Friday, February 24, 2012

Tuan Guru Dato' Dr Harun Din di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah

Kepada Rakan2 yang tak sempat nak pergi ke ceramah
Tuan Guru Dato' Dr Harun Din di Surau Andalusia, 
Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah. 

jom menonton sama2 Video Ini...

Masa Tuan Guru bercerita bahawa dia berjumpa 
dengan Rasulullah S.A.W di dalam mimpi..
Dalam tak sedar mengalir air mata ini.. 
hujan renyai-renyai masa tu, seolah-olah memahami bertapa 
tersentuhnya hati ana dengan kisah Tuan Guru ini..
Tapi dalam masa yang sama timbul rasa cemburu..


## Aku sedar aku tak sempurna orang lain, 
Tapi aku juga Teringin Mimpikan Mu Ya Rasulullah...

Ya Allah, izinkan ku bermimipi berjumpa kekasih Mu 
Nabi Muhammad SAW ) Amin ya robal alamin


Wednesday, February 22, 2012

PUAS DAH AKU MENCARI SANG ADAM DAN AKHIRNYA KU TEMUI INI:::

( Sekadar Gambar Hiasan )

PUAS SUDAH AKU MENCARI SANG ADAM 
DAN AKHIRNYA KU TEMUI INI:::

Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri . Hawa pula , tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam, kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti.. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga ...

## Wahai kaum hawa usahlah engkau risau.. dan terhegeh2 mencari kaum Adam.. Jangan sesekali merendah martabat mu.. Perliharalah diri dan Agama mu : ) pesanan ini untuk sy jugak ^_^

Tuesday, February 21, 2012

Jom Belajaq loghat Kedah ( Part 1 )




1. Qhe-ngau = cakar
2. Se-qheyat = reda/ surut
3. Hambat = kejar
4. Pe-qhembang = tengok dgn sesungguh hati
5. Contiang = lukis / tulis tah apa-apa
6. Ligan = kejar
7. Cemuih = bosan/jemu
8. Tokak = gigit besar
9. Gey-qhek = basikal
10. Gon/gaun = cerun (bukit kecil)
11. Belemoih = comot/ kotor
12. Tetomoih = tersungkor
13. Ku-tey = cubit
14. Tak dan = tak sempat
15. Hebiaq = celupar
16. Maneh melecaih = tersangat manis
17. Lencun = basah
18. Lokoih = basah kuyup
19. Kawaq = pencuri
20. Kanyaq = mentah (berhingus)


21. Ketegaq = degil
22. He-qhot petot = senget benget
23. Me-qhela = gatal
24. Log laq = cemekap/ cuai
25. Hawing = pusing
26. Punggai = baling/ lempar
27. Tengalong = tuju/ baling
28. Me-qhe-kah = Kupas/ koyak / merekah
29. Ayaq achaq = air longkang
30 .Ha-qhin = hancing
31. Kelepiaq = melibas 
32. Kelolo = "tak berapa betoi" / suka buat jokes 
33. Hemoi = "muka tak malu" 
34. Me-qhe-nyeh = menggatal 
35. Dak-aih = tak "matching" / tak mau 
36. Hapak pera'e = bau hapak 
37. Hijau me-qhe-ngak = telalu "hijau" 
38. Celuih = muat 
39. Me-qhelit me-qhelap = berkilau- kilau 



40. Me-qhe-yup = jauh/ sayup / nak malam 
41. Qhem-pang = "tergedik-gedik" 
42. Kampoi = kumpul/ kaut 
43. Je-qhang = rebus 
44. Capoi = celupar 
45. Te-qhe-bey = lastik 
46. Melo-qhoih = lucut/ gelongsor 
47. Me-qho-not = membongkok 
48. Sene-qheh = selisih 
49. Be-qha-chaq = comot/ kotor 
50. Qhembang = gemuk / merembang 
51. Pedo = hati-hati 
52. Peqhusah = urus 
53. Hapuih = tenggelam (lemas) 
54. Qhan-dok = redah 
55. Se-ghoh = kebah/ kurus 
56. Qhen-jong = tinggi lampai 
57. Pe-qho-ngoih = panas baran 
58. Takek = ketuk/potong 
59 Be-qhemba = bersaing/ lumba 
60. Qhe-tiaq = ikhtiar/ fikir 

Sunday, February 19, 2012

Jom tonton Jujur Aku Dayus..

Semalam ramai betul orang duk post di fesbuk 
pasal citer Jujur Aku Dayus 
tak tahu lah apa yang best sangat citer nie... 
hari nie ana nak try tengok ^_^..
sapa yang tak sempat nak tengok semalam..
meh la kita join tengok sama2...



5 Keturunan Iblis yang perlu kita tahu


( Ana dah Baca & Beli buku ni.. So,you all bila lagi?)


Jum sama kita 
OFFLINE DENGAN SYAITAN

Masa ana baca buku ni, ana tertarik dengan satu topik 
yang di bicarakan oleh penulis Zulkifli Khair,
bagi ana buku ni sangat menarik...
5 Keturunan Iblis yang akan ana ceritakan ini
terdapat dalam buku tersebut...


Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah,
iblis berkembang biak menghasilkan lima jenis keturunan, iaitu:


Tsabar

- Suka menimbulkan keluh kesah ke dalam hati orang yang menimpa musibah sehinggakan orang itu tergamak menyalahkan tuhan




Dasim
- Kerjanya menimbulkan rasa mencuburu yg melampau ke dalam hati suami dan isteri sehingga cerai berai


Al-A’war
- Menghasut manusia supaya berzina
- Mendorong perempuan supaya berpakaian seksi
- Mendorong lelaki dan perempuan berdua2an



Miswath
- Membisikkan cerita bohong
- Meniup rasa buruk sangka
- Menghasut manusia supaya menyebar fitnah



Zaknabur
- Menyuntik rasa seronok berada d pasar malam dan shopping complex


Air Mata Yang Tersembunyi...


Keperitan Ayah dan Ibu...


Entri kali nie saya nak bercerita pasal, keperitan ibu bapa kita... kita selalu dambakan kemewahan.. nak yang itu dan nak yang ini.. tapi ibu bapa kita tak pernah mengeluh terutama sekali si ibu.. terlalu banyak pengorbanan seorang ibu terhadap anak2nya.. biarpun dia tiada duit, dia sanggup pinjam daripada orang lain, semata2 untuk membahagiakan keperluan anak2 dia... ( semakin dewasa anak2, semakin banyak benda yang di mintanya )

Sedar atas tidak , Ibu kita terlalu banyak berahsia dari kita... mungkin dia tidak mahu, kita tahu kesusahan yang di alaminya ketika menjaga dan mendewasakan kita.. walaupun dia tak suka, namun dia tetap menerima kehadiran kita seadanya...itulah, terlalu mulia hati ibu.. walaupun pada luarannya dia selalu menggunakan kata2 kesat dan memarahi kita.. di dalam hatinya siapa tahu??? dia hidup hanya semata2 utk anak2nya... dia tak habis2 berkorban dan terus berkorban...

Entri kali nie.. sy tak nak orang faham sangat apa yang sy tulis di atas.. mungkin kata2 saya di atas terlalu berkias atau sukar utk anda semua fahami.. tapi mesej yang ingin saya tekan kan di sini ialah... jagalah ibu bapa anda, hormatilah mereka.. jangan mintak yang bukan2 sekiranya mereka tak mampu.. jadilah seorang anak yang soleh dan solehan.. baik atau buruk terima lah mereka seadanya kerana.. mereka telah banyak berkorban untuk kita.. INGAT!!! Bila dah baca, tolong simpan dalam memori, kemudian selamat beramal ^_^... 0keylah semua yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk datang dari saya sendiri....

