Wednesday, October 26, 2011

[ARTIS] Abby Abadi Putus Cinta Dengan Zul Ariffin



KUALA LUMPUR – Setelah menyepikan diri akibat dilanda tekanan sejak akhir-akhir ini, pelakon wanita terkenal, Abby Abadi mengaku putus cinta dengan Zul Ariffin, pelakon lelaki yang pernah berganding dengannya di dalam drama bersiri popular, Gerak Khas.

Menurut Abby, meskipun dia sangat menyayangi Zul, hubungan antara mereka terpaksa berakhir dengan perpisahan atas beberapa sebab yang enggan dijelaskan.

“Sy mmg tak segan utk akui yg Sy mmg sayangkan dia. Sayanggg sgt2! huhu… Tp keadaan, masa, org2 tertentu, yg bweekk (:P) semualah…. nmpknya tak menyebelahi kami. Berat sgt Sy nk share kan hal ni sebenarnya, …. tp, takpelah….. Biar Zul happy dgn kehidupan dia skrg.

“Sebab apa kami tak buleh lg berdua, biar Sy simpan jer. Yg pasti, Sy tumpang gembira dgn apa yg dia ada :) Mungkin dia tak sedar yg Sy ni selalu ada di sebelah dia selama ni. :(,” kata Abby di blog rasminya, absolulutelyabbyabadi.blogspot.com.

Menceritakan mengenai hubungannya dengan pelakon lelaki kacak itu, Abby memberitahu bahawa dia mula rapat dengan Zul sejak tiga tahun lepas selepas berpisah dengan bekas suaminya, Norman Hakim, yang ditangkap basah dengan pelakon baru, Memey, ketika itu.

Menulis mengenai kenangan awal perkenalan mereka itu, Abby tidak dapat menafikan bahawa Zul mendapat banyak sokongan darinya sehingga pada satu ketika bekas teman lelakinya itu pernah dikenali sebagai “Zul Abby”.

“Walaupun mgkn kalau tiada Sy pun, dia buleh dpt apa yg dia nk, tp dah tertulis…. kehadiran dia dlm industri ini mmg awalnya dikenali dgn nama ‘Zul Abby’,” cerita Abby lagi.

Pada Abby, Zul memang punya potensi besar di dalam bidang lakonan dan mengaku bahawa dia merupakan peminat setia pelakon kacak tersebut.

“Ikhlas dr hati, sememangnya Zul berbakat besar, sgt ‘cepat belajar’ & lakonannya, Sy sendiripun ‘rasa’ & ‘suka’. Byk dah drama2 lakonan dia yg mendapat perhatian. Ye kan? Sy peminat setia ‘Zul Ariffin’ skrg,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, di sebalik kesedihan atas ‘kehilangan’ itu Abby masih mendoakan agar Zul bahagia dengan hidupnya dan tidak segan silu untuk mencari bekas penyanyi kumpulan Elite itu sekiranya punya sebarang masalah pada masa akan datang. mynewhub

[AGAMA] Hukum Ucapan dan Merayakan perayaan agama lain



Soalan :

Apakah hukum mengucapkan Happy Deepavali kepada penganut agama Hindu dan menghadiri rumah terbuka perayaan berkenaan ? TQ

Jawapan :

Laman islam-0nline memuatkan salah satu kenyataan al-Qaradhawi yang berbunyi :

ويقول في تهنئة اليهود والنصارى في أعيادهم :</
هذه حقوق مشتركة، فإذا كان الكتابي يأتي ويهنئك ويعيد عليك في عيدك ويشارك في أتراحك ومصيبتك فيعزيك بها، فما المانع من أن تهنئه بعيده وفي أفراحه وتعزيته في مصيبته؟ الله سبحانه يقول: “وإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا” (النساء: 86)، وهذا لا يعني أن نحتفل معهم، إنما نهنئ فقط، وهذا من البر والقسط الذي جاء به هذا الدين

Maksudnya lebih kurang : Dan dia (al-Qaradhawi) berkata tentang mengucap tahniah kepada perayaan Yahudi dan Kristian : “Ini (ucap tahniah) termasuk dari hak-hak bersama. Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan dia mengucapkan ta’ziah kepada kamu dengan kedukaan dan musibah tersebut. Maka apakah pula yang melarang kamu dari memberi tahniah dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah yang menimpanya. Allah berfirman : “Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa.” (al-Nisak : 86). Ini tidaklah bermakna kita menyambut perayaan mereka bersama mereka. Sebaliknya kita hanya mengucapkan tahniah sahaja. Inilah daripada kebaikan dan keadilan yang datang bersama agama ini (Islam).”


Berdasarkan kenyataan ini, yang hanya dibenarkan adalah ucap tahniah dengan perayaan. Adapun menyambut bersama ia tetap terlarang. Maka kita tidak menghadiri rumah terbuka mereka, kerana itu termasuk sebahagian daripada merayakan perayaan mereka.


SUMBER DISINI..


P/S : ‎"A festival full of sweet childhood memories, sky full of fireworks, mouth full of sweets, house full of diyas and heart full of joy. Wishing you all a very happy Diwali!"

Tuesday, October 25, 2011

[BOLA] KBS Minta FAM Kaji Semula Harga Tiket Final


PUTRAJAYA – Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengkaji semula harga tiket RM50 yang ditetapkan bagi semua tempat duduk untuk perlawanan akhir Piala Malaysia Terengganu-Negeri Sembilan Sabtu ini. Menteri berkenaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau telah menghubungi FAM dan meminta badan induk bola sepak negara itu segera mengkaji semula harga tiket itu agar tidak membebankan penonton.

“Saya rasa terkejut serta dukacita apabila mendapat tahu FAM menaikkan harga tiket sehingga 70 peratus dan kenaikan tersebut boleh disifatkan sebagai kenaikan yang mendadak,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Penyelarasan Belia dan Sukan 2011 di sini Selasa.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan harga tiket RM50 untuk semua tempat duduk dan RM5 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah hasil daripada persetujuan wakil kedua-dua pasukan.

Sebelum ini harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia dijual dengan harga RM30 bagi tempat duduk biasa dan RM50 di ‘grandstand’.

