Saturday, September 24, 2011

Satelit Seberat 5 Tan Bakal Terhempas Ke Bumi




WASHINGTON – Sebuah satelit milik NASA yang sudah tidak berfungsi di angkasa bakal terhempas ke bumi, tetapi agensi angkasa lepas itu berkata, peluang untuk ia menimpa sesiapa adalah tipis.
Menurut NASA, satelit berusia 20 tahun itu dijangka akan terhempas antara lewat bulan ini dan Oktober serta serpihannya boleh jatuh  mana-mana sahaja di enam benua di dunia ini.
Para sainstis NASA meletakan peluang 1 dalam 3,200 untuk serpihan satelit itu menimpa sesiapa.
Mereka menganggarkan sebahagian besar satelit itu akan terbakar hangus sebaik masuk ke sistem atmosfera bumi - baca selanjutnya di sini mynewshub

No comments:

Blog Archive

.