Contoh Surat perjanjian Jual Beli Tanah


Tadi kak sepupu mintak tolong buat surat perjanjian jual beli tanah
aduss pening2...  klu nak tahu cek mana ada pengalaman dlm bidang2 macam ni
kalau dulu cek belajar dalam bidang undang2 mesti cek dah terror punya lah  buat surat ni he3

## walaupun ada MR GOOGLE
tapi kebanyakkan sumber dari negara seberang..
kalau boleh saya nak yang malaysia punya format..
ada sapa2 sudi bantu tak  ^_^

ini contoh surat yang cek buat...
s0, nak mintak jasa baik you all semua untuk semak
betul  ke tidak, apa yang cek buat nie ^_^


PERJANJIAN JUAL BELI TANAH

Perjanjian Jual Beli ini dibuat pada hari _____ , tanggal _____ oleh dan antara:

1.        Nama: 
Umur : 
No IC : 
Pekerjaan: 
Alamat : 

Dalam hal ini bertindak atas nama diri pribadi yang selanjutnya disebut
PIHAK PERTAMA

2.        Nama: 
Umur : 
No IC: 
Pekerjaan: 
Alamat: 

PIHAK PERTAMA telah menjual kepada PIHAK KEDUA berupa tanah berikut
bangunan yang terletak di atasnya, dengan perincian sebagai berikut:

Luas keseluruhan tanah :             ( -------------------------------------- ) meter persegi
Nomer sertifikat tanah :               ( ----- nomer sertifikat tanah ----- )
Luas keseluruhan bangunan :      ( -------------------------------------- ) meter persegi
Batas sebelah Utara :                    ( -------------------------------------- )
Batas sebelah Selatan :                ( -------------------------------------- )
Batas sebelah Barat :                     ( -------------------------------------- )
Batas sebelah Timur :                     ( -------------------------------------- )
Yang terletak di :                            ( --------- alamat lengkap lokasi --------- )


Kedua belah pihak telah bersepakat untuk mengadakan ikatan perjanjian jual – beli dimana syarat dan ketentuannya yang diatur,  seperti berikut di bawah ini:

JAMINAN PIHAK PERTAMA
PIHAK PERTAMA memberikan jaminan penuh bahwa tanah berikut bangunan yang terletak di atasnya yang dijualnya adalah:

1. Milik sah pribadinya sendiri,
2. Tidak ada orang atau pihak lain yang turut memilikinya,
3. Hak kepemilikannya tidak sedang dipindahkan atau sedang dijaminkan kepada orang atau pihak lain dengan cara bagaimanapun juga, dan
4. Tidak sedang dalam masalah atau sengketa, baik dengan keluarga PIHAK PERTAMA maupun dengan pihak-pihak lainnya.


SAKSI-SAKSI     
Jaminan PIHAK PERTAMA sebagaimana tertulis dalam pasal 1 tersebut di atas dikuatkan oleh dua orang yang turut menandatangani surat perjanjian ini selaku saksi.

Kedua orang saksi tersebut adalah:

1.         N a m a :                                      
P e k e r j a a n :                        
Alamat lengkap :                     
Hubungan Kekerabatan :                       

2.         N a m a :                                   
P e k e r j a a n :                      
Alamat lengkap :                    
Hubungan Kekerabatan :    


HARGA
Jual beli tanah berikut bangunan yang terletak di atasnya tersebut di atas dilakukan dan diterima dengan harga [(RM. -------------,00)


CARA PEMBAYARAN
Untuk pembayaran tanah berikut bangunan yang terletak di atasnya tersebut PIHAK KEDUA menerapkan cara pembayaran dengan syarat dan ketentuan yang juga telah disepakati PIHAK PERTAMA, iaitu dengan cara Tunai atau Ansuran.

PENUTUP
Demikian perjanjian ini dipersetujui dan dibuat serta ditanda tangani oleh kedua-dua belah pihak dengan dihadiri saksi-saksi yang dikenal oleh kedua-dua belah pihak serta dibuat dalam rangkap dua bermanteri cukup yang masing-masing mempunyai kekuatan hukum yang sama. Semoga ikatan perjanjian ini membawa berkah bagi semua pihak.


