[ARTIS] Kenapa saya ditahan setelah jadi baik - Bob Lokman



KUALA LUMPUR, 11 Okt: Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman (gambar) hairan dengan tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menahan beliau setelah menjadi baik, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu. 

Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu. Menurut Bob, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian. 

Sehubungan itu, beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan dalam masyarakat termasuk para penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah. Katanya, sekiranya terdapat undangan dari pelbagai pihak untuk menyampaikan ceramah, beliau juga bersedia memenuhi undangan itu sekadar terdaya untuk menyampaikan mesej Islam, di samping tidak mahu menghampakan pihak terbabit.

"Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut," katanya Baca selanjutnya di sini.....

4 comments:

mahran said...

jadi jahat orang tak kisah.. sebar benda baik orang kisah.. terbalik2 dunia

stellaizz said...

dunia dah akhir zaman..benda jahat dia biarkan..benda baik????

Shazana Halim: said...

betul tu mahran dan stellaiz...

Anonymous said...

nak naik bas pun kena beratur bli tiket.. itukan peraturan... nak berceramah mohon lah tauliah.. klau layak insyaalah dipermudahkan urusan olehNya. wat pa nak melenting tak tentu pasal...

Sponser :

sem0ga Allah merahmati anda...TQ

.

.