Sunday, September 25, 2011

PM Sertai 5 Ribu Pelajar Lakukan Kayuhan Amal 1Malaysia



GEORGE TOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai kira-kira 5,000 pelajar sekolah mengayuh basikal sejauh tujuh kilometer dalam program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong di sini. Najib yang tiba di tempat permulaan di sini pada 7.25 pagi, disambut oleh kira-kira 20,000 pelajar sekolah serta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman. Perdana Menteri ketika berucap melancarkan program berkenaan berkata program itu mengingatkan beliau yang telah lebih 50 tahun tidak mengayuh basikal, yang kali terakhir semasa zaman kanak-kanak beliau mengayuh basikal dari rumahnya di Sri Taman, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur untuk membeli nasi lemak Tang Ling berdekatan Masjid Negara. Beliau berkata, beliau sanggup berlatih mengayuh basikal dari lobi hotel ke bilik penginapannya sebagai persiapan semalam sebelum menyertai program ini.
"Malam tadi ketika saya mengayuh basikal di hotel saya, sesetengah kakitangan hotel fikir saya tidak siuman untuk berbasikal di sekeliling koridor menuju ke bilik saya. "Saya terfikir jika saya boleh berbasikal di hotel saya, saya boleh berkayuh tujuh kilometer pagi ini," katanya di hadapan puluhan ribu pelajar, guru dan pemimpin sekolah di sini hari ini.
Katanya, program ini amat bermakna kepada dirinya kerana ia selari dengan simbol gagasan 1Malaysia yang dibinanya tanpa mengira latar belakang, bangsa atau agama.
"Saya berbangga dapat mengambil bahagian dalam Kayuhan Amal 1Malaysia untuk Pelajaran bersama-sama kanak-kanak dan keluarga Pulau Pinang," kata Najib.
Beliau turut memuji program itu sebagai satu usaha baik untuk mengumpul dana sejumlah RM15 juta bagi membangunkan 15 Sekolah Menengah Cina termasuk lima Sekolah Menengah persendirian Cina.
"Ia adalah kayuhan yang bernilai dan jika penyertaan saya dalam program untuk tujuh kilometer boleh menarik RM15 juta, saya tidak kisah untuk mengayuh lebih kilomter untuk mendapatkan RM2 juta bagi amal," kata beliau.
Program anjuran Kwang Wah Yit Poh itu turut disertai oleh Koh, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang juga Naib Presiden MCA, Lim, PengerusiKwang Wah Yit Poh Datuk Ong Gim Huat dan barisan Exco negeri. Sementara itu, Koh yang juga pengerusi Barisan Nasional negeri, terlibat dalam satu kemalangan kecil yang berlaku di hadapan Pantai Molek di sini ketika mengiringi Najib mengayuh basikal. Koh ketika ditemui pemberita berkata, kejadian itu berlaku apabila satu kemalangan membabitkan dua remaja di hadapannya dan beliau tidak sempat mengelak.
"Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan saya tidak sempat menekan brek basikal lalu melanggar basikal dua remaja itu," katanya yang kelihatan berjalan terhencut-hencut dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius meskipun berasa sakit di bahagian lutut kiri. - BERNAMA


p/s: semalam PM, first time naik bus... pasni PM bolehlah try bermalam di rumah orang susah pulak.. sekurang2nya PM dapat rasa kesengsaraan rakyat malaysia yang susah.. barulah PM berjiwa rakyat  namanya . apa2pun cek tertarik dengan kata2 abg ben, Camana nak merasai penderitaan rakyat jika pemimpin tak merasainya sendiri ?


No comments:

Blog Archive

.