Friday, November 18, 2011

Lelaki 20 Tahun Rogol Bayi Umur 20 Bulan


Bernafsu haiwan adalah perkataan paling sesuai untuk dua beranak, termasuk remaja lelaki berusia 16 tahun yang ditahan polis selepas disyaki menodai seorang bayi perempuan baru berusia 20 bulan.

Kejadian itu hanya disedari ibu bayi berkenaan apabila pulang ke rumahnya di sini kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu apabila melihat bayinya menangis begitu lama. Sebelum itu, sumber berkata, wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai juruwang itu meminta ibunya mengambil bayinya yang ditinggalkan di rumah pengasuh kira-kira 50 meter dari rumahnya.

Katanya, wanita itu kemudian mendapati bayinya menangis dengan kuat apabila dibawa pulang ke rumah, tetapi dimaklumkan ibunya dia mungkin demam.

“Wanita itu yang tidak berpuas hati kemudian memeriksa dan mendapati ada kesan darah dan luka pada bahagian sulit bayi perempuannya.

“Dia kemudian terus membawa bayinya yang menangis dengan kuat tidak berhenti-henti ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.


“Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa. Bagaimanapun, keadaannya kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HSJ,” katanya.
Berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan polis.


Ibu kanak-kanak itu yang enggan dikenali, berkata dia tidak menyangka kejadian berkenaan boleh berlaku ke atas bayi perempuannya. Menurutnya, dia menghantar anaknya ke rumah pengasuh berkenaan sejak 14 November lalu dan menjelaskan bayaran RM150 untuk bulan pertama.

“Kejadian itu memang di luar jangkaan kerana tiada siapa memberitahu perangai sebenar lelaki berkenaan. Dia tergamak melakukan perkara itu ke atas bayi saya,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Superintendan Mohd Sukri Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Menurutnya, polis sudah menahan seorang lelaki berusia lewat 30-an dan anak lelakinya pada Sabtu lalu untuk membantu siasatan kes berkenaan yang dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Kami masih melakukan siasatan berhubung kejadian berkenaan,” katanya enggan mengulas lanjut.


sumber

Thursday, November 17, 2011

Semakan Keputusan UPSR 2011 Melalui SMS


perkhidmatan sistem pesanan ringkas mySMS 15888 
akan diaktifkan sehingga 12 tengah malam 23 November.





Berikut adalah senarai murid yang mendapat 5A dalam UPSR 2011 :

1- Lola Hola ( kelantan )
2- Casa Blanca ( kelantan )
3- Nur Ain Hidayah ( selangor )
4- Hidayah Zawarni ( terangganu )
5- Shazana Halim<-Ehh name sy pun tersenarai jgk keh3 (nmpak benar nipunya)
6- AniEs NaDia ( kedah ) 
7- Azza Nor ( johor )
8- Nor Hafiza Hafiza (perak)
9- Nurul Atikah Zulkefle ( selangor ) 
10-Cik Hida ( pahang )

* tak sia2 kita belajar bersungguh2, betul tak kawan2 ???
lepas nie kita apply MRSM sama2 ye LOL...





Tuesday, November 15, 2011

PELUANG PEKERJAAN UNTUK GRADUAN DIPLOMA PENDIDIKAN PRA SEKOLAH


ANDA MEMPUNYAI DIPLOMA PENDIDIKAN PRA SEKOLAH???
TAPI MASIH LAGI MENCARI KERJA???

ANDA TAKUT NAMA DI BLACK LIST OLEH PTPTN???
SEBAB TAK BAYAR HUTANG ??

JANGAN LAH RISAU
kami ada penyelesaian untuk anda::



kepada semua rakan2 yang di kasihi sekalian
Pihak Mahligai, ada satu pengumuman penting untuk anda semua..
kepada kengkawan yang masih menanam anggur
dan ingin berkerja secara bersungguh2 sebagai seorang guru tadika
anda bolehlah hubungi pihak kak Rohayu

LOKASI:
Setia Alam ( Shah Alam)
Salak tinggi ( sepang )

* untuk maklumat lanjut anda bolehlah coll kak Rohayu
012- 2833593 ( Kak Rohayu )

 kalau kak ayu tanya anda, dari mana anda dapat info...
Anda, boleh cakap  
:SHAZANA UNISEL @ SHAZANA KEDAH yang info kan..


