Tuesday, October 11, 2011

[ARTIS] Mamat Tak Sanggup Baca Komen Sahabat


“Walaupun Shuib dan Jep sudah memberikan kenyataan tentang krisis Sepah sekarang ini, tetapi saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya tidak kisah kalau mereka mengatakan saya mempunyai masalah disiplin atau sebagainya. Saya anggap mereka sebagai sahabat, jadi saya tidak mahu memberikan sebarang komen terhadap mereka. Saya anggap apa yang berlaku sekarang ini adalah dugaan untuk menguatkan saya,” ujar Mamat apabila diminta memberi kenyataan balas terhadap Shuib dan Jep yang mendakwa dia tidak berdisplin sehingga menjadi punca kepada perpecahan Sepah.
Dalam masa yang sama, pelawak ini juga mengakui dia tidak mengikuti perkembangan isu ini di media massa kerana tidak sanggup membaca kenyataan daripada kawan-kawannya itu. Jelas Mamat, walaupun selepas ini ada kemungkinan orang mengganggap dirinya yang bersalah, namun dia tetap dengan pendiriannya itu.

“Biarlah apa orang hendak kata, yang penting saya tahu apa yang saya lakukan. Shuib dan Jep juga tahu kedudukan yang sebenar. Jadi, tidak menjadi masalah jika saya tidak mahu memberikan sebarang komen terhadap mereka. Memang kami tidak lagi sekumpulan, tetapi kami masih berkawan seperti biasa. Saya juga tidak terlalu memikirkan tentang imej yang tercalar. Bagi saya, lama-kelamaan peminat akan faham dengan situasi yang sebenarnya. Sekarang ini saya mahu beri tumpuan kepada kerjaya," ulas Mamat lagi.

Mengulas tentang keengganannya melepaskan nama Sepah kepada Shuib dan Jep, Mamat memberitahu walaupun rakan-rakannya itu mengganggap Sepah sudah tidak ada, tetapi bagi dirinya, Sepah masih wujud. Cuma anggotanya tinggal seorang.

“Mengapa mereka masih mahu menggunakan nama Sepah? Bagi saya, ‘Sepah’ adalah satu nama yang membawa makna cukup besar dalam kehidupan saya. ‘Sepah’ telah membawa saya sehingga ke tahap ini. Sebab itu saya enggan lepaskan ‘Sepah’ begitu sahaja. Saya juga berpendapat mereka masih mengharapkan tuah Sepah dalam perkembangan karier mereka, kalau tidak masakan mereka masih menggunakan perkataan ‘Sepah’ untuk kumpulan baru itu,” jelas Mamat lagi.


Sementara itu, Shuib dan Jep sekali menegaskan mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan Mamat. Namun, untuk urusan kerja mereka tidak boleh berkerjasama kerana mengganggap Mamat tidak serius dalam kerja.“Saya dan Shuib buat keputusan ini kerana memikirkan periuk nasi kami. Kami tidak mahu mempertaruhkan karier kami kerana ini adalah satu-satunya mata pencarian kami. Setakat ini saya dan Mamat masih berkawan seperti biasa,” ujar Jep yang ditemui ketika sidang media filem Sepah The Movie sebentar tadi.





SUMBER:

No comments:

.


.

.