Sunday, July 29, 2012

[ Coretan ] La Tahzan!! Jangan Menangis




Kenapa Menangis?

Cuba kita perhatikan keadaan masyarakat di sekeliling kita. Kenapa mereka menangis? Ada yang menangis kerana pasukan bola yang dicintai kalah dengan pasukan lain. Ada yang menangis kerana kononnya dikecewakan oleh kekasih yang dicintainya. Ada juga mungkin yang menangis ketika melihat anak-anaknya atau ibu bapanya yang tercinta melakukan perkara-perkara salah dan tak ikut syariat. Ada yang menangis kerana mendapat memberikan sumbangan atau menerima penganugerahan yang sangat dicintai.

Jadi, kalau kita perhatikan semula semua contoh kes yang saya sebutkan satu per satu tadi, terlalu banyak sebab kenapa seseorang itu menangis. Cuma, daripada kita sibuk membicarakan tentang masalah orang lain 'kenapa mereka menangis'. Adalah lebih baik jika kita tanyakan pada diri kita sendiri,


Kenapa kita menangis? 
Tanyakan pada diri kita sekarang. Kenapa?


Jika kita perhatikan juga kenapa kebanyakan manusia itu menangis, nescaya kita akan mendapati hampir semua daripada mereka menangis kerana cinta. Cinta terhadap masalah akhirat atau masalah dunia, itu yang perlu kita perdalamkan lagi kajiannya, Tidak kisahlah sama ada mereka mendapat sesuatu atau kehilangan sesuatu. Seseorang itu hanya akan menagis apabila sesuatu perkara yang terjadi atau terlibat dalam kehidupannya itu ada kaitan yang sangat rapat dengan rasa cinta dia pada sesuatu itu.

Ada orang menangis, itu belum tentu kerana masalah dia sedang bersedih. Ada juga orang yang ketawa kelihatan gembira, tetapi itu belum tentu kerana dia bahagia. Kalau kita perhatikan orang-orang yang duduk dalam Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, berapa ramai orang yang bergelak ketawa dalam tu? Gembira sungguh kalau kita lihat hingga mungkin ada yang teringin untuk jadi macam mereka kerana dah bosan dengan stress kehidupan. Masya-Allah, mestilah ramai, tetapi adakah benar mereka bahagