Wednesday, November 2, 2011

[ARTIS] Fasha Sandha Mungkin Gugat Peluang Erra & Umie Aida?


Tahun lalu menyaksikan pelakon Nor Khiriah menjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2010. Nor Khiriah berjaya merangkul anugerah tersebut menerusi drama lakonannya berjudul, ‘Antara Garisan’. Bagi ASK 2011 yang akan berlangsung Jumaat ini, agak sukar untuk GUA meramalkan pelakon manakah yang akan merebut gelaran tersebut.

Ini kerana, persaingan tahun ini boleh dikatakan cukup kuat. Drama-drama yang disiarkan juga kebanyakannya sangat bagus. GUA suka dengan lakonan Umie Aida dalam drama, ‘Airmata Nur Salina’. Kehebatan pelakon teater ‘Natrah’ ini tidak perlu disangkal lagi. Dalam drama ini, Umie membawa watak yang cukup berat, namun beliau berjaya membawa wataknya dengan berkesan sekali.

“Saya suka dengan watak Salina kerana ada macam-macam warna dalam karakter ini. Kami sebagai pelakon dah buat yang terbaik, jadi terpulang kepada mata juri untuk menilai. Jika ada rezeki adalah, saya tak nak mengharapkan apa-apa,” ujar Umie ketika ditemui di siri jelajah ASK 2011 baru-baru ini.

Seorang lagi pelakon yang GUA rasakan boleh menggugat watak Salina ialah pelakon, Erra Fazira menerusi wataknya, Siti Aminah dalam drama ‘Sanggul Beracun’. Sama seperti watak Salina, watak yang dibawa oleh primadona filem ini agak berat. Digandingakan dengan pelakon teater berpengalaman seperti Nam Ron, menjadikan karisma dan aura Erra dalam drama tersebut semakin menyerlah dan berpeluang untuk menggugat peluang rakan baiknya, Umie.

GUA juga dapat rasakan kemampuan pelakon kontroversi, Fasha Sandha untuk menggondol anugerah ini menerusi watak Karina dalam drama, ‘Berkalung Noda’. Dalam drama tersebut, Fasha membawa watak sebagai seorang isteri yang curang dan mempunyai skandal dengan gigolo. Bukan itu saja, watak orang gila yang dibawa oleh Fasha juga berjaya meninggalkan kesan di hati penonton.

Siapakah pelakon yang berjaya meraih gelaran Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2011? Sama-sama kita nantikan malam anugerah berprestij ini yang akan disiarkan secara langsung dari Pusat Perdagangan Dunia Putra, Jumaat, jam 9.00malam, hanya di TV3. gua.com.


P/S: SY PUN SUKA LAKONAN FASHA...BEST DAN MENJADI.. 

No comments:

Blog Archive

.