Tuesday, September 27, 2011

[ARTIS] 'Klip 3GP' Penuh Aksi



'Klip 3GP' memaparkan tiga kisah yang berbeza. Namun kesemuanya berkongsi satu persamaan. Kehidupan watak-watak berubah dalam sekelip mata dengan penyebaran secara haram klip 3GP yang melibatkan mereka.

Eddie (lakonan Zahiril Adzim), pada usia hanya sekitar 20-an, sudah merasai kejayaan perniagaannya. Dia juga seorang jejaka yang memiliki segalanya – tampan, menikmati kehidupan mewah dan teman wanita sekeliling pinggang. Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi di Internet.

Maya Akhtar (Mimie O.E.E) seorang eksekutif yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia jatuh mangsa kepada ugutan Sunny (Fikhree Bakar) yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka. Lebih mengejutkan, perbuatan Sunny ini disokong oleh isterinya, Rita (Adelina Anthony). Kerana inilah cara mereka membuat duit, dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudian. 

Suria (Sara Ali), Mina (Amanda Misbun) dan Zakiah (Tasha Shilla) adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi satu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu satu makhluk mengerikan.

Sandra adalah seorang gadis sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual Jefri (Shafiq Isam). Sandra telah diperkosa beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri, Burn (Iskandar Zulkarnian). Insiden itu telah dirakamkan oleh geng tersebut melalui kamera telefon bimbit Jefri.











Bagaimana berakhirnya kisah mereka ini? Semuanya akan terjawab pada 13 Oktober depan.

Filem 'Klip 3GP' diarahkan oleh Aidilfitri Mohd Yunos, yang juga penulis cerita asal bersama Sofia J. Rhyland.



SUMBER: GUA.COM

2 comments:

nick dot anis said...

wah cam best jek...mest tonton ni:-)

lifejurnalenterprise said...

sy pelakon tmbahan cter ni :)

Blog Archive

.