PIHAK PERTAMA                                                                    PIHAK KEDUA



[ ------------------------- ]                                                                 [ ------------------------ ]
Nama:                                                                                        Nama: 
No KP:                                                                                         No KP: 


                                                          SAKSI :



[ --------------------------- ]                                                            [--------------------------- ]
Nama:                                                                                      Nama: 
No. KP:                                                                                      No.KP:  5




Saturday, February 18, 2012

Sebab Apa Orang Cakap Single Best ??



••► Tak rugi duit untuk topup . ✔
••► Tak pyh kluar duit nk blnja kekasih. baik blanja family makan. ✔
••► Malam2 tak pyh text & call sampai tertido .boleh tido terus . ✔
••► Tak kena berleter itu ini itu ini bla bla bla. ✔
••► Takde org ganggu tgh tido dgn bunyi henpon. ✔
••► Takde org nk jeles. ✔
••► Duit sentiasa ada. ✔
••► Hati tak sakit. ✔
••► Tak pyh kluarkn airmta. ✔
••► Tak perlu membuat lap0ran. bebas kemana2. ✔
••► Bebas bekawan. ✔
••► Tak payah nk pening2 pikir tentang kekasih. ✔
••► Tak payah berkepit dgn nset 24 jam. ✔
••► Boleh guna nset yg murah2. Tak perlu ada walpaper. ✔
••► Boleh buat apa yg kita nk tnpa dilarang/ditegur xcept family yg larang ! ✔
••► Dapat hindarkan diri dari maksiat ✔


Tuesday, February 14, 2012

Walaupun Diri Kita Kotor Tapi Masih Ada Nilainya


(Sekadar Gambar Hiasan )

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.
Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”
Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.
Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita. 





Saturday, February 11, 2012

Katakan Tidak Kepada Valentime's Day




Renung-renungkan dan Selamat Tinggalkan dunia Valentime's Day anda... 
Jom kongsikan kepada semua, sbg pesanan dan ingatan bersama ^_*


Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

من تشبه بقوم فهو منهم 

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.  sumber



Monday, February 6, 2012

Man Utd pantang menyerah kalah (Chelsea VS MU 3-3)

Man Utd 3-3 Chelsea

Penyerang Manchester United, Wayne Rooney berjaya menjaringkan 2 gol menerusi sepakan penalti sewaktu menentang Chelsea dalam pertemuan Big Match, di Stamford Bridge, Malam tadi. Manchester United berjaya membuat aksi "Come Back" setelah ketinggalan 0-3 kepada Chelsea hasil jaringan yang dilakukan daripada Rooney dan Chicharito. Namun Rooney mengakui bahawa dia tidak yakin dengan dua penalti yang diberikan kepada pasukannya itu sememangnya layak ataupun tidak. Tetapi Rooney berterima kasih kepada Pengadil perlawanan, Howard Webb, yang telah memberikan hadiah penalti tersebut.


“Saya tidak yakin dengan dua penalti yang kami dapatkan itu. Saya berterima kasih kepada Howard yang telah memberikannya,” ujar Rooney kepada Sky Sports 1.

“Saya selalu mempercayai diri saya untuk mengambil sepakan penalti. Saya menunggu penjaga gol bergerak dan saya akan menendang ke arah lain,” Katanya.


Rooney juga mengakui bahawa beliau sangat kecewa kerana United gagal mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut. Namun beliau merasakan jika United telah menunjukkan kepada City bahawa pasukannya pantang menyerah kalah.


“Kami kehilangan dua mata. Tetapi setelah kami ketinggalan 3-0, seluruh pemain Manchester City yang tengah menonton di rumah tidak akan senang duduk setelah kami berjaya mengejar kedudukan tersebut,” kata Rooney.