Di SEREMBAN, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) berkata harga tiket RM50 itu membebankan penyokong.

Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata PBNS tidak bersetuju dengan harga yang ditetapkan kerana ia jelas melonjak dari harga tiket perlawanan akhir tahun lepas.

“Kita sendiri di peringkat PBNS tak setuju dengan harga tiket yang melonjak dari RM30 kepada RM50.

“Ramai yang meminta saya campur tangan tapi itu bukan bidang kuasa saya. Venue dan harga tiket, semua itu FAM yang tentukan. Tapi keputusan telah dibuat,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS) 2010 hari ini.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium selain beberapa faktor lain.

Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan turut kesal dengan tindakan FAM menaikkan harga tiket perlawanan akhir itu.

Timbalan Presidennya Mohd Faidzul Mohd Noh menyifatkan ia sesuatu yang membebankan peminat dan penyokong.

Pada majlis itu, atlet Sukan Tenis, Khoo Er Yang, 17, dan atlet Tenpin Boling, Hurul Ainol Abu Razak, 18, masing-masing dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati MSSNS 2010.

Kedua-dua mereka dari SMK Saint Paul Seremban dan SMK Puteri Seremban, masing-masing menerima piala pusingan, wang tunai RM1,000, sijil penghargaan serta hadiah iringan yang disampaikan oleh Menteri Besar. – BERNAMA sumber

Monday, October 24, 2011

[CORETAN] Istikharah Cinta




“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS Ar-Rum [30]:21)

Dari ayat tersebut telah jelas bahawa manusia diciptakan Allah dengan pasangannya. Jadi jangan merasa berkecil hati jika saat ini masih ada yang belum menemui jodohnya atau telah bertemu jodoh dan Allah berkehendak lain dengan jodoh tersebut. Urusan jodoh memang seringkali dikaitkan dengan “rahsia Tuhan” yang mengejutkan. Seseorang yang berparas menarik dan memiliki sekian kelebihan, tetapi tidak menemui pasangan. Sementara seseorang yang dipandang biasa-biasa saja  lebih cepat berkahwin. Jodoh memang sudah ditentukannya tetapi bukan bererti kita cuma berdiam diri tanpa adanya usaha.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Menemukan pasangan menuntut sejumlah usaha aktif yang komprehensif. Usaha-usaha positif dalam menemukan pasangan dapat disebut sebagai “menjemput jodoh”. Bagi orang yang beriman, berdoa adalah puncak segala usaha. Bahkan Islam menyebut doa sebagai silah al-mu’min (senjata mu’min).
Dalam mengenali pasangan, manusia tetap dibatasi kemampuannya untuk melihat pada aspek-aspek fizikal jasmani dan hal-hal yang nampak dimata. Sementara aspek batin yang tersembunyi tetaplah milik Allah. Solat Istikarah merupakan upaya untuk memohon kepada Tuhan dalam membantu memilih calon pasangan. Jangan terburu-buru untuk menolah atau menerima sebelum upaya berdoa ini dilakukan agar tidak salah pilih.
Begitu dahsyatnya keajaiban solat istikarah dalam memantapkan hati dalam menentukan pilihanBahawasanya orang yang telah melaksanakan solat istikarah hendaklah melaksanakan apa yang telah diazamkannya, baik hatinya menjadi terbuka maupun tidak .
Bermunajat pada Allah dalam sepertiga malamnya memohon diberikan pilihan terbaik dalam hidupnya sebuah petunjuk dalam memantapkan hati mengenai  jodoh yang menjadi misteriNYA. 



Diatas Sajadah malam ini aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam, meraba rahsia Mu Ya Allah atas jodoh yang kan kau pilihkan untukku istikarah mencari jawapan untuk menggapai alhub fillah wa lillahdalam doa ku bersimpuh pasrah memohon datangnya jawapan kepada Sang Pemberi hidayah bila jawapan itu masih menggantung di langit maka turunkanlah bila jawapan itu masih terpendam di perut bumi maka keluarkanlah bila jawapan itu sulit ku raih maka mudahkanlah bila jawapan itu masih jauh maka dekatkanlah



Duhai kekasih sejati, Engkau Maha cahaya, Engkau Cahaya di atas Cahaya.
Dalam kerinduan mendalam, dalam tatih meniti Pintu Cahaya,
Aku di sini, bersimpuh untuk menjemput CINTA,
Cinta Seseorang Yang telah kau pilihkan semoga kan abadi di dunia dan Akhirat

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu Ya Allah, terbaik buat agamaku Ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat Ya Allah, maka aku memohon kepadaMu YaAllah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu Ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu Ya Allah, pasti terbaik buat diriku Ya Allah.

Namun Ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba YaAllah, maka Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku Ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, Ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku Ya Allah. Amin
Jadi, bagi yang belum bertemu jodoh, bersikap optimislah, temui serta jemputlah calon jodoh anda dengan ikhtiar yang maksimum. Yakinlah bahawa Allah telah menentukan segala sesuatu berpasang-pasangan. Mudah-mudahan Allah membimbing usaha anda untuk sampai kepada jodoh yang ditakdirkan. Amin.
Jangan menyerah kegagalan yang pernah terjadi dalam menjemput jodoh bukan bererti kegagalan selamanya.
Satu prinsip yang kan selalu melekat dihati ” La Tahzan Innalloha Ma’ana”
Senyum terindah untuk jodoh yang Allah telah persiapkan



from: akuislam

[CORETAN] Siapakah Jodoh kita?



Suatu petang yang damai, Ali berjalan-jalan di sebuah lorong yang sangat panjang.. Mengembara mencari sebuah destinasi, namun semakin jauh kaki melangkah, destinasi yang ingin di tuju menjadi kian kabur.Kadang-kadang Ali terjatuh, kadang-kadang Ali tergelincir, kadang-kadang Ali tersesat, kadang-kadang Ali berlari, kadang-kadang Ali mendaki bukit, kadang-kadang Ali menuruni lembah.. Suatu pengembaraan yang sangat jauh.. Dan dia tidak tahu apa yang bakal menantinya di hadapan.. Hasbunallahuwanikmalwakil.. Bismillahitawakkaltualallah, wala haula wala kuwwatailla billah..Ketika sedang mengembara, Ali akhirnya tiba pada persinggahan pertama, di situ, Ali bertemu dengan seorang lelaki yang sedang kelihatan muram. Ali singgah lalu memberanikan diri untuk bertanya..

