Tuesday, October 18, 2011

[ARTIS] Apabila Uncle Seekers Mimpi Masa Depan Artis


MINGGU lalu, tercetus banyak kisah suka dan duka serta tidak kurang hebatnya dengan perasaan bimbang di kalangan beberapa orang artis apabila Uncle Seekers membuat ramalan tentang masa depan mereka. Antara selebriti yang 'terkena' dengan ramalan Uncle Seekers ialah Marsha, Rabecca Nur Al-Islam, Zizan Raja Lawak, Anuar Zain, Juliana Evans, Fauziah Gous dan Fasha Sandha.
Kebanyakan mereka menganggap ramalan yang dibuat oleh pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai 'Uncle Seekers' menerusi laman blognya adalah sesuatu yang tidak boleh dipercayai.
Marsha berkata, ramalan kononnya dia akan memeluk Islam dan bakal bertunang sebelum tahun 2013 adalah karut dan Uncle Seekers tidak patut menceritakan ramalan yang datang daripada mimpi itu dalam blognya.
Kata Rabecca pula, ramalan bahawa rumah tangganya akan mula goyah akibat kesilapan sendiri juga dianggap palsu kerana Uncle Seekers tidak pernah bertemu dengannya walau sekalipun.
Bagaimanapun Zizan (Raja Lawak) yang dikatakan kononnya menghadapi masa depan gelap gara-gara dikaitkan dengan isu seks (Uncle Seekers tidak menjelaskan secara terperinci) pula enggan memberi sebarang komen tentang hal berkenaanmstar

No comments:

Blog Archive

.