“Banyak pasukan akan menyerah dan akan menerima kekalahan jika mereka ketinggalan 3-0 , namun kami adalah pasukan yang tidak akan menyerah kalah selagi wisel penamat tidak dibunyikan,” Sambungnya Bola,Bola&Bola News : EPL





Sunday, February 5, 2012

Saya, Dia dan Bola ( Chelsea VS Man Utd )


Saya ada sorang kawan....
Dia memang femes dengan Nick Name  S.B
kami nie mempunyai minat yang sama iaitu 
BOLA...BOLA...DAN BOLA huhuhu

walaupun kami mempunyai minat yang sama,
tapi team yang kami sokong langsung tak sama huhuhu
Kalau nak tau SB nie penyokong chealsea
dan saya pulak penyokong Glory2
hahaha memang x sebulu kuikui..

Memandangkan SB dah online mlm nie...
So, Malam nie tak sabar nak gaduh ngan SB pasal bola...
Pasti syokkkk punyalah....tah2 nnt sy yang kena bahan..
hahahhahahaha... Apa2 pun jumpa nnt malam ye SB..


## SAPA PENYOKONG MAN UTD KAT SINI???? SILA ANGKAT TANGAN!!!!!
SAPA PENYOKONG CHELSEA G DUK JAUH2 HEHEHEHE


BUMI TAK TERIMA JASAD ARIEL SHARON (Pemimpin Israel)


Pengajaran yang perlu kite ambil tahu..penting !!!


Siapa tak kenal dengan salah seorang pemimpin durjana dunia Israel yang satu ketika dulu semasa pemerintahannya melakukan banyak kerosakan dan kezaliman ke atas bumi Allah Palestin. Pembunuhan, penyembelihan, penindasan dan bermacam macam lagi kekejaman tentera Israel Laknatullah dibawah arahan beliau. Ariel Sharon merupakan Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Sepanjang tempoh itu Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yang telah mengalir kerana kezalimannya. Ramai pejuang yang telah terkorban kerana kekejamannya.

Dan sekarang, Ariel Sharon menerima akibatnya. Petunjuk dari Allah tentang kekuasaanya yang tidak boleh ditandingi sesiapa. Ariel Sharon kini umpama mayat hidup yang telah jatuh koma pada 4 Januari 2006. Sehinggakan media di seluruh dunia terutamanya media barat berasa malu untuk menerbitkan gambar-gambar keadaan Ariel Sharon yang ada pada hari ini. Tiada yang mustahil. Mungkin inilah yang harus “ditelan” oleh Ariel Sharon di atas ribuan nyawa dan kezaliman yang dilakukan selama ini ke atas rakyat Palestin.

pada 27 Febuari 2011 yang lepas genaplah umurnya 83 tahun. dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yang merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga umur 90 tahun,Wallahualam...

Sedar tak sedar telah lima tahun Sharon berada dalam keadaan koma. Mungkinkah ini balasan Allah terhadap kekejaman Sharon yang selama ini begitu mendendami penduduk Palestin? Allah tidak mencabut nyawanya tapi membiarkan Sharon berada di persimpangan diantara hidup dan mati..!Lihat seterusnya..

Ceramah Maulidur Rasul Di Sekitar Sg Petani,Kedah

Kepada orang2 Sungai Petani dan sekitar dengannya..
Jangan Lupa!!! Malam nie....Kalau Anda Free, jom pakat2 pi dengar ceramah Agama

USTAZ ABD. MUTALIB MAAROF 
di  Masjid Semeling, Merbok
Tarikh 5 Feb 2012 
Masa: Lepas maghrib

BEKAS KETUA  PADERI SABAH
Di Masjid Nurul Hidayah Kg Berapit Tikam Batu kedah
Tarikh 7 Feb 2012
Masa: Lepas Maghrib

TUAN GURU DR. HARON DIN
Bertempatakan  di Surau Andalusia, Bandar Laguna Merbok 
Pada 10 Feb 2012
Masa: Lepas Maghrib



JOM DENGAR CERAMAH AGAMA
Anda Semua Dijemput Hadir..