"Saudara, kenapa saudara bersedih?" Ali bertanya. Suasana sepi seketika. Masing-masing diam melayani perasaan. Tiba-tiba lelaki itu menangis. Ali menjadi serba salah, dia ingin segera berlalu pergi. Belum sempat dia mengatur langkah, lelaki itu tiba-tiba bersuara.. 
"Suatu masa dulu, aku mempunyai seekor rama-rama yang sangat cantik, kepaknya berwarna warni, aku bahagia setiap kali melihat dia mengibarkan kepaknya, indah sekali.."Lelaki itu mula bercerita, wajahnya yang suram sekejap tadi kelihatan berseri seketika, seolah-olah sedang menggambarkan keindahan rama-rama miliknya itu. Namun, sebaik sahaja selesai berkata-kata, wajahnya kembali suram.. Dia kembali murung.


"Sayangnya rama-rama itu sudah tiada.. kerana terlalu mencintai rama-rama itu, aku telah memegang sayapnya terlalu erat, dan akhirnya aku telah mematahkan sayapnya yang indah itu... dia menderita kesakitan kerana aku.. akhirnya dia mati dan meninggalkan aku sendirian..." Lelaki itu menyambung kata-katanya, di hujung ceritanya itu, dia menangis semahu-mahunya. Tangisan seorang lelaki yang sarat dengan penyesalan.

Beberapa minit menemani lelaki itu, Ali akhirnya meminta diri untuk meneruskan perjalanannya..
Sampai di persinggahan ke dua, Ali melihat seorang lelaki sedang duduk termenung.. angannya jauh entah ke mana. Ali berasa pelik lalu terdetik untuk bertanya. Ali menghampiri lelaki itu, beberapa ketika berbasa-basi, Ali kemudianya menanyakan hasrat hatinya, dia ingin tahu kenapa lelaki itu sedang duduk termenung..

"Maafkan saya, boleh saya tahu kenapa saudara duduk termenung sendirian di sini?. seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.." Ali mengajukan soalan.. Pemuda di hadapannya membalas renungan matanya. Lama dia membisu, namun akhirnya dia memulakan cerita..

"Ibu bapa aku berpesan kepada aku agar aku merentasi sebuah taman yang indah, meminta aku agar memilih bunga yang paling cantik dan tunjukan kepada mereka. Aku juga tidak dibenarkan untuk berpatah balik atau menoleh ke belakang.." Pemuda itu bersuara seakan-akan berbisik. Dia seolah-olah sudah tidak punyai semangat untuk meneruskan kata-katanya. Suasana sepi beberapa ketika. Kemudian pemuda itu kembali menyambung ceritanya..

"Ketika meredah taman itu, aku terjumpa bunga yang cantik..tapi aku sangka bunga di hadapan pasti lebih cantik lalu aku biarkan bunga itu, begitulah seterusnya hingga akhirnya, bila aku tiba di hujung taman, aku tidak dapat memilih mana-mana bunga kerana aku rasakan bunga yang paling cantik adalah bunga yang pertama aku temui, tapi aku tidak dibenarkan untuk menoleh ke belakang lagi.. aku menyesal kerana tidak memilihnya terlebih awal, aku menyesal kerana tidak menghargainya.. kini aku tidak punyai apa-apa.." begitulah cerita pemuda itu.. Ali mendengar penuh teliti. Terbit rasa simpati di hatinya.. Namun Ali juga tidak dapat berbuat apa-apa, nasi sudah menjadi bubur. Setelah bersalam-salaman, Ali sekali lagi meminta diri, perjalanannya harus di teruskan..

Ali meneruskan lagi perjalanannya.. tiba di satu persinggahan, Ali bertemu pula seorang lelaki yang kelihatan sedang mencari-cari sesuatu. Matanya melilau ke kanan ke kiri, ke depan dan ke belakang. Dia mencari sesuatu. Ali simpati lalu cuba menghampiri, manalah tahu sekiranya dia dapat menghulurkan bantuan..

"Abang cari apa?" Ali kemudiannya bertanya kepada lelaki itu.
"Burung aku, burung aku yang cantik, aku sayang dia, aku kasihan melihat dia terkurung lalu aku bukakan pintu sangkarnya.. sayangnya, sebaik saja aku membuka pintu, dia pergi tinggalkan aku di sini, aku perlukan dia, aku sayang dia, aku mahu dia kembali, tapi dia sudah pergi jauh.." Lelaki itu menceritakan serba ringkas. Ali mengerti bahawa tiada apa yang dapat di bantu kerana burung itu sudah terbang jauh. Sebelum berlalu, Ali sempat berpesan kepada lelaki itu supaya tabah mengharungi dugaan hidup. Lelaki itu sekadar menganggukan kepalanya, namun tidak sempat beberapa minit kemudiannya, dia kembali mencari-cari burung kesayangannya itu. Ali benar-benar kasihan melihatnya.

Namun perjalanan harus diteruskan.
Setelah beberapa ketika meneruskan perjalanan, Ali berasa penat dan ingin berhenti berehat. Di perhentian kali ini... Ali ternampak seorang lelaki sedang menutup mukanya dengan kedua belah tangannya, lelaki itu menangis. Ali berasa pelik, sungguh jarang lelaki menangis, lelaki itu menangis pasti kerana ujiannya bukan sedikit.. Sekali lagi Ali menghampiri lelaki itu.. Mulanya, Ali tidak berani bersuara, takut mengeruhkan lagi suasana.. Ali sekadar membatukand diri, menanti masa yang sesuai untuk bertanya..

Namun belum sempat Ali bertanya, tiba-tiba lelaki di sebelahnya menyapanya..
"Kau pasti hairan melihat aku menangis bukan?" Lelaki itu memulakan kata-katanya. Ali sekadar menganggukan kepalanya..


