Sunday, November 6, 2011

Elaun sara hidup pelajar PTPTN bakal dimansuhkan?




Ini adalah satu cadangan yang membuatkan bakal pelajar institusi tinggi tak senang duduk. Pihak PTPTN mencadangkan akan memansuhkan pemberian pinjaman perbelanjaan bagi mengurangkan tanggungan yang semakin meninggkat. Ini bermakna, cadangan ini adalah disebabkan oleh para peminjam terdahulu tidak membayar balik pinjaman mereka. Lepas ni budak budak PTPTN dah tak dapatelaun sara hidup dah. Mereka kena belajar rasa susah sikit la nampaknya kan?

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang menghentikan pemberian pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi bagi mengurangkan tanggungangnya yang semakin meningkat, kata pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said.

Katanya, Lembaga Pengarah PTPTN pada mesyuaratnya 31 Oktober lepas membuat keputusan itu bagi mengurangkan bebanan akibat peminjam yang terlalu ramai.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada warga emas dan golongan miskin di kawasan Parlimen Kuala Krau di Simpang Peragap, dekat sini, hari ini, Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata, pinjaman pembiayaan yuran pengajian bagaimanapun tetap akan diberikan seperti biasa. Baca selanjutnya di busuk.org



P/S: KAN BEST KALAU ..Kadar Faedah PTPTN pun turut di mansuhkan...

3 comments:

Admin said...

kesian pelajar yang kurang mampu nanti..pelajar yg mmg mak bapak kaya ok la...tp semalam kementerian pengajian tinggi x setuju ptptn nak buat bende ni

mira_nas said...

kena tgk gak.. bukan semua pelajar mampu nak tanggung sendiri..kalau ada pun susah.. kalau takde lagi susah PTPTN ni..

rasta said...

sepatutnya bayarla balik pinjaman tu....dulu masa nak pinjam merayu ...sutu semua syarat perjanjian...dah 14 tahun perkara nie berlalu...sendiri pinjam sendiri bayar la...sian bagi yang baru2.......dan mereka yg betul2 memerlukan pinjaman...
Rasta tumpang promote blog rasta yang baru.....post terbaru tentang brest cancer sudilah kiranya singgah..
TRumah Rahsia
Semoga Ceria dan senyum selalu

jadi kalau ada master usahlah berbangga dan PHD pun bgitu jua...

Lebih baik jadi pencuci tandas yang membersihkan kekotoran yg nya daripada mempunyai hati yang kotor dengan mengambil hak orang lain berselindung di balik kekemasan imej dan bertopengkan fatamorgana...

Blog Archive

.