[ARTIS] Saya Sedih, Terkilan Dan Kecewa Dengan Mamat – Fida


Setelah hanya mendiamkan diri berkaitan kontroversi gambar yang diupload oleh Mamat, Fida semalam membuka mulutnya menerusi BiPop.. Fida melahirkan rasa kecewa, terkilan dan sedih dengan tindakan Mamat. Malah kata Fida, hatinya telah tawar dan terluka dengan apa yang telah Mamat lakukan.

Berikut ialah kata-kata Fida menerangkan apa sebenarnya yang telah berlaku:-


Ketika Aidilfitri baru-baru ini, saya datang ke Johor beraya rumah keluarga Mamat. Selepas memperoleh pasport, kami bercuti ke Singapura, saya tak pernah ke sana. Tapi kami balik hari, namun apabila ke Batam, kami menginap di situ. Ketika berada di Batam, Mamat ambil gambar saya yang menampakkan sebahagian rambut itu dan dia juga yang muat turun gambar berkenaan di dalam Internet

Fida terus melahirkan rasa kekecewaannya dan tidak percaya dengan alasan yang Mamat berikan:-


Bagi saya, gambar itu sangat peribadi. Saya pernah cakap dengan Mamat, gambar peribadi adalah untuk simpanan peribadi. Apabila gambar itu tersebar di Internet, saya baca alasan Mamat, dia tak perasan dan kepada sesetengah media masa pula, beliaun menjelaskan tindakan itu disebabkan matanya rabun. Saya tak boleh terima alasan Mamat. Kesannya adalah saya, bertalu-talu saya kena hentam. Saya terkilan dengan perbuatan Mamat. Sebaik saja mengetahui mengenai penyebaran gambar berkenaan, saya ada tanya dia kenapa? Bagi saya alasan yang diberikan Mamat, nampak dirinya tak matang. Namun selepas itu sudah berminggu-minggu kami tidak bercakap mahu berjumpa.

Dan ternyata Fida sangat blur dengan motif Mamat mengupload gambar tersebut:-


Saya tak tahu apa tujuan Mamat memuat turun gambar itu di dalam Internet. Namun yang jelas diri saya sudah diaibkan. Saya juga tak faham kenapa Mamat memuat turun gambar kami berdua saja, seolah-olah tiada orang lain di situ. Bagi saya bukan hanya menerusi gambar Mamat mengaibkan saya, tapi persepsi orang menjadi negatif, mungkin mereka beranggapan kami bercuti berdua sahaja.

Dan ternyata kepercayaan Fida terhadap Mamat sudah luntur:-


Selama ini saya mempercayai Mamat, tapi apabila berlaku perkara seumpama ini, Mamat sebenarnya sudah mematahkan kepercayaan saya terhadapnya. Kami sekadar bercuti ke Batam, bagi saya kenapa gambar macam tue pun dia nak muat turun dalam Internet? Mungkin apabila dia boleh tunjuk rambut saya kepada semua orang, mungkin dia berasakan dirinya hebat. Saya tak tahu apa sebenarnya tujuan Mamat. Terus-terus, apabila perkara ini berlaku, saya memang sangat sedih, terkilan dan kecewa dengan tindakan Mamat. Hati saya memang dah tawar dengan Mamat. Hati saya masih terluka dengan perbuatan Mamat. Dia seharusnya berfikir dulu sebelum bertindak dan bercakap. Jangan dah buat, baru rasa kesal.

Kekesalan Fida nampak jelas sekali dengan kata-kata di bawah:-


Mamat boleh minta maaf, tapi bagaimana dia nak tutup tohmahan orang terhadap saya? Sekalipun gambar berkenaan sudah dipadamkan dari Facebook Mamat, gambar itu sudah tersebar merata-rata. Buat masa ini, saya tak boleh terima Mamat, nak bercakap atau berjumpa dengan dirinya sekalipun, saya tak boleh. Mamat pernah cakap, dia sayang saya. Saya tak faham apa erti sayang bagi Mamat. Jika benar-benar menyayangi saya, beliau seharusnya memelihara air muka dan maruah diri saya. Justeru, saya amat-amat terkilan dengan sikap Mamat, sangat kecewa dengannya.

Dan Fida sudah tidak boleh mengagak ke manakah hala tuju hubungan mereka berdua:-


Bagi saya, sekiranya Mamat berasakan dirinya bersalah, dia harus minta maaf dengan ikhlas, tak perlu mempertahankan dirinya lagi. Kesungguhannya saya tak nampak. Maaf Mamat tidak berharga. Dia tak mampu mengembalikan maruha saya yang tercemar. Saya tak pasti di mana pengakhiran perhubungan kami nanti. Saya berasakan diri ini seolah-olah teraniaya.

Dan Fida menjelaskan tentang fesyen bertudungnya yang makin pelik semenjak kebelakangan ini:-


Tujuan asal saya bertudung kerana mahu menutup aurat, kini saya terpengaruh dengan fesyen. Fesyen bertudung saya hari ini tiada kena mengena dengan sesiapa, termasuk Mamat. Namun selepas menyedari ada pihak yang tidak senang dengan fesyen tudung yang saya gayakan, saya minta maaf kepada pihak yang tersinggung. Saya tidak lepas daripada melakukan kesilapan.




STATUS EX GF MAMAT SEPAH DI TWITTER....KEHKEH...TIBA2 RASA MACAM NAK NYANYI JER LAGU NIE....


1 comment:

alis :) said...

ulasan yg dberikan fida tentg fesyen tdung tak msuk akal. Hmm

Sponser :

sem0ga Allah merahmati anda...TQ

.

.