Sunday, January 29, 2012

Pilih Kuliah Ust Azhar Idrus atau AJL 26 ???

Buat orang2 Shah Alam dan sekitar dengannya..
buatlah pilihan yang tepat !!! rugi x join Ust Azhar Idrus 
J0m kutip Pahala ^_^





klu ada live di tv sy akan pilih  Ustaz Azhar Idrus punya Kuliah..
sbb sy suka dengar ustaz nie punya ceramah dan pendapat :)


Good luck for all the finalis AJL 26 2012

SUNGAI LUI mnjadi saksi pertemuan KEKANDA ADINDA yang telah menjadi gelaran tanda kasih kita. Saat itu aku merasakan kaulah WANITA SELURUH DUNIA yang sentiasa menjadi GADIS SEMASA untukku. Namun, kini segalanya berubah, SEDETIK LEBIH telah aku habiskan menunggumu di tempat itu, namun kau tak kunjung tiba. Mujur saat itu AWAN NANO sudi menemani sedihku. Baruku tahu kau sebenarnya seorang yang PENAKUT kerana tidak mampu berterus terang tentang statusmu. Benarlah kata orang, " KALAU BERPACARAN biarlah berpada-pada, kelak BERIBU SESALAN mula muncul dalam diri ". Baru aku percaya CINTA MUKA BUKU bukanlah cinta yang sejati, aku percaya HUKUM KARMA dan dikau akan terima balasannya. Untk itu, biarlah aku pendam & simpan KISAH HATI ini untuk selamanya.. 


Good luck for all the finalis AJL (sumber)


Saturday, January 28, 2012

Gie collections Menawarkan Tempahan Langsir Rumah Murah dan Cantik

Gie collections 
Menawarkan Tempahan Langsir Murah dan Cantik!!!!
Cepat Jangan ketinggalan, Sementara masih ada tawaran istimewa ini...

sebarang tempahan  dan pertanyaan boleh di hubungi di No Hp:

Gie collections
0124439872  Dan 0194343071 

FACE BOOK


VIDEO PROMOSI:
( Pelbagai jenis langsir disini )



CONTOH LANGSIR::




















Friday, January 27, 2012

Budak comel (Adam Syahmi & Zahirah)

LOKASI: 
KAMPUNG BERAPIT ( TIKAM BATU SG PETANI KEDAH)

JAM / TARIKH::
4.00 PETANG / 21 JANUARI 2012

MODEL KANAK2:
ADAM SYAHMI DAN ZAHIRAH
(ANAK SEPUPU)

TEMA:
KASIH SAYANG















Wednesday, January 18, 2012

Apa Maksud Mimpi Jatuh dari tempat yang tinggi??



kenapa nie asyik mimpi jatuh dr bukit, dan bangunan jer ni....
yang peliknya bila terjaga dari tidur rasa sakit tu ada lg,
yang klakar pulak, jatuh bangunan tingkat tinggi.. 
tapi tak mati p0n, siap b0leh bangun lagi..huhhuhu



 


Monday, January 9, 2012

Teka Teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang 2 '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.


Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.''



Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '


IMAM GHAZALI: ' Apa yang paling berat didunia ? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.



Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan  mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

















SUMBER: FACEBOOK

Sunday, January 8, 2012

Jatuh cinta dengan perjuangan Muhammad al-Fatih


( SELAMAT MENONTON)

Muhammad II (Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih iaitu daripada kata terbitan "al-fath" (الفاتح) seperti Surah al Fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" yang dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.


Biografi

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II(1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalamPerang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

“ Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera. ” 


Kelebihan Muhammad al-Fatih mengikut sejarah 

Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."


Jasa dan sumbangan 
Rencana utama: Kejatuhan Constantinople

Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepadaIstanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.

Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.

Lihat juga :: 


 
SAYA SUDAH HABIS BACA BUKU INI... ANDA SEMUA BILA LAGI???? 
BUKU NIE LEBIH BEST DARI NOVEL, TAK CAYA CUBA LA..

P/S:: JOM BERSATU MENEGAKKAN AGAMA ISLAM.. JANGAN BIARKAN KITA BERPECAH BELAH ^_^

Friday, January 6, 2012

[INFO] Untuk Orang sekitar Batu Lintang, Sg Petani, Kedah


NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK


KAWAN TERLIBAT:: 

Hutan gelam, 
Bukit petai, 
Batu lintang, 
Ldg Udang usaha fazilat, 
Bukit kecil no.1,2,3 dan 
taman desa baiduri...

