Wednesday, October 5, 2011

[ARTIS] Sari Yanti: Ramai Tak Perasan Saya Hamil Anak Kedua

Sari Yanti: Ramai Tak Perasan Saya Hamil Anak Kedua


KUALA LUMPUR, 4 OKT 2011: Biarpun sudah 8 bulan menghamilkan anak kedua, namun pelakon Sari Yanti mengakui masih ramai yang tidak menyedari akan perubahan fizikalnya itu. Disebabkan itu, tawaran berlakon yang diterimanya tidak pernah putus. Namun, kesemuanya terpaksa ditolak memandangkan usia kandungannya semakin meningkat dan dia mahu berehat demi menjaga kesihatan diri dan bayi.


"Saya mula berehat daripada lakonan sejak kandungan saya 5 bulan kerana mahu menjaga kesihatan diri dan bayi. Tapi orang ramai tak perasan saya mengandung dan masih menawarkan tawaran berlakon kepada saya.

"Apabila saya cakap tak boleh ambil kerana saya sedang berehat kerana mengandung ramai yang terkejut dan memberitahu mereka tak menahu langsung mengenai kandungan kedua saya ini," katanya sambil tersenyum manis.





No comments:

Blog Archive

.