Friday, June 29, 2012

Jalan Kembali : Bohsia 2


Amy, bekas bohsia telah bertaubat untuk tidak mengulangi sejarah “hitam” dengan menjejakkan kakinya ke sebuah pusat pemulihan manakala Tasya, bekas rakan karibnya semakin hanyut bergelumang dengan gejala haram serta tingkah lakunya yang dikawal ketat oleh Keting, teman lelakinya.

Seperti Amy, Muz juga telah bertaubat dan tidak mahu lagi bergelumang dengan kehidupan yang pernah mensia-siakan dirinya namun Muz dan Ijan senantiasa mencuba untuk meraih kemenangan dalam setiap perlumbaan motor yang diadakan.

Akan tetapi, keputusan Amy untuk meninggalkan pusat pemulihan adalah peluang keemasan untuk Keting mememesongkan Amy ke jalan hitam. Walau bagaimanapun, dengan pertolongan daripada Muz dan Ejan, Amy dan Tasha haruslah mencari jalan untuk memusnahkan segala hasrat Keting yang ingin merosakkan lebih ramai lagi gadis – gadis yang lemah pegangan agamanya.

 

Friday, June 22, 2012

Filem Chow Kit


Sinopsis Chow Kit

Chow Kit mengisahkan sekumpulan kanak-kanak jalanan yang terbiar harus mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di Chow Kit. Tetapi apabila Tika dirogol, mereka perlu bersatu untuk mencari keadilan dan jalan penyelesaian jikalau tidak, banyak lagi nyawa yang akan terkorban.  Sementara itu, seorang bekas ahli kongsi Chow Kit yang baru dibebaskan dari penjara berazam untuk memulakan kehidupan yang baru. Namun dia terjebak semula ke dalam kehidupan silamnya dan bersetuju untuk menjalankan satu tugasan terakhir.  Tetapi apabila tugasan tersebut menjadi huru-hara, dia mesti berusaha untuk memperbetulkan keadaan jikalau tidak, kebebasan yang baru dikecapi akan hilang begitu sahaja.


Filem Gerimis Mengundang

GERIMIS MENGUNDANG

Sinopsis:

Zamani seorang juruterbang yang berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu telah bertemu dengan seorang gadis berasal dari Kota Jakarta, Mikha, yang juga anak kepada Pak Harjo, Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini. Pertemuan yang tidak sengaja dengan keadaan salah faham di antara Mikha dan Zamani, telah membibitkan rasa kasih sayang, apabila Pak Harjo telah tewas dalam kecelakaan ketika dalam perjalanan untul lawatan kerja di Tamparuli, Sabah. Dengan kekosongan hati Mikha, dia akhirnya menerima Zamani sebagai penganti kekosongan itu. Namun, ianya tidak lama apabila Doni, tunangan Mikha sejak kecil, telah bertemu mereka di Kota Kinabalu. Pertemuan itu telah menyebabkan Zamani patah hati. Sebalik dari itu, Mikha dan Doni telah memutuskan perhubungan di Kota Jakarta, kerana mereka merasakan adalah lebih sesuai untuk menjalinkan hubungan sebagai adik beradik. Mikha terus menuju ke Kota Kinabalu untuk mencari cintanya untuk Zamani. Namun semuanya telah terlambat apabila Zamani terlibat dalam kemalangan udara apabila helikopter yang dipandunya terhempas. Mikha merasai kehilangan apabila Zamani yang dicintai telah pergi buat selama-lamanya. Inilah kisah cinta agung antara Zamani dan Mikha buat selama-lamanya.


Hoore! Hoore Movie



Sinopsis filem Hoore Hoore

Filem Hoore Hoore mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal tinggal bersama mereka.

Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.

Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu. Filem ini akan menemui penonton pada 2012.

X Janda-Janda Gengster


Sinopsis :

5 bekas isteri. 1 cinta sejati. Ada berani? Hafiz merupakan seorang lelaki yang percayakan cinta, tetapi malang dalam percintaannya. Di awal zaman remajanya dulu, dia telah ditangkap basah sehingga menyebabkan dia dipaksa berkahwin dengan seorang perempuan yang berperwatakan tomboy.

Sungguhpun tiada rasa cinta, persamaan yang ada pada mereka menjadikan hidup Hafiz gembira. Malangnya, selepas ibu Hafiz nampak bagaimana Hafiz dan ’isterinya’ sama-sama mengorat wanita lain, ’hubungan’ mereka itu akhirnya menjadi masalah.

