Friday, August 5, 2011

Wajarkah Norman Hakim-Memey Suhaiza Bebas Tuduhan Khalwat?


Wajarkah Norman Hakim-Memey Suhaiza Bebas Tuduhan Khalwat?

Selepas 3 tahun menanti, akhirnya pasangan pelakon Norman Hakim dan tunangnya, Memey Suhaiza dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan berkhalwat yang dihadapi mereka sebelum ini. Sebaik saja pengumuman itu dibuat, pasangan ini telah menangis dan bersyukur kerana akhirnya kebenaran memihak kepada mereka. Apa pandangan anda pula? Adakah anda yakin mereka tidak bersalah?

Ketua Editor murai.com.my, Ellyna Ali (Elly): 
Isk isk isk. Payahnya nak jawab soalan ni. Macam nilah,korang dengar dan hayati jelah lagu Pak pandir yang tajuknya Yang Remeh Temeh tu: Ada Mata tengok, Ada telinga dengar/Ada mulut diam/Ada tangan garu/Ada kaki goyang/Ada otak pandai/Ada akal pakai/Ada bijak gadai/Ada mata pejam/Ada mulut kunyah



Editor murai.com.my, Syafiqah Jalal (Ika): 
Saya tak tahu situation yang sebenar, tapi kalau ikut daripada kronologi cerita, mereka memang didapati berdua dalam sebuah premis. Setahu saya, kalau hanya mereka berdua saja di situ, maknanya mereka boleh dikatakan berkhalwatlah. Kalau betullah, mereka berdua saja yanga da kat dalam premis tu.




Miss A, Libra Association: 
Dah diaorang kena tangkap berduakan? Apa maknanya tu... ? Korang faham-faham sendirilah. Rasanya budak darjah 2 pun dah boleh fikir apa yang salah dan apa yang betul. Bak kata pepatah, sudah terang lagi bersuluh...



Alex BalaMurugan, Penjual Telefon: 
Betul atau salah, hanya Tuhan saja yang tahu segalanya. Lagipun pasangan ini akan berkahwinkan? Sekurang-kurangnya, mereka bertanggungjawab dengan apa yang berlaku...



Rashid Hassan, Pelajar Undang-Undang: 
Mahkamah sudah pun memutuskan bahawa mereka tidak bersalah. So, kalau diikutkan dari segi undang-undang, mereka telah dibebaskan dari tuduhan berkhalwat!


No comments:

.


.

.