Sunday, February 19, 2012

Air Mata Yang Tersembunyi...


Keperitan Ayah dan Ibu...


Entri kali nie saya nak bercerita pasal, keperitan ibu bapa kita... kita selalu dambakan kemewahan.. nak yang itu dan nak yang ini.. tapi ibu bapa kita tak pernah mengeluh terutama sekali si ibu.. terlalu banyak pengorbanan seorang ibu terhadap anak2nya.. biarpun dia tiada duit, dia sanggup pinjam daripada orang lain, semata2 untuk membahagiakan keperluan anak2 dia... ( semakin dewasa anak2, semakin banyak benda yang di mintanya )

Sedar atas tidak , Ibu kita terlalu banyak berahsia dari kita... mungkin dia tidak mahu, kita tahu kesusahan yang di alaminya ketika menjaga dan mendewasakan kita.. walaupun dia tak suka, namun dia tetap menerima kehadiran kita seadanya...itulah, terlalu mulia hati ibu.. walaupun pada luarannya dia selalu menggunakan kata2 kesat dan memarahi kita.. di dalam hatinya siapa tahu??? dia hidup hanya semata2 utk anak2nya... dia tak habis2 berkorban dan terus berkorban...

Entri kali nie.. sy tak nak orang faham sangat apa yang sy tulis di atas.. mungkin kata2 saya di atas terlalu berkias atau sukar utk anda semua fahami.. tapi mesej yang ingin saya tekan kan di sini ialah... jagalah ibu bapa anda, hormatilah mereka.. jangan mintak yang bukan2 sekiranya mereka tak mampu.. jadilah seorang anak yang soleh dan solehan.. baik atau buruk terima lah mereka seadanya kerana.. mereka telah banyak berkorban untuk kita.. INGAT!!! Bila dah baca, tolong simpan dalam memori, kemudian selamat beramal ^_^... 0keylah semua yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk datang dari saya sendiri....

No comments:

.


.

.