"Dahulu, aku dan wanita saling mencintai. Kami hidup bahagia bersama. Namun suatu hari, terjadi perselisihan faham antara kami, lalu aku secara tidak sengaja berkata kepada wanita, aku katakan bahawa dia bukan tulang rusukku.." Kata-kata lelaki itu tersekat-sekat dan terhenti di situ..pipinya masih basah.


"Kata-kata aku itu telah membuat wanita sedih dan kecewa, dia pergi meninggalkan aku, doakan agar aku dapat ketemu tulang rusukku.. bertahun kami terpisah, akhirnya kami dipertemukan lagi, aku dan dia masih lagi tidak ketemui tulang rusuk masing-masing..malangnya, setelah bertemu semula, dia akhirnya pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya.. dadaku terasa sakit yang amat sakit.. kini baru aku sedar bahawa dialah tulang rusukku, namun semuanya sudah terlambat.. dia sudah tiada lagi.."begitulah kisah lelaki itu. Kisah yang benar-benar menyentuh hati. Ali juga turut merasa simpati.. Ali cuba memujuk sekadar temampu namun lelaki itu tetap juga hanyut di ombak duka. Tangisan penuh kekesalan.


### Begitulah kehidupan ini.. kita mencari jodoh terbaik kita, mencari dan mencari hingga kadang-kadang kita tidak sedar ia mungkin sudah ada di hadapan kita. Kita mungkin lupa untuk bersyukur, lupa untuk menghargai apa yang kita miliki, sehinggalah bila ia bukan lagi milik kita, barulah kite menangisi kehilangannya.

Tidak semua orang bertuah, tidak semua orang memiliki apa yang di kehendakinya. Mungkin apa yang menjadi milik kita tidak secantik atau seindah milik orang lain, namun sekiranya kita bersyukur dan tahu menghargai, percayalah, mungkin itulah anugerah yang terindah buat kita. 

Sekian, wassalam






sumber

Friday, October 21, 2011

[BERITA] Lebih Sejuta Jawatan Kosong Jadi Tanda Tanya

Datuk Alias Ahmad


LEBIH sejuta jawatan kosong yang akan ditawarkan oleh kerajaan kepada pendatang asing tanpa izin (Pati) menerusi Program 6P kini menjadi tanda tanya, sama ada ia akan terlebih dahulu diambil oleh rakyat tempatan.Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, ia merupakan sebahagian daripada proses pemutihan yang membabitkan lima sektor iaitu perkilangan, pembuatan, pembinaan, perladangan dan pertanian. Namun persoalannya, berapa ramai rakyat tempatan yang akan berminat dengan tawaran kerajaan sebelum Program 6P memberikan peluang itu kepada Pati.

“Ini kerana lebih sejuta kekosongan jawatan akan ditawarkan terlebih dahulu kepada rakyat tempatan sebelum bakinya diisi oleh Pati.

Sebahagian daripada PATI yang mendaftar dengan program 6P


“Peringkat seterusnya adalah memadankan keperluan majikan dan bilangan Pati yang berdaftar dengan Program 6P,” katanya kepada Mingguan mStar, baru-baru ini. Alias berkata, siapa yang hendak mengisi kekosongan itu dan melakukan pekerjaan di lima sektor yang dibenarkan oleh kerajaan?

“Adakah mereka sanggup bekerja di sektor perladangan, pembinaan dan pertanian? Adakah mereka juga sanggup untuk bekerja lebih masa? “Ada rakyat tempatan tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang panas tanpa pendingin hawa atau melibatkan kerja-kerja yang berat dan tahan lasak,” katanya. Beliau menjelaskan bahawa kerajaan berusaha menawarkan peluang itu kepada rakyat tempatan namun ramai yang bersikap memilih kerja.

“Hakikatnya, kita masih memerlukan pekerja asing. Namun pada masa yang sama kita harus melihat kesesuaian terhadap keperluan itu dengan ekonomi, pembangunan dan taraf kemiskinan. “Apa yang penting adalah kesesuaian itu seiring dengan usaha kerajaan untuk memelihara kesejahteraan dan keselamatan negara.“Kerajaan turut mewujudkan satu sistem pengurusan terancang menggunakan kaedah biometrik untuk pekerja asing dalam menangani isu Pati,” katanya.

Alias berkata, baki kekosongan jawatan itu kemudian akan diberikan kepada 1.3 juta Pati yang berdaftar di bawah Program 6P.

“Bilangan 1.3 juta Pati itu merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan 2.3 juta Pati dan pekerja asing yang berdaftar dalam program berkenaan,” katanya.

Daripada jumlah 1.3 juta Pati yang mendaftar melalui Program 6P, seramai 284,331 orang mengisytiharkan sedang bekerja dalam sektor pembinaan. Ia diikuti sektor perkhidmatan seramai 269,510 orang, perkilangan (176,883), perladangan (155,395), pertanian (89,016) dan tiada sektor (327,991).

“Pati dalam kategori tiada sektor turut diberikan peluang pekerjaan. Mereka sebelum ini bekerja di dalam sektor yang tidak dibenarkan oleh kerajaan.“Sebagai contoh, antara pekerjaan mereka di dalam sektor tidak dibenarkan adalah di kedai-kedai runcit, kedai gunting rambut dan tempat mencuci kereta,” kata Alias.

Daripada lebih sejuta jawatan kosong yang ditawarkan oleh kerajaan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan. Ini diikuti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak 237,700 kekosongan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu 220,000 jawatan.

Kekosongan jawatan lain adalah daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (165,000), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (140,000), Kementerian Dalam Negeri (10,000), Kementerian Pelancongan (2,041) dan Kementerian Pengangkutan (963). MSTAR

[TERKINI] Isu Aziz Bari: UIAM Adakan Sidang Media Tergempar


PETALING JAYA: Universiti Islam Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) akan mengadakan sidang media tergempar berikutan isu pensyarah Fakulti Undang-undangya, Prof Dr Abdul Aziz Bari yang dikenakan surat tunjuk sebab ekoran tindakannya mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) baru-baru ini.