sebelum you all nak coll, sila pastikan prepaid anda mempunyai kredit
kalau takda kredit boleh mintak share topup dari kawan2 anda kehkeh( just kidding)

ITU SAJA INFO PENTING UNTUK KALI INI
TERIMA KASIH








Sunday, November 13, 2011

Good luck for SPM candidates



wahai adik2 ku yang bakal duduki  SPM dan STPM, 
U all semua dah prepares  shotguns, ammos, machine guns, grenades ke belum???
untuk pergi berperang nnt?? 
apa2 pun Good luck and best wishes to all SPM candidates, 
it’s not that difficult if you really work hard on it  ^__^


[SUKAN] SEA GAMES FULL TIME : MALAYSIA 4 - 1 KEMBOJA

SEA GAMES FULL TIME : MALAYSIA 4 - 1 KEMBOJA


KOMEN : Kami setuju dengan pengulas zainal abidin, malaysia menempah maut kalau bermain gaya 2nd half, beliau juga berkata kita seharusnya mengelak untuk berjumpa dengan VIETNAM di separuh akhir jika dapat 2nd place dalam group, vietnam adalah team maut. Kalau thailand kalah dengan indonesia malam ni malaysia sekamat ke separuh akhir. Untuk selamat separuh akhir kena elak bertemu vietnam dengan menewaskan indonesia seterusnya menjadi juara kumpulan A. by HarimauMalaya

TAHNIAH MALAYSIA!!! Berbekalkan semangat juang yg tinggi, #harimaumalaya akan berentap dgn team #garuda 17hb nnt.. Malaysia Boleh ^__^

Chef Riz Memalsukan pengalaman kerja



Sapa tak kenal dengan juri-juri di program realiti masakkan 
"Master Chef Malaysia" 
Ke semua juri-jurinya hebat2 belaka.. 


tapi hari ini  Mahligai  nak cerita pasal 
Mohd Nadzri Redzuawan atau Chef Riz.. 
Siapakah si Chef Riz Ni??? nak tahu tak, siapa dia???
y0u all semua kenal tak dengan
Datuk Redzuawan Ismail (Datuk Chef Wan)
Sapa tak kenal chef Wan memang kuno lah dia kehkehkeh.. 
Chef riz ni, merupakan anak sulong kepada chef wan
sejak kebelakangan ini ada ura2 mengatakan bahawa chef riz
telah memalsukan resume pengalaman kerjanya


Kontroversi ini terbongkar apabila pihak pengurusan restoran Itali terkemuka di New York, menafikan bahawa Chef Riz pernah bekerja dengan mereka. Maklum balas itu diberikan setelah portal The Malaysian Insider menghubungi mereka berhubung profil kelayakannya yang disiarkan dalam laman web Astro Ria yang mendakwa beliau pernah bekerja sebagai 'Chef de Cruisine' dan 'Sous Chef' di dua restoran terkenal di Amerika Syarikat itu iaitu 'Babbo' dan 'Le Bernardin".

Apa pulak kata Chef Wan???

Datuk Chef Wan melahirkan rasa terkilan dengan tindakan anak sulungnya itu dan berharap agar kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

"Memang saya terkejut kerana saya langsung tidak tahu menahu tentang perkara ini. Tapi apa yang boleh saya nasihatkan kepada Nadzry supaya meminta maaf secara terbuka dan terus maju ke depan.

"Saya menganggap perkara ini amat memalukan. Bukan saja kepada saya sebagai seorang bapa, tetapi juga kepada dunia chef dan juga industri masakan negara.

"Tapi saya sedar, kegiatan memalsukan pengalaman kerja di dalam resume oleh kebanyakan chef bukanlah perkara baru kerana sudah banyak berlaku. Sudah beberapa kali juga saya jumpa, semata-mata mahu nampak hebat," katanya. baca selanjutnya disini..



huh rasa terliur bila tengok makanan yang di sajikan macam ni.. nyumm2..



P/S:: Apa2 pun Sy suka tengok chef riz di rancangan Master chef.. 



Sunday, November 6, 2011

Elaun sara hidup pelajar PTPTN bakal dimansuhkan?