TARIKH GANGGUAN: 
12-01-12 

MASA:
9.00 Pg hingga 19.00ptg 

Wednesday, January 4, 2012

Video ucapan khas daripada Amalina Che Bakri






#

Tidak benar, Nur Amalina masih cemerlang di UK.

sebelum ni pihak mahligai ada story pasai  Facebook Profile Amalina Che Bakri, Pelajar Cemerlang SPM 2004  yang kelihatan seperti sudah hilang budaya ketimuran. selanjutnya baca disini..


tadi masa duk layan Facebook, tersempak pulak dengan satu entri, tajuknya mengenai Tidak benar, Nur Amalina masih cemerlang di UK..(kita bukan soal pasal akedemik dia kan?? kita soal pasal tuttt..hehehe) Entri ini  ditulis oleh satu blog http://mynewshub.my .. saya pun baca punya baca, sampai satu part ni.. terkejut jugaklah ngan statment mak budak ni..

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” jelas ibu Nur Amalina memperbetulkan keadaan.


Pakaian yang dipakai Amalina Che Bakri, dibeli oleh maknya
mak dia yang belikan pakaian dia..huh terbaikk lah mak.. susah ooo nak dapat mak sporting mcm ni huhuhu... kalau saya pakai suar pendek, confom  kena ngomel dengan mak sampai 24 jam, ni pulak baju sendat dan melekat huhuhu...

( uishh apa ni, tak baikla perli2 org huhuhu..... i'm sorry.. tak sengaja.. ^_^ hehe )

# Nyibukk jerlah korang ni... Lantak dia lahhh  nak buat apa, bukan kacau duit kau org pun , mak dia yang belikan dia baju tu hehe..


# janji tanggungjawab kita dah selesai.. Nasihat sudah, tegur pun sudah. So , terpulang lah pada diri dIA sendiri kan...


#  Tepi kain dalam negara  tak terjaga, sibuk nak jaga tepi kain org luar negara hehehe..





[BOLA] Liverpool kalah..



Keputusan EPL 3 Januari 2012 – 3 am
FULL TIME

Manchester City vs Liverpool
3 : 0

MANCHESTER CITY kembali melebarkan jurang mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas mereka mudah menewaskan Liverpool 3-0 di Stadium Etihad, awal pagi tadi.City mendahului selesai 2-0 pada babak pertama menerusi jaringan Sergio Aguero (10) dan Yaya Toure (33) sebelum James Milner menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-75. Namun City terpaksa menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas Gareth Barry dilayangkan kad merah pada minit ke-73. baca selanjutnya disini


 

# Patutla anak murid muka masam jer tadi kat skolah, rupanya liverpool kalah... yess u never walk alone..hehehe len kali jangan kutuk Man Utd ye sbb cikgu minat Man Utd hehehe ^^.

Tuesday, January 3, 2012

KONTROVERSI CUBAAN MENJATUHKAN MARUAH AMALINA CHE BAKRI



Biodata Ringkas Amalina Che Bakri



Kontroversi Facebook Amalina Che Bakri,Pelajar Cemerlang SPM 2004
CUBAAN MENJATUHKAN MARUAH AMALINA !!

TAK  baik tuduh yang bukan2, nanti jadi fitnah pulak kan..
cuba kita think positif sikit.. entah2 gambar tu photoshop ke, 
takpun facebook tu, bukan fb dia. Entah2 orang yang dengki dengan dia yang buat..
siapa tahu kan??? yang tahu, cuma tuan punya badan dan ALLAH S.W.T

biasalah orang dah berjaya, mestilah ada yang dengki
dah lumrah alam, manusia ni tak dapat lari daripada sifat dengki dan iri hati..
kalau betul itu gambar dia dan dia sendiri mengaku, 
lantak dia lah ada aku kisah  !!!
dia dah besar panjang, pandai2 lah dia corak hidup dia
dia bukannya budak bodo, ngaji luaq negara k0t..
So, sapalah kita nak halang dia, tuiii dak????
tapi tak salah sebagai saudara islam,  kita doakan untuk dia..
Semoga dia berubah, insyAllah..
( ceywahh mcm budak good2 jer aku ckp ni kan kehkeh)


ini adalah 




Ana tertarik dengan post wall dari Fb syahirul.com

meh ana kongsikan bersama2 anda semua ye..


