Wednesday, December 7, 2011

[NEW INFO] Kutipan Ombak Rindu sudah 5.2million!!!!

tadi masa sy bukak twitter, ternampak pulak status pelakon terkenal malaysia @Aaron535Aziz.. Statusnya berkenaan filem Ombak rindu yang semakin hangat di  tayangkan di pawagam-pawagam seluruh malaysia.. kata Aaron Aziz di twitter-nya kutipan filem ombak rindu sekarang sudah mencecah 5.3 million... fuhhhh, nampaknya, ombak rindu semakin mendapat sambutan yang hangat. 

Untuk pengetahuan semua, Ombak Rindu di tayangkan sejak Khamis lalu, filem adaptasi novel nukilan Fauziah Ashari, mencatat sejarah apabila kutipan tiket hari pertamanya mencecah RM750,000. S0, tak heranlah kalau kutipan hari ini dah mencecah ke 5.2 million...Apa-apa pun, tahniahlah yerr utk kru2 yang terlibat...



Sinopsis Filem Ombak Rindu::

IZZAH, Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan 
Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


No comments:

Blog Archive

.