Sidang media tersebut akan diadakan di pejabat Rektornya dan dipengerusikan oleh Datuk Prof Dr Zaleha Kamaruddin di kampus induk UIAM di Gombak pada pukul 12.30 tengah hari Jumaat. Isu penggantungan tugas Abdul Aziz mula timbul selepas beliau dikenakan surat tunjuk sebab atas kesalahan mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti. Difahamkan surat berkenaan telah dikeluarkan oleh unit undang-undang UIAM Rabu lalu dan Abdul Aziz diberi tempoh sehingga 25 Oktober ini untuk menjawab surat berkenaan.

Sementara itu, peguam pakar perlembagaan itu, Dr Dzukarnain Lukman pula mendakwa, Abdul Aziz bukan sahaja dikenakan surat tunjuk sebab malah beliau turut digantung tugas. Sepanjang tempoh tersebut beliau tidak dibenarkan berada di UIAM, berhubung dengan mana-mana kakitangan atau pihak yang ada kepentingan dengan universiti berkenaan. Media sebelum ini melaporkan Abdul Aziz sebagai berkata, tindakan Sultan Selangor untuk campur tangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam. Ekoran tindakannya itu, beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya dan bekas Ketua Pemuda PKR, Senator Ezam Mohd Nor turut menggesa supaya Abdul Aziz disiasat di bawah Akta Hasutan. Pada Rabu, pensyarah kanan UIAM itu telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis dan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.Bukan itu sahaja, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah pergi ke pejabat Abdul Aziz Isnin lalu untuk merekodkan kenyataan berhubung isu yang sama. SUMBER

[ARTIS] Artis 'YouTube' Amerika Serikan AIM18


Greyson Chance. Foto Getty Images




KUALA LUMPUR: Penyanyi muda yang dicungkil bakatnya dari YouTube berasal dari Amerika Syarikat, Greyson Chance akan bergandingan dengan penyanyi tempatan Najwa Latif dalam Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) pada 12 November depan. Selain Greyson dan Najwa Latif sebagai penampilan khas, malam AIM18 turut dimeriahkan dengan persembahan barisan artis terkenal tempatan seperti Mawi dan Akhil Hayy, Hafiz AF7, Stacy, Meet Uncle Hussain, Hazama, 6ixth Sense, Rahmad dan Zamani Slam.Manakala penyampai anugerah terdiri daripada Kumpulan Search, Ziana Zain, Fauziah Latif, Remy Ishak, Datuk M.Nasir, Zainal Abidin, Tony Eusoff, Nora, Sarimah Ibrahim, Ramlah Ram dan Syamsul Yusof.

Majlis bertemakan Bergemerlapan dan Glamor itu akan dikendalikan oleh pengacara A.C Mizal dan Zizan Razak, sementara Awal Ashaari dan pelakon Diana Danielle akan mengendalikan sesi karpet biru. Menurut Adrian, pemilihan barisan artis baru dan lama mampu memberi daya tarikan kepada setiap golongan yang menonton AIM18 dan secara tidak langsung mengimbau kenangan lalu.

"Kami sengaja menampilkan artis era 80an kerana melihat permintaan terhadap lagu-lagu 80an tinggi dan sering dimainkan semula di radio-radio tempatan."Dalam pada itu kami dapat melihat transisi atau perubahan industri muzik tempatan dari dahulu hingga kini," jelasnya. Sumber

[berita] Gantung Khidmat Aziz Bari: Bukan Hukuman Tetapi Tempoh Beri Surat Tunjuk Sebab


GOMBAK: Penggantungan khidmat Pensyarah Undang-Undang Universiti IslamAntarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari bukan sebagai satu hukuman namun sebaliknya sekadar tempoh untuk beliau memberi tunjuk sebab berhubung kenyataannya mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini.

Rektor UIA, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin berkata, penggantungan khidmat Abdul Aziz selama tujuh hari berkuat kuasa pada 19 sehingga 25 Oktober ini adalah penggantungan bergaji penuh.

"Kami membuat penggantungan itu dengan alasan untuk melicin dan mempercepatkan siasatan tanpa sebarang gangguan untuk mendapatkan penjelasan daripada beliau berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu,"katanya pada sidang media di UIA di sini, Jumaat.

Abdul Aziz dipetik dalam portal Malaysiakini baru-baru ini sebagai berkata bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) itu bukan sesuatu yang lazim dan menyifatkannyasebagai tidak konsisten.

BERITA SELANJUTNYA SELEPAS INI...MSTAR

[ARTIS] Sah! Zizan & AC Mizal Hos AIM18


Teka-teki mengenai hos bagi malam Anugerah Industri Muzik ke-18 akhirnya terjawab apabila pengacara dan pelawak popular, AC Mizal dan Zizan Razak diumumkan sebagai hos pada malam anugerah berprestij tersebut. Turut diumumkan pada sidang media yang berlangsung di Hotel Royale Chulan sebentar tadi ialah barisan penyampai serta artis yang akan membuat persembahan.

Antara yang bakal membuat persembahan termasuk 3 Suara, Meet Uncle Hussein feat Hazama, Azlan & The Typewriter, Mawi & Akhil Hayy, Najwa, Ella, Hafiz, Yuna dan ramai lagi.

Menariknya, AIM kali ini turut menampilkan artis dari luar negara, Greyson Chance untuk memeriahkan lagi malam anugerah yang akan berlangsung pada 12 November ini.

Teruskan melayari gua untuk paparan lebih lanjut mengenai AIM18.

[artis] Johan Asari Akui Fasha Sandha Eksklusif Baginya





"Pertama kali berjumpa dengan Fasha, saya rasa saya kecil sangat. Tapi bila sudah mula bercakap dengannya dia seorang yang sangat baik dan sering memberi sokongan dan kata-kata semangat. Mengenalinya lebih dekat, apa yang boleh saya katakan dia sangat eksklusif. Dia sungguh eksklusif di mata saya, sehingga saya boleh samakan dia seperti melihat Jennifer Lopez. Bagi saya dia mampu untuk menjadi bagaimana dirinya sekarang daripada kredibilti yang dia ada,"katanya yang memegang watak Aril dalam Cinta Elysa.