Ini adalah satu cadangan yang membuatkan bakal pelajar institusi tinggi tak senang duduk. Pihak PTPTN mencadangkan akan memansuhkan pemberian pinjaman perbelanjaan bagi mengurangkan tanggungan yang semakin meninggkat. Ini bermakna, cadangan ini adalah disebabkan oleh para peminjam terdahulu tidak membayar balik pinjaman mereka. Lepas ni budak budak PTPTN dah tak dapatelaun sara hidup dah. Mereka kena belajar rasa susah sikit la nampaknya kan?

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang menghentikan pemberian pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi bagi mengurangkan tanggungangnya yang semakin meningkat, kata pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said.

Katanya, Lembaga Pengarah PTPTN pada mesyuaratnya 31 Oktober lepas membuat keputusan itu bagi mengurangkan bebanan akibat peminjam yang terlalu ramai.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada warga emas dan golongan miskin di kawasan Parlimen Kuala Krau di Simpang Peragap, dekat sini, hari ini, Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata, pinjaman pembiayaan yuran pengajian bagaimanapun tetap akan diberikan seperti biasa. Baca selanjutnya di busuk.org



P/S: KAN BEST KALAU ..Kadar Faedah PTPTN pun turut di mansuhkan...

Friday, November 4, 2011

Jangan Lupa Saksikan Anugerah Skrin 2011



JANGAN LUPA KUL 9 MALAM NANTI.
SAKSIKAN...



Tiba2 teringat Madah Muqaddimah
jumlah kita baca sama-sama
SEKADAR RENUNGAN :

Dunia Ini ibarat pentas lakonan,

Manusia itulah pengarah dan pelakonnya,

Al-Quran dan As-Sunnah itulah skipnya,

Malaikat itulah jurugambarnya,

Islam itu jalan ceritanya,

Kiamat itulah kesudahan pengambarannya,

Padang masyhar tempat penganugerahannya,

Rasulullah S.A.W adalah penerima anugerah terbaiknya,

ALLAH S.W.T adalah hakimnya,

Syurga atau Neraka adalah trofinya

[ARTIS] Video Klip Malaysian Boy Ada Hantu?


Kalau sebelum nie kecoh dengan video klip lagu Adat Berkasih nyanyian Achik Spin dan Siti Nordiana terdapat imej yang ganjil dikatakan hantu. 



Penampakan pontianak di dalam video ini boleh dilihat pada 0.40-0.42.



Tapi Kali nie video klip Lagu Malaysian Boy pulak yang nampak imej aneh seperti lembaga manusia yang memakai baju putih. Tapi imej tu tak berapa jelas sangat sebab tak sampai berapa detik jer imej tu nampak.

Mungkin dalam video yang belum di’edit akan nampak dengan jelas imej ganjil nie. Sama ada dia nie hantu atau budak prop, sama-sama kita tunggu dan lihat. Tapi nak tunggu siapa? Hahaha… Takkan nak tunggu Finas kot?  Okay, korang perhati betul-betul video di bawah pada saat ke 43 dan imej tu akan muncul. Selamat mengamati dengan fokus yew!





okeh jum teng0k ramai2 yang tid0r s0rg2 tu cepat sembunyi dalam selimut - rilekslah.com






Thursday, November 3, 2011

Salam Aidil Adha Daripada Saya...


“Setitik embun dipohon rimbun, Di atap nipah air tergenang, 
Dosa tertimbun Mohon diampun, Silap dan salah jangan dikenang. 
Selamat hari Raya , Maaf Zahir Batin..”

SelaMat Hari RayA AiDiLaDha, mAaf ZaHiR & BaTiN..
kpd semua rakan2 yang mengenali diriKu. terutama skali 
Rakan dari SK BERAPIT, SMK PEKULA JAYA, SMK SG PASIR, UNISEL 
serta rakan2 Fb, blog, twitter, dll

Jadual perlawanan Sukan Sea 2011 untuk Malaysia

Jadual perlawanan Sukan Sea 2011 untuk Malaysia


Kumpulan A

MALAYSIA
INDONESIA
SINGAPURA
THAILAND
KEMBOJA

Malaysia lwn Singapura (8 November 2011 – 4 petang)
Malaysia lwn Thailand (10 November 2011 – 4 petang)
Malaysia lwn Kemboja (15 November 2011 – 4 petang)
Malaysia lwn Indonesia (17 November 2011 – 7 malam)

** waktu malaysia/stadium gelora bung karno -HarimauMalaya

Wednesday, November 2, 2011

[BOLA] Khairul Fahmi Perjelas Kontroversi Minum Arak?