Hafiz melepaskan isteri pertamanya, dan menyerahkan tugas mencari isteri kedua, kepada ibu bapanya. Ibu bapa Hafiz mencari pula seorang calon isteri yang taat dan patuh. Pada peringkat permulaannya, Hafiz memang suka sekali mendapat isteri yang suka melayannya, tetapi lama-kelamaan, dia rimas sekali dengan sikap isterinya yang semakin hari, semakin robotik tanpa sebarang perasaan.

Jodoh mereka berakhir juga. Calon isteri ketiga Hafiz merupakan seorang wanita kaya dan sombong bernama Sophie. Mereka berkenalan kerana minat yang sama dalam bidang permotoran, tetapi, selepas Sophie mendapat tahu tentang rahsia Hafiz yang pernah berkahwin lain, ditambah pula dengan sikap Hafiz yang suka mengikis wangnya, hubungan itu diputuskan pula oleh Sophie.

Hafiz menemui isteri keempat di kawasan litar yang sama. Wanda seorang gadis litar yang seksi, dan suka berterus terang tentang statusnya yang merupakan seorang janda. Hafiz tidak kisah akan status itu, tetapi apa yang mengejutkannya ialah perangai Wanda yang amat pengotor dan selekeh – berlainan sekali dengan imej seksi dan bersih Wanda di luar. Hafiz bertambah terkejut lagi apabila mengetahui Wanda mempunyai 6 orang anak daripada 3 bekas suami dari bangsa, negara dan keturunan yang berbeza.

Hafiz tak tahan dan terus angkat kaki. Hafiz berkenalan pula dengan Ziana di dalam satu kemalangan jalanraya. Ziana seorang kerani akaun yang amat prihatin terhadap nasib binatang. Melihat betapa prihatin Ziana menjaga binatang peliharaan ini, Hafiz pasti bahawa Ziana mampu menjadi isterinya yang mithali. Namun selepas perkahwinan, masalah berlaku lagi.

Ziana memang pandai menjaga, tetapi Hafiz tertekan dengan sikap mengongkong dan queen controlnya. Dalam diam, Hafiz berkenalan dengan Arisa, seorang model sambilan. Kali ini, Hafiz percaya dia sudah menemui cinta sejati buat kali terakhirnya. Setahun berlalu semenjak Hafiz menjatuhkan talak ke atas Ziana, Hafiz pun memberanikan diri untuk melamar Arisa.

Namun, Sophie yang berada semasa Hafiz melamar Arrisa enggan berputus asa. Dia mengumpulkan semua bekas isteri Hafiz untuk membalas perbuatan Hafiz itu. Arisa terkejut selepas mendapat tahu sejarah hidup Hafiz bersama-sama bekas isterinya. Dia enggan menerima Hafiz lagi, dan bersetuju untuk meneruskan perkahwinan terancang dengan lelaki pilihan keluarganya.

Akibatnya, Hafiz jatuh ke gaung depresi. Bekas-bekas isterinya mula berbelah bahagi. Ada yang mahu membantu Hafiz mendapatkan Arisa sebagai isteri terbaru. Ada pula yang mahu memastikan Arisa tidak terus menjadi mangsa terbaru Hafiz. Siapakah yang berjaya? Siapakah yang layak mencintai siapa? Semuanya bakal terjawab dalam komedi romantik yang penuh bermesej ini.


Thursday, June 14, 2012

Seorang Murid Cuba Brain Wash Seorang Guru Tadika yang tidak percaya wujudnya Tuhan


Ada seorang guru tadika yang tidak percaya wujudnya Tuhan dan dia punberfikir bagaimana nak “brain wash” kanak-kanak di tadika tersebutsupaya tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun mendapat satu akal…

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ni.
Anak-anak : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan.
Anak-anak : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu dalam poket dia, kemudian bertanya lagi..

Guru tadika :Anak-anak, nampak tak pen?
Anak-anak : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Anak-anak : Takda cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Anak-anak : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Anak-anak : Takda cikgu.

Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuan dia nak “brain wash” otakbudak-budak tu berjaya. Tetapi dalam ramai-ramai budak tu ada seorangbudak yang pintar, dan dia pun mengangkat tangan…

Budak A : Cikgu boleh saya cakap sesuatu.
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Budak A : Kawan-kawan nampak cikgu tak.
Kawan-kawan : Nampak.
Budak A : Cikgu ada kan?
Kawan-kawan : Ada…
Budak A : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Kawan-kawan : Tak nampak.
Budak A : Cikgu ada otak tak?
Kawan-kawan : Tak ada…

Moral of the story: Bila tak nampak, tak semestinya tak ada!Sayangilah agama kita dengan ‘amar ma’ruf dan nahi mungkar, kalau tidakkita, siapa lagi…

Saturday, June 9, 2012

Aku Ada Kau Ada?? Full

Sinopsis:

Nordin Ahmad (Shaheizy Sam) adalah pelajar tahun kedua yang teringin dipandang “cool”.Masalahnya, setiap kali Nordin menjadi tumpuan oleh pelajar-pelajar perempuan dia akan panic dan terbatuk-batuk. Aziz (Kamal Adli) pula, seorang pelajar yang poyo dan perasan popular, selalu menyakat Nordin. Aziz sakit hati bila Nordin mendapat perhatian lebih daripada pelajar perempuan.  Tina(Yana Samsudin) adalah pelajar yang baru bertukar ke kolej Nordin utuk “99 Hari Senyum”, sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas barannya. Wanna (Wanna Ali) pula pelajar perempuan yang begitu tergila-gilakan Aziz sehingga sanggup mengekori Aziz ke mana sahaja tetapi langsung tidak di layan oleh Aziz.

Tina bertemu semula dengan Nordin setelah 15 tahun berpisah, darah gemuruh Nordin makin teruk dan sikap pemarah Tina semakin menjadi.Masalah menjadi lebih besar apabila mereka disatukan dalam persembahan berkumpulan untuk kelas teater. Aziz mula sukakan Tina disebabkan perasaan benci Tina kepada Nordin. Yang memberi kelainan dalam filem ini ialah bila Shahiezy Sam & Yana Samsudin menyanyikan sendiri lagu untuk filem ini. Aku ada post video lagu Begini Caranya dalam entry aku yg 2 minggu lepas kot. Ada dua lagi lagu yang ada dalam filem ni yang dinyanyikan sendiri oleh pelakon dalam filem ni. Sedap suara Yana Samsudin ni.

Thursday, June 7, 2012

Nongkrong (2012) Full


Sinopsis Filem Nongkrong...

Nongkrong mengisahkan tiga pemuda, Aman (Angah), Bada (Sam) dan Cumi (Epy) yang cuba mencari kekayaan dengan menggunakan jalan yang tidak sepatutnya iaitu meminta nombor ekor.  Cumi terdesak ingin meminang kekasihnya, Lin (Nuremy) manakala Bada dan Aman yang mahu mengubah nasib keluarga, tekad menemui bomoh bagi melaksanakan hasrat mereka. Segala-galanya bermula apabila seorang bomoh handal menjalankan upacara memanggil puteri laut untuk membantu mereka. Puteri bersetuju dengan syarat, salah seorang daripada mereka bertiga iaitu Bada perlu berkahwin dengannya.
Melihatkan kejelitaan Puteri, Bada tanpa bertangguh terus bersetuju.  Usai sahaja upacara perkahwinan, Puteri bertukar rupa menjadi hantu yang menakutkan menyebabkan semua mereka lari lintang pukang. Bomoh pula dibunuh oleh hantu Puteri. Hidup mereka berubah apabila hantu Puteri terus mengejar dan menghantui kehidupan mereka termasuklah mengganggu Zura (Siti Aziz), isteri Aman yang sedang hamil dan Haryani, anak perempuan Bada yang masih kecil.

 

Friday, June 1, 2012

[ VIDEO ] Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2012


Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012

PEMENANG PABM 2012

Juara (Antarabangsa) : Sebghatullah Qazizada (Afghanistan)
Naib Juara (Antarabangsa) : Polina Matveycheva (Rusia)
Tempat Ketiga (Antarabangsa) : Elena Vorobyeva (Latvia)

Juara (Nusantara) : Fathiah Ibrahim (Malaysia)
Naib Juara (Nusantara) : Dk.Mumtazah Pg.Haji Md Jaafar (Brunei)
Tempat Ketiga (Nusantara) : Wahyudi (Indonesia)



 







Set Perabot Bilik Yang Menjimatkan Ruang






kids room space arrangement kids room space arrangement



















.


.

.