Yusri & Lisa kawin 25 Feb 2012?

Yusri & Lisa “Wedding Of The Year” Pada 25 Feb 2012?

KUALA LUMPUR – Kecoh di blog-blog hiburan tempatan menyatakan bahawa satu perkahwinan besar-besaran yang diberi jolokan “wedding of the year” bakal diadakan pada bulan February 2012 dan dikaitkan dengan pasangan Yusri KRU – Lisa Surihani.

Sebuah blog hiburan terkenal, Rotikaya.com, memberitahu peminat bahawa Putrajaya International Convention Centre (PICC) telah ditempah pada Februari depan untuk majlis perkahwinan pasangan sensasi tersebut.

“Beberapa hari lalu seorang yang memang rapat dengan industri hiburan memberitahu yang Putrajaya International Convention Centre (PICC) telah di’tempah pada Februari 2012 untuk majlis perkahwinan pasangan Lisa Surihani & Yusry KRU,” kata pemilik Rotikaya.com.

Selain itu, blog hiburan Gua.com.my terjumpa sehelai kertas “recycle” yang mengandungi perancangan majlis perkahwinan paling gah yang dikatakan akan berlangsung pada bulan yang sama tahun depan, bertempat di kawasan sekitar pusat penyiaran Astro.

Sebelum ini, timbul juga gosip panas yang mendakwa syarikat penyiaran Astro telah berusaha membeli dan mendapatkan hak penyiaran eksklusif untuk majlis perkahwinan Yusri KRU – Lisa Surihani itu.

Selain itu, heboh juga di laman sosial Twitter yang menyatakan secara lengkap mengenai tarikh perkahwinan Yusri dan Lisa Surihani yang akan dilangsungkan pada 25 Februari 2012.

Bagaimanapun, Lisa Surihani, 25, yang dihubungi media baru-baru ini enggan memberikan sebarang komen mengenai desas-desus itu dan menyerahkan kepada ‘pihak lelaki’ untuk menjawab dakwaan tersebut terlebih dahulu.

Yusri, 38, pernah melangsungkan perkahwinan pertamanya dengan diva popular tanahair, Erra Fazira, pada tahun 2003 secara besar-besaran berkonsepkan ‘perkahwinan dalam taman’ yang dihadiri oleh ribuan peminat di Taman Tasik Permaisuri dan dianggap sebagai “wedding of the year”.

Bagaimanapun, jodoh di antara Yusri dan Erra disahkan berakhir pada 14 Jun 2006 apabila anggota kumpulan KRU itu mengaku melafazkan talak satu terhadap isterinya pada 26 April tahun itu di kediaman mereka.

Yusri yang juga merupakan salah seorang jutawan dan pemilik KRU Studios itu dikatakan mengaku menjalinkan hubungan dengan Lisa Surihani, baru-baru ini setelah menduda lebih lima tahun.


1 comment:

Atiey said...

suke tgok dowg,,,semoga jodoh brpnjangan...amin

Sponser :

sem0ga Allah merahmati anda...TQ

.

.