[DUNIA] Bali Dilanda Gempa Bumi, Pelancong Lari Tinggalkan Hotel




BALI: Gempa bumi yang melanda sebuah kawasan percutian popular Indonesia, di sini, Khamis, memaksa orang ramai termasuk pelancong melarikan diri daripada rumah dan hotel dalam keadaan panik. Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini. Saksi-saksi di tempat kejadian memberitahu stesen radio dan televisyen tempatan bahawa mereka melihat beberapa buah rumah dan bumbung-bumbungnya roboh, selain beberapa buah kuil di sepanjang persisiran pantai pecah berderai akibat gegaran tersebut.
Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata gegaran berskala 6.0 magnitud itu bertumpu pada kira-kira 60 batu (100km) di bahagian barat daya pulau itu dengan kedalaman (36 batu) 60km ke paras dasar laut.
“Saya terjatuh daripada motosikal akibat gegaran itu,” kata seorang penduduk tempatan, Miftahul Chusna.
Pegawai perhubungan awam Hotel Sanur Beach, Candy Juliani berkata semua benda di dalam bangunan itu bergegar.
“Penginap-penginap hotel melarikan diri dalam keadaan panik.
“Kami sebenarnya mempunyai laluan kecemasan khas apabila berdepan dengan situasi sebegini tetapi semua orang menjadi cemas dan mengabaikan laluan tersebut,” katanya.
Beberapa orang awam melaporkan turut melihat dinding-dinding pejabat dan rumah mereka mengalami keretakan ekoran gegaran itu. Gempa bumi terkuat melanda negara itu pada 26 Disember 2004 telah mencetuskan tsunami di Lautan Hindi yang meragut 230,000 nyawa di Aceh. - AP SUMBER


P/S: BARU BERANGAN2 NAK G MAKAN ANGIN DI BALI ....

No comments:

Sponser :

sem0ga Allah merahmati anda...TQ

.

.