TOLONG SEBARKAN KEPADA SEMUA ^__^







Friday, February 3, 2012

Rindukah kita kepada Rasulullah S.A.W ?

Detik-detik menjelang wafatnya 
Rasulullah S.A.W
(sorry..entri kali nie agak panjang :D)

Masa saya wat video nie... Hati saya bergitu sayu dan Terharu, Terharu mengenangkan pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W Kepada umat2 Nya yang tercinta. Saya dah tak perduli bila manik2 putih berlinangan di kelopak mata saya.. Akhirnya, video nie siap juga...

setiap baris perkataan di dalam video ini, saya cuba menghayati dengan penuh perasaan.. walaupun kata2nya tak seindah madah2 cinta... tapi kata2 ini, mampu mendalamkan lagi cinta sy kepada Nabi Muhammad S.A.W... Saya harap anda semua, turut menghadapai perasaan yang sama dengan saya...

Sesungguhnya diriku penuh dengan kelekaan dalam hal2 dunia... Ya Allah, aku telah gagal!!!! gagal  untuk mencintai Mu dan Nabi Muhammad  SWT dengan sepenuhnya... Ya Allah ampunkanlah dosa hamba Mu ini.. Terima kasih kerana sedarkan aku dari tidur panjangku... Aku rindu Mu Ya Allah.. Aku Juga Rindu Mu Ya Rasulullah... 

 

INILAH CINTA RASULULLAH S.A.W TERHADAP UMATNYA.

(Dan, ini adalah sebuah Alkisah tentang totalitas cinta 
yang dicontohkan Allah lewat kehidupan Rasul-Nya....)

Pagi itu, meski langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap..... Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbata memberikan petuah ;"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua hal pada kalian, sunnah dan Al Qur'an. Barang siapa mencintai sunnahku, berati mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk surga bersama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang teduh menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan napas dan tangisnya. Ustman menghela nafas panjang dan... Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.Rasulullah akan meninggalkan kita semua; desah hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir usai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan sigap menangkap Rasulullah yang limbung saat turun dari mimbar.Saat itu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu, kalau bisa. Matahari kian tinggi, tapi pintu Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

Bolehkah saya masuk?; tanyanya.  Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk;  Maafkanlah, ayahku sedang demam, kata Fatimah  yang membalikkan badan dan menutup pintu.  Kemudian ia kembali menemani ayahnya  yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,  Siapakah itu wahai anakku? Tak tahulah aku ayah,  sepertinya ia baru sekali ini aku melihatnya; tutur Fatimah lembut. 
Lalu, Rasulullah menatap putrinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Satu-satu bagian wajahnya seolah hendak di kenang. Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut; kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tak ikut menyertai. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap diatas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah? ; Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu; kata jibril. Tapi itu ternyata tak membuat Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. Engkau tidak senang mendengar kabar ini? ; Tanya Jibril lagi. Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada didalamnya' ; kata Jibril. 
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik Tampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh urat-urat lehernya menegang. Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.. Lirih Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril membuang muka. Jijikkah kau melihatku, hingga kaupalingkan wajahmu Jibril? Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. Siapakah yang tega, melihat kekasih Allah direnggut ajal ; kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, karena sakit yang tak tertahankan lagi. Ya Allah, dahsyat niat maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tak bergerak lagi Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku (peliharalah shalat dan santuni orang-orang lemah di antaramu) Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. Ummatii, ummatii, ummatiii? (Umatku, umatku, umatku) Dan, pupuslah kembang hidup manusia nan mulia itu.....

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Kini, mampukah kita mencinta sepertinya......?!!!
dengan Cinta nan suci...?!


Mudah2an Renungan ini dapat Menghadirkan kesadaran di hati kita kembali,
untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencinta kita.
Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka !


Blog Archive

.