Bagi pendapat saya, hal berkaitan perubahan mendadak pelajar yg pernah dapat 17A dulu yang telah dihebohkan di FB ini tidak perlu berlarutan dengan menempek wajah dan gambar-gambarnya yang mengghairahkan itu. 

Seeloknya, doakan moga ALLAH memberi hidayah dan membawa dia keluar dari lembah hina itu kepada jalan yang penuh cahaya. Tindakan kita menghebohkan perilaku dia sebegitu rupa, adalah seperti menyebarkan aibnya. 

Mana tahu, dan siapa tahu satu hari nanti dia berubah, kembali insaf, dan mungkin menjadi Muslimah yang lebih baik daripada kita, dan LINK-LINK dan GAMBAR-GAMBAR yang telah kita sebarkan itu masih menjadi tatapan umum, ia telah jadi salah satu penyebab dosa juga bagi kita kerana membiarkan aibnya dipertontonkan dikhalayak ramai, dan kita pula tidak sempat untuk memadam atau membuangnya dari tatapan umum.

Moga ALLAH melindungi kita, dia dan mereka dari neraka. Amin..

-Hamba Allah-




P/S: YANG BAIK KITA JADIKAN CONTOH, YANG TAK BAIK TU TAK PAYAHLAH DUK IKUT... APA2 PUN BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI K,LAA CUKUPLAH SAMPAI DI SINI.. NAK LAYAN LAGU SEKELIP MATA KAU BERUBAH KEJAP


Kontroversi Facebook Amalina Che Bakri,Pelajar Cemerlang SPM 2004

Ketika ini, kecoh dalam laman web sosial Facebook dan Twitter mengenai Facebook Profile Amalina Che Bakri, Pelajar Cemerlang SPM 2004 Malaysia yang kelihatan seperti sudah hilang budaya ketimuran. Malah, profile facebook yang hangat diperkatan itu juga menunjukkan beberapa kepingan foto Amalina beraksi seperti sudah lupa pada agama dan bangsa nya. Berikut merupakan print screen profile facebook yang dikatakan milik Amalina Che Bakri.

Facebook Amalina Che Bakri

Pendedahan dibuat oleh ANONYMOUS.


facebook Amalina Che Bakri

itu jelah gambar yang mampu di paparkan .. nanti papar lebey2 rasa mcm berd0sa lak..
dahla dosa yang lain tak tertanggung ni.. ^_^

(SESUNGGUHNYA ALLAH LEBIH MENGETAHUI DI SEBALIK KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI
kepada adik2 jangan tiru aksi macam ni k..




Nak tahu lebih lanjut sila singgah ke ceritamamat.com

Monday, January 2, 2012

hukum main gitar dan penjelasannya



sejak Ustaz Azhar Idrus goreng gitar di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.  
Sempena Kempen Anti Zina (Ambang tahun Baru 2012)
ramai tertanya2, tak haram ke main gitar?? 


Secara ringkasnya, Berikut beberapa kesimpulan dari pandangan ulama-ulama mazhab berkenaan penggunaan alat muzik bertali seperti gitar dll: Mazhab Hambali. Haram: Segala alat muzik yang ditiup dan bertali seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya. Mazhab Shafie. Haram: Segala alat muzik bertali, bertiup dan segala alat muzik yang dipalu melainkan kompang. Seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya. Mazhab Maliki. Haram: Menggunakan alat-alat muzik yang bertali seperti gitar dan lain-lainnya. Mazhab Hanafi. Haram: Semua jenis alat muzik kecuali kompang.

Di sana berlaku perselisihan ulama-ulama dalam membincangkan dalil-dalil yang digunakan oleh ulama-ulama mazhab dalam permasalahan alat-alat muzik yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh syarak. Namun saya tidak bercadang untuk membahaskan dalil-dalil tersebut secara terperinci.

Setelah meneliti pandangan-pandangan ulama pelbagai mazhab maka dapat disimpulkan di sini bahawa harus menggunakan semua jenis alat muzik. Ini kerana tiada dalil yang sahih dan terang bagi mengharamkan jenis-jenis alatan muzik itu. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi bagi menyokong pendapatnya seperti tertulis dalam kitabnya al-Islam Wa al-Fanu.


Soalan berkisar dan muzik dan nyanyian ini menjadi topik yg sering diutarakan di Al-Ahkam ini. Secara ringkasnya, kami berpegang kpd fatwa Dr yusuf al-Qaradawi yg mengatakan hukum muzik ini harus selagi ia tidak melampaui batas. Adapun alatan muzik seperti gitar, Dr Yusuf al-Qaradawi mengatakan hadis2 yg menerangkan hukum ini semuanya tidak dapat lari dari kecacatan ataupun tidak sahih. Kesimpulannya gitar itu harus selagi ia digunakan dgn jalan yg betul.


Sila lanjutkan bacaan saudara ke URL berikut: http://al-ahkam.com.my/soaljawab/sj541-558.shtml Lihat di Sj 550. di sini: Utk mendapatkan perbahsan yang panjang lebar dari Dr Yusuf Al-Qaradawi sila rujuk 


URL ini: http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Masyarakat/index.html Lihat juga Menyanyi dan Muzik - Penulisan Dr. Yusuf Qardhawi Harap kami dapat meleraikan kesusutan saudara/saudari.



 NAK TAU LEBIH LANJUT PERGI TANYA Ustaz Azhar Idrus SENDIRI.. 

# SYABAS BUAT USTAZ DAN YANG LAIN KERANA BEKERJA KERAS UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM ANTI ZINA SEMPERNA TAHUN BARU 2011



 


sumber gambar: syahiruldotcom

Sunday, January 1, 2012

Manchester United, Chelsea Kalah !



WAAAAA.... touching k0t teng0k b0la semalam.. tak pelah bukan rezeki MU, nak buat macam mana kan..hahhahaa redha jelah, ( ceywah ayat pasrah tu, pasrah tu maknanya menyerah) s0, cek menyerah jelah... Huh... Sudah2 lah tu nakkk boooo peminat MU.. korang kutuk macam mana pun mereka tetap akan sokong MU jugak hahahaha ( buat habis air liur u all jer boooo mereka ) 

udah2, jum kita buka topic New Years lak.. dengar cerita kampen Anti Zina yg di anjurkan oleh Ustaz Azhar Idrus n the geng, mendapat sambutan di dataran shah alam semalam.. apa2 pun syabas ustaz dan yang lain2.. itu adalah cara yang terbaik utk kita semua..daripada remaja2 duk buat kerja tak senonoh di tahun baru.. lebey bek dia org join jer ustaz punya kampen, tui dak?? ( eh apa yang cek merepek ni.. nak cerita pasal bola tp g cerita bab len pulak kehkeh saja nak cover line lah tu, takut kena kutuk kehkeh ..

Manchester United, Chelsea Kalah!

JUARA bertahan, Manchester United gagal merampas tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas tewas mengejut 2-3 kepada pasukan tercorot, Blackburn di Old Trafford, malam tadi, tatkala Chelsea turun ke tangga kelima selepas tewas 1-3 kepada Aston Villa di laman sendiri. Selepas ketinggalan 0-2 menerusi dua jaringan Yakubu (minit ke-16 penalti & minit ke-51), United bangkit mengikat kedudukan 2-2 hasil dua jaringan Dimitar Berbatov (52 & 62) tetapi akhirnya gol kemenangan Blackburn dihasilkan Grant Hanley (80).

Dengan masih terikat 45 mata, United kekal di tangga kedua di belakang Manchester City yang mampu menjarakkan semula perbezaan mata jika mereka tidak tewas kepada Sunderland, 11 malam ini. Chelsea turut berputih mata apabila penalti Didier Drogba (23) berjaya dipadam tiga jaringan Villa menerusi Stephen Ireland (28), Stiliyan Petrov (83) dan Darren Bent (86). Arsenal pula berjaya merampas tangga keempat daripada Chelsea selepas menang tipis 1-0 ke atas QPR hasil jaringan tunggal Robin Van Persie (60) di Emirates. Tottenham kekal di tangga ketiga, hanya tiga mata mengatasi Arsenal selepas sekadar seri 1-1 dengan Swansea di tempat lawan, gol pendahuluan Rafael van der Vaart (44) dipadam tuan rumah menerusi Scott Sinclair (84).

Tiga perlawanan lain menyaksikan Bolton seri 1-1 dengan Wolves, Norwich seri 1-1 dengan Fulham dan Stoke seri 2-2 dengan Wigan. – mynewshub.my

Blog Archive

.