IBU MANGSA
Tak ada apa satu saja perasaan makcik tanya raya ni balik ke? Awat mak tak bagi balik puasa ni?




No comments:

Blog Archive

.