Manchester United, Chelsea Kalah !



WAAAAA.... touching k0t teng0k b0la semalam.. tak pelah bukan rezeki MU, nak buat macam mana kan..hahhahaa redha jelah, ( ceywah ayat pasrah tu, pasrah tu maknanya menyerah) s0, cek menyerah jelah... Huh... Sudah2 lah tu nakkk boooo peminat MU.. korang kutuk macam mana pun mereka tetap akan sokong MU jugak hahahaha ( buat habis air liur u all jer boooo mereka ) 

udah2, jum kita buka topic New Years lak.. dengar cerita kampen Anti Zina yg di anjurkan oleh Ustaz Azhar Idrus n the geng, mendapat sambutan di dataran shah alam semalam.. apa2 pun syabas ustaz dan yang lain2.. itu adalah cara yang terbaik utk kita semua..daripada remaja2 duk buat kerja tak senonoh di tahun baru.. lebey bek dia org join jer ustaz punya kampen, tui dak?? ( eh apa yang cek merepek ni.. nak cerita pasal bola tp g cerita bab len pulak kehkeh saja nak cover line lah tu, takut kena kutuk kehkeh ..

Manchester United, Chelsea Kalah!

JUARA bertahan, Manchester United gagal merampas tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas tewas mengejut 2-3 kepada pasukan tercorot, Blackburn di Old Trafford, malam tadi, tatkala Chelsea turun ke tangga kelima selepas tewas 1-3 kepada Aston Villa di laman sendiri. Selepas ketinggalan 0-2 menerusi dua jaringan Yakubu (minit ke-16 penalti & minit ke-51), United bangkit mengikat kedudukan 2-2 hasil dua jaringan Dimitar Berbatov (52 & 62) tetapi akhirnya gol kemenangan Blackburn dihasilkan Grant Hanley (80).

Dengan masih terikat 45 mata, United kekal di tangga kedua di belakang Manchester City yang mampu menjarakkan semula perbezaan mata jika mereka tidak tewas kepada Sunderland, 11 malam ini. Chelsea turut berputih mata apabila penalti Didier Drogba (23) berjaya dipadam tiga jaringan Villa menerusi Stephen Ireland (28), Stiliyan Petrov (83) dan Darren Bent (86). Arsenal pula berjaya merampas tangga keempat daripada Chelsea selepas menang tipis 1-0 ke atas QPR hasil jaringan tunggal Robin Van Persie (60) di Emirates. Tottenham kekal di tangga ketiga, hanya tiga mata mengatasi Arsenal selepas sekadar seri 1-1 dengan Swansea di tempat lawan, gol pendahuluan Rafael van der Vaart (44) dipadam tuan rumah menerusi Scott Sinclair (84).

Tiga perlawanan lain menyaksikan Bolton seri 1-1 dengan Wolves, Norwich seri 1-1 dengan Fulham dan Stoke seri 2-2 dengan Wigan. – mynewshub.my

No comments:

Sponser :

sem0ga Allah merahmati anda...TQ

.

.