Penjaga gol pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek yang sebelum ini dikatakan memutuskan pertunangan dengan teman wanitanya akibat kehadiran orang ketiga, sekali lagi terbabit dalam kontroversi apabila gambarnya bersama beberapa wanita seksi di restoran eksklusif disiarkan dalam blog dan portal hiburan.

Khairul Fahmi berkata, gambarnya bersama kenalan, Dahlia Teck dan beberapa rakan wanita itu dirakam ketika beliau menghadiri majlis hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini, tetapi menafikan mengambil minuman keras walaupun minuman itu ada dihidangkan seperti dalam gambar berkenaan.

“Saya tidak sentuh (arak) dan muka saya ketika itu merah kerana suasana dalam itu (parti) panas dan sesak, menyebabkan muka saya jadi begitu. Dalam parti itu, saya duduk dengan orang yang saya kenal dan ada juga saya tidak kenal langsung. Jadi, saya tidak tahu siapa yang mengambil gambar itu atau siapakah empunya sebenar gambar itu. 

“Bila saya tengok gambar itu pagi tadi (semalam), selepas dimaklumkan seorang rakan, saya agak terkejut. Tetapi, saya ingin menegaskan yang saya tidak ada kaitan dengan benda itu (arak) seperti dilihat dalam gambar,” katanya ketika dihubungi ketika membuat pemeriksaan kesihatan di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam. 

Beliau mengulas mengenai gambarnya bersama Dahlia serta dua wanita lain, manakala foto kedua menunjukkan enam wanita termasuk Dahlia bergambar di tempat yang sama. 

Mengulas lanjut, Apek berkata dia sentiasa menjadi perhatian umum, selain ramai yang mahu bergambar bersamanya. 

“Ke mana saya pergi, sudah pasti akan bertemu peminat dan mereka mahu merakam gambar. Pada parti hari jadi berkenaan, saya tidak terkecuali menjadi perhatian dan ada yang mengambil gambar,” katanya. 

Bagaimanapun, Khairul Fahmi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana bimbang menjejaskan prestasi permainan dan persiapannya menjelang Sukan Sea 2011, di Indonesia, namun berjanji akan menjelaskannya lebih lanjut selepas kejohanan itu. 

“Memang pada saat ini, saya mahu memberi tumpuan kepada Sukan Sea. Saya tidak mahu terlalu memikirkannya kerana sudah dekat (perlawanan). Selepas perlawanan selesai, saya akan memberikan penjelasan kepada media dan buat apa yang patut. Kalau boleh memang saya tidak mahu beban fikiran dengan benda seperti ini (kontroversi),”

Sebelum ini, Apek memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, tetapi menafikan ia berpunca daripada orang ketiga yang dikenali sebagai Dahlia. 




[ARTIS] Fasha Sandha Mungkin Gugat Peluang Erra & Umie Aida?


Tahun lalu menyaksikan pelakon Nor Khiriah menjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2010. Nor Khiriah berjaya merangkul anugerah tersebut menerusi drama lakonannya berjudul, ‘Antara Garisan’. Bagi ASK 2011 yang akan berlangsung Jumaat ini, agak sukar untuk GUA meramalkan pelakon manakah yang akan merebut gelaran tersebut.

Ini kerana, persaingan tahun ini boleh dikatakan cukup kuat. Drama-drama yang disiarkan juga kebanyakannya sangat bagus. GUA suka dengan lakonan Umie Aida dalam drama, ‘Airmata Nur Salina’. Kehebatan pelakon teater ‘Natrah’ ini tidak perlu disangkal lagi. Dalam drama ini, Umie membawa watak yang cukup berat, namun beliau berjaya membawa wataknya dengan berkesan sekali.