Selepas digandingkan dengan Fasha Sandha dalam Cinta Elysa, Johan mula dikaitakan dengan wanita tersebut sehingga mereka dilihat agak intim seperti pasangan bercinta. Menjawab persoalan tersebut, Johan menafikannya dan menurutnya hubungan itu terjalin semuanya atas kerja yang dipikul bersama.

"Bagi saya, Fasha seorang pelakon yang professional. Dia seorang yang ramah dan komited dengan kerjanya. Jadi jika orang benar-benar nampak saya dan Fasha bercinta dalam drama bagi saya itu pencapaian yang cukup bagus. Saya hormat Fasha sebagai pelakon kerana dia memang pelakon yang sangat bagus dan berkaliber. Sebagai pelakon baru dalam indusrti ini saya patut berbangga kerana dia tidak putus-putus memberi sokongan kepada saya. Sehinggakan dia sanggup ke set pengambaran walaupun bila dia tidak terlibat dengan babak tersebut. Semuanya kerana mahu melihat saya berlakon. Saya terharu sekali dengan tindakannya itu, bagi saya itu satu sokongan yang cukup bagus yang saya pernah terima daripadanya," luahnya lagi.

Selain Johan dan Fasha, drama terbitan Suhan Movies Trading itu turut dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Zila Bakarin, Addy Ashraf, Naim Daniel, Zaefrul Nordin dan Ika Nabila. sumber

[ARTIS] AIM 18 Diboikot?



Satu persatu kontroversi melanda Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18). Selepas tidak bersetuju dengan senarai pencalonan akhir serta isu kewarganegaraan yang dipersoalkan, terbaru AIM 18 khabarnya akan diboikot oleh segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan sistem pencalonan baru yang dibuat oleh pihak penganjur itu. Berikut merupakan reaksi dua Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Penganjur AIM 18 iaitu Encik Adrian Lim dan Encik Rosmin Hashim mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

“Sejak minggu lepas lagi saya dah dengar isu ini. Bila pihak media tanya mengenai isu ini, saya agak terkejut. Tak sangka isu ini akan tersebar dengan meluas. Saya pasti ini adalah khabar angin semata-mata. Saya tak nampak apa yang perlu diboikotkan. Adakah mereka tak setuju dengan proses penjurian, kriteria untuk pencalonan atau isu kerakyatan?

“Saya tak nampak di mana relevannya mereka nak boikot anugerah yang menghargai karyawan-karyawan tempatan ini. Bagi saya, tiap-tiap tahun pasti ada yang tidak puas hati. Saya tahu siapa yang terlibat tapi tak perlu nak diperbesarkan. Ini tahun pertama RIM anjur 100% AIM, sebab itu banyak perubahan. Walaupun ada yang boikot, ia tak halang kami untuk teruskan majlis anugerah ini,” ujar Adrian Lim ketika ditemui pada sidang media pengumuman hos, barisan penyampai dan artis persembahan AIM 18 di Hotel Royale Chulan, petang semalam.baca selanjutnya...

[ARTIS] Maharaja Lawak Mega Tampilkan Barisan Pelawak Hebat



KUALA LUMPUR, 11 OKT 2011: Kejayaan program Raja Lawak dan Maharaja Lawak yang lalu nyata telah berjaya berjaya mencipta fenomena tersendiri sekaligus berjaya mengangkat martabat bidang komedi dan lawak jenaka ke peringkat yang tersendiri. Melihat kepada kejayaan ini, pihak Astro Warna bakal membawakan pula sebuah lagi program istimewa untuk mencari pelawak yang terbaik di kalangan yang terhebat di rantau Asia Tenggara menerusi Maharaja Lawak Mega yang bakal bersiaran secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Mustika bermula 28 Oktober 2011 pada setiap Jumaat, jam 10 malam.

Peserta-peserta Maharaja Lawak Mega adalah terdiri daripada kumpulan Pimai yang dianggotao oleh Sathiya, Imuda dan Mat Over), Hiro (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak), Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, Anje (Achong Sweet Child dan Joey Daud), Osbon (Mr Os dan Abon), kumpulan Lanun (Jegan, Elya dan Salma Al-Farisi),, BP- Bawal Power (Bob Kuman dan Sobrie), RAP (Azoz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama Jangan Ketawa), Comel (Radhi Khalid dan Bell Ngasri), 3G (Yassin, Didie Alias dan Enot), manakala Adlin Aman Ranlie dan Jalil Hamid pula mengambil langkah berani untuk beraksi secara solo.

Para peserta turut diberi kebebasan untuk mewujudkan kolaborasi di antara 2 buah negara sepertik yang dilakukan oleh Ifa Raziah apabila bergabung dengan 2 pelawak dari Singapura untuk mewujudkan kumpulan yang dinamakan sebagai Syok.Sementara, kumpulan komedi wanita dari Singapura iaitu Gebu yang dianggotai oleh Hani dan Azian pula pastinya akan menonjolkan keunikan yang tersendiri.Dalam pada itu, Mahajara Lawak Mega juga mengalu-alukan penyertaan peserta dari Indonesia iaitu Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel dan Dadang Ragas), Saehu (Eko, Bocil dan Vicha) serta Caer (Adetao, Mister Ibo dan Lugiana).

Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, anda boleh melayari laman sesawang rasmi kami di www.astro.com.my/maharajalawakmega atau laman Facebook di www.facebook.com/MaharajaLawak, juga dengan menekan butang merah R yang terdapat di alat kawalan jauh Astro. sumber





Thursday, October 20, 2011

[ARTIS] Johan As’ari (Cinta Elysa) : Saya Terasa Dikatakan "Culture-Shock"



Baru-baru ini, Izreen Azminda, pelakon yang digandingkan bersama Johan As’ari di dalam drama bersiri Juvana mengakui dia terkilan dengan Johan As’ari yang mula renggang dengannya sejak pelakon itu berlakon dengan pelakon popular Fasha Sandha dalam drama Cinta Elysa. Pelakon wanita itu mengakui Johan mula bersikap dingin dan tidak mengendahkan dirinya sejak berlakon dalam drama tersebut. GUA bertemu dengan Johan sendiri yang hadir bersama ibunya di Sidang Media Anugerah Skrin 2011 bagi mendapatkan reaksi pelakon yang cukup dikenali dengan watak "Botak" berkenaanartikel tersebut.

“Memang kami berkawan rapat tetapi belum lagi sampai tahap bercinta. Saya sendiri tidak menyangka akan keluar artikel sebegitu kerana sekiranya ada apa-apa masalah berhubung dengan perasaan atau yang berkait dengan saya kenapa dia tidak bercakap secara depan-depan.”

“Bila saya hantar SMS, dia tidak balas. Sebagai seorang teman yang baik, kenapa mesti nak tersalah anggap, apatah lagi ia hanyalah sekadar bergambar untuk promo bagi drama Cinta Elysa. Bagi saya, ia bukanlah isu yang besar.” jelas Johan lagi.


Paling mengejutkan Johan apabila dia dilabelkan sebagai berhadapan dengan kejutan budaya dan menyebabkan dia terasa hati dengan pelakon wanita tersebut.

“Saya hairan kenapa bila saya SMS dia tidak balas. Saya risau juga tetapi dalam waktu yang sama saya berfikiran positif dan saya anggap mesti dia tengah sibuk menjalani penggambaran drama. Tiba-tiba keluar artikel sedemikian hingga dia kata saya “culture-shock” lah, saya terasalah juga.

“Saya tidak pernah berpandangan negatif pada rakan-rakan pelakon yang lebih berpengalaman daripada saya, tidak kira lah sama ada dia masih muda daripada saya atau pun yang lebih tua daripada saya. Mereka tetap senior saya dan saya banyak lagi yang harus dipelajari. Saya tidak sangka dia boleh berpandangan sebegitu terhadap saya. Saya harap perkara ini tidak berpanjangan dan dapat bertemu dengan dia untuk menjernihkan perkara ini.” ujar Johan lagi.

Berharap isu ini tidak berpanjangan, sebagai pelakon baru dia lebih gemar untuk bercerita tentang perjalanan kerjayanya yang masih jauh lagi untuk dijalaninya.

“Saya lebih suka bercerita tentang kerjaya saya dan tidak pernah terfikir untuk menjadi popular dengan kontroversi. Biarlah bakat yang saya ada ini dapat terus digilapkan dan mencari ilmu yang akan dapat dimanafaatkan untuk perjalanan kerjaya saya yang masih jauh. Saya harap saya akan terus diberikan peluang dan memberikan fokus kepada kerjaya.” tambah Johan lagi.

Bakat yang dimiliki pelakon muda akan turut diberikan pengiktirafan di Anugerah Skrin menerusi kategori yang diwujudkan untuk dianugerahkan trofi Anugerah Yasmin Ahmad. 

“Alhamdulillah. Namun yang paling penting adalah keazaman saya untuk terus memperbaiki mutu lakonan saya agar satu hari nanti saya akan menjadi pelakon yang lebih baik dari hari ini. Saya mahu memperbaiki kekurangan yang ada. Ada ke anugerah tu? Tak kot. Saya masih baru lagi.” ujar Johan mengakhiri bicara.

Bakat Johan As’ari atau lebih dikenali sebagai Botak Juvana boleh anda saksikan dalam drama bersiri Cinta Elysa yang disiarkan di TV3 setiap Selasa pukul 9 malam. Johan baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk Jalan Songsang di bawah arahan Jinggo terbitan JS Picture. GUA.COM



P/S: SAYA SUKA LAKONAN FASHA SANDHA, SEBAB DIA PANDAI BELAKON... DAN LAKONAN DIA SUNGGUH BERKESAN... ^__^

[ARTIS] Rozita Che Wan Pasangan Ally Iskandar Hos ASK 2011



Pelakon Rozita Che Wan bakal digandingkan bersama penyampai popular TV3, Ally Iskandar bagi mengacarakan majlis anugerah berprestij Anugerah Skrin 2011 yang kembali untuk memberikan pengiktirafan kepada para karyawan seni tanah air. Berkonsepkan “Golden Glamour”, malam Anugerah Skrin 2011 bakal bersiaran secara langsung menerusi TV3 dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4 November 2011 pukul 9 malam.Pemilihan pelakon Rozita Che Wan menghangatkan sesi sidang media yang berlangsung sejurus selepas majlis tersebut.  Bercakap di sidang media, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar menjelaskan pemilihan Rozita Che Wan sebagai hos bersama Ally Iskandar adalah untuk menampilkan keunikan dan membuat satu pembaharuan kepada majlis tersebut.



“Pihak penerbitan telah melakukan satu sesi ujibakat untuk Rozita. Saya sendiri telah menonton pita rakaman ujibakatnya. Kami merasakan ia satu kombinasi yang unik selain mewujudkan satu pembaharuan. Kami cukup teruja untuk menyaksikan hasilnya,” jelas Izham.

Tambah Puan Nurul Aini selaku Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, “Kami sangat yakin kombinasi Rozita dan Ally akan memberi sentuhan kelainan kepada majlis anugerah berprestij itu.” Berterima kasih kerana dipilih sebagai hos bersama, Rozita berjanji akan melaksanakan tanggungjawab tersebut sebaik mungkin.

"Saya mengambil masa selama 2 minggu untuk membuat keputusan. Saya sedar pengacaraan bukan bidang saya tetapi saya mencabar diri saya untuk melakukannya. Saya telah meneliti draf pertama skrip untuk majlis tersebut. Saya perlu banyak belajar dengan Ally bagaimana untuk menjadi seorang hos yang baik." Sementara itu, Ally menyifatkan pemilihan Rozita sebagai hos bersama memberikannya peluang untuk mengenali bidang lakonan dengan lebih mendalam.

“Kami akan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Pengalaman saya sebagai penyampai akan saya kongsi bersama Rozita, manakala pengalaman Rozita dalam bidang lakonan akan dikongsikan dengan saya. Pada malam itu, kami berharap akan dapat saling melengkapi bagi memeriahkan lagi suasana malam tersebut.” tambah Ally lagi.

Acara karpet merah pula akan dikendalikan oleh pasangan Adzriefaiz Adzlan dan Nabila Huda bersama Juara Hos Bintang Pantene. Antara artis-artis yang bakal menjayakan persembahan di Anugerah Skrin 2011 ialah Black, Ferhad, Zizan, Zain Ruffedge, Altimet, Najwa Latif, Awi Rafael, Jaclyn Victor, Shila Amzah, Alyah, Aizat dan Tomok. Anugerah Skrin 2011 bakal mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman serta 2 Anugerah Khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene.


Antara drama yang layak bertanding seperti Berkalung Noda, Airmata Nur Salina, Iqra dan Sanggul Beracun. Manakala, antara filem yang bertanding termasuk Magika, Estet, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Hikayat Merong Mahawangsa, Nur Kasih The Movie, KL Gangster dan Khurafat. Bagi kategori drama rantaian pula, ASK 2011 menerima pencalonan seperti Asmara 2, Juvana, Nora Elena, Syurgamu Ramadan, Dia Bukan Maryam dan Lagenda Budak Setan. Semua pencalonan dinilai oleh panel juri professional yang dipilih. gua.com.

[ARTIS] Vanidah Tolak Tawaran Berlakon Kerana Pelajaran



Kejayaan suami beri inspirasi pada Vanidah Imran untuk sambung belajar
SERDANG: Aktres Vanidah Imran tidak mengambil sebarang tawaran berlakon sepanjang tahun ini bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajiannya di Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Kata Vanidah, dia tidak pernah menyesal kerana terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon dan menganggap ia sebagai satu pengorbanan.
"Saya memang merancang untuk sambung pengajian selepas Rashidi tamatkan pengajiannya. Alhamdulillah kini sudah masuk semester kedua saya di OUM.
"Secara jujurnya memang agak sukar untuk membahagikan masa dengan kerja sebab itulah saya menerima tawaran menjadi pengacara rancangan Nona dan menolak semua tawaran berlakon," katanya ketika ditemui pada majlis konvokesyen suaminya, Rashidi Ishak di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, Selasa.
Rashidi menerima ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi daripada universiti itu selepas tujuh tahun bergelar pelajar. Dalam pada itu, Vanidah juga mengakui menyesal kerana terlalu mengejar kerjaya pada usia muda sehingga mengabaikan pelajaran.
"Saya menyesal kerana ketika muda saya terlalu sibuk mencari peluang dalam industri sehingga melupakan pelajaran dan saya menasihatkan artis-artis baru agar habiskan dulu pengajian mereka sebelum terlibat dalam industri ini. 
"Industri ini sentiasa terbuka tapi peluang kita untuk belajar kerana itu lebih penting kerana pelajaran memberi nilai tambah dalam diri kita," katanya yang memilih jurusan berkaitan pendidikan dan bahasa.
Selain itu, dia mengakui mendapat inspirasi dan galakan penuh daripada suami dan keluarga untuk terus menuntut ilmu.
"Ayah saya memang ingin sangat saya sambung belajar, sehinggakan saya sudah bekerja dia masih menyuruh saya sambung belajar.
"Selepas suami tamat pengajiannya barulah saya rasa masa yang paling sesuai untuk saya pula menuntut ilmu," ujarnya.

[ARTIS] Rozita Dibayar Tinggi Kerana 'Kiah Mai Pulak'


Rozita Che Wan kekal berlakon sebagai Che Kiah dalam Kiah Mai Pulak.
PETALING JAYA: Penerbit Zeel Production, Fadzil Teh mengakui perlu mengeluarkan bayaran yang tinggi kepada pelakon Rozita Che Wan untuk menjayakan drama bersiri Kiah Mai Pulak. Ini kerana dia tidak mahu mengganggu kesinambungan drama Kiah Pekasam sebelum ini yang pernah disiarkan di Astro Warna (saluran 132).
“Kami terpaksa mengeluarkan bayaran yang agak tinggi atas permintaan Rozita dan telah dipersetujui kedua-dua belah pihak.
“Ini kerana kami perlu meneruskan kesinambungan cerita ini memandangkan dia merupakan pelakon utama yang mampu menarik ramai penonton,” katanya kepada mStar Online.
Tambahnya: “Walaupun dia meminta bayaran yang mahal, tetapi dia masih memberikan komitmen yang tinggi serta menyediakan kostum sendiri yang cantik-cantik untuk penggambaran drama ini.
“Kostum yang dipakai lebih menyerlah dan berwarna-warni berbanding sebelum ini. Dia sanggup membeli sendiri kostum-kostum tersebut. Mengenali Rozita, dia bukanlah seorang yang mudah memakai baju yang ditaja. Lagipun susah untuk mencari penaja yang mampu menepati seleranya.”
Aiman (Mentor) dan Eizlan Yusof turut muncul sebagai wajah baru dalam Kiah Mai Pulak.
Menyentuh tentang gandingan buat kali kedua antara Rozita dan Zain Saidin yang pernah digosipkan bercinta sebelum ini, Fadzil menganggap penglibatan mereka turut dikekalkan bagi meneruskan kesinambungan drama tersebut.
“Tiada sebab untuk kami menyingkirkan kedua-duanya kerana mereka sangat penting untuk mengekalkan kesinambungan musim pertama,” ujarnya.
Kiah Mai Pulak menceritakan Che Kiah telah diminta oleh pihak istana supaya mengendalikan sebuah resort yang baru saja ditubuhkan di daerah Kuala Perlis. Kiah serba salah namun dengan semangat dan tunjuk ajar, Kiah berjanji untuk mengusahakan resort itu hingga berjaya. Masih mengekalkan muka-muka lama seperti Fendy London, Azza Rima, Cip Puteh dan Sabrina Ali, drama ini turut mempertaruhkan Sheila Rusly, Eizlan Yusof dan Aiman (Mentor).
Ia menemui penonton setiap Khamis, pukul 10.30 malam di Astro Warna (Saluran 132).

Blog Archive

.