“Saya suka dengan watak Salina kerana ada macam-macam warna dalam karakter ini. Kami sebagai pelakon dah buat yang terbaik, jadi terpulang kepada mata juri untuk menilai. Jika ada rezeki adalah, saya tak nak mengharapkan apa-apa,” ujar Umie ketika ditemui di siri jelajah ASK 2011 baru-baru ini.

Seorang lagi pelakon yang GUA rasakan boleh menggugat watak Salina ialah pelakon, Erra Fazira menerusi wataknya, Siti Aminah dalam drama ‘Sanggul Beracun’. Sama seperti watak Salina, watak yang dibawa oleh primadona filem ini agak berat. Digandingakan dengan pelakon teater berpengalaman seperti Nam Ron, menjadikan karisma dan aura Erra dalam drama tersebut semakin menyerlah dan berpeluang untuk menggugat peluang rakan baiknya, Umie.

GUA juga dapat rasakan kemampuan pelakon kontroversi, Fasha Sandha untuk menggondol anugerah ini menerusi watak Karina dalam drama, ‘Berkalung Noda’. Dalam drama tersebut, Fasha membawa watak sebagai seorang isteri yang curang dan mempunyai skandal dengan gigolo. Bukan itu saja, watak orang gila yang dibawa oleh Fasha juga berjaya meninggalkan kesan di hati penonton.

Siapakah pelakon yang berjaya meraih gelaran Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2011? Sama-sama kita nantikan malam anugerah berprestij ini yang akan disiarkan secara langsung dari Pusat Perdagangan Dunia Putra, Jumaat, jam 9.00malam, hanya di TV3. gua.com.


P/S: SY PUN SUKA LAKONAN FASHA...BEST DAN MENJADI.. 

[ARTIS] Zamarul Hisham Hidap Denggi



Pelakon berbakat, Zamarul Hisham dimasukkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, sejak Ahad lalu apabila disahkan menghidap demam denggi. Menurut Zamarul, ini kali kedua dia dimasukkan ke hospital akibat denggi di mana kali pertama pada tahun 1995. Lebih memilukan, suami kepada pelakon, Diana Rafar ini dimasukkan ke wad pada tarikh yang sama hari jadi anaknya, Kashfi Haiqal yang berumur setahun.

“Saya mengalami simptom demam sejak Sabtu lalu. Pada petang Ahad, saya sempat menyambut hari jadi anak kami yang berumur setahun. Masa itu, saya dah rasa seram sejuk sangat. Namun, selepas itu, saya tetap kuatkan semangat untuk terus pergi ke set penggambaran telemovie terbaru saya, ‘Bismillah’.

“Saya rasa bersalah sangat sebab tinggal sehari saja lagi sebelum penggambaran siap. Ingatkan nak teruskan juga tapi pengarah, Murali Abdullah suruh saya balik. Saya kemudian pergi ke hospital dan selepas membuat pemeriksaan darah, saya disahkan menghidap denggi,” ujar Zamarul ketika ditemui di DEMC semalam.


“Sekarang ini di Shah Alam banyak sangat kes denggi. Tapi saya rasa saya kena denggi ini ketika di lokasi penggambaran drama ‘Bismillah’, di Puchong. Drama ini mengenai kisah benar budak yang kena renjatan elektrik baru-baru ini. Kami jalani penggambaran di kawasan lombong dan masa itu saya tak pakai baju dan banyak nyamuk sangat.

“Saya memang rasa bersalah sangat sebab tinggal 17 babak saja lagi. Drama ini untuk slot Cerekarama tapi tak pasti bila tarikh tayangannya. Saya juga akan terlibat dengan drama 20 episod, ‘Anakku Sazali’ pada 4 November ini. Tak tahulah saya dah keluar ke belum masa itu, namun nasib baik produksi itu boleh tunggu. Walau bagaimanapun, saya harap boleh keluar secepat mungkin, sebab saya ini jenis yang tak boleh duduk lama di hospital, bosan sangat.” gua.com

Tuesday, November 1, 2011

[BERITA] [gambar] kunci kompaun pada cermin sisi kenderaan


PENGUATKUASA Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memasang kunci kompaun pada cermin sisi kenderaan yang mempunyai tunggakan saman di Ipoh, hari ini. - Foto Ikhwan Munir BH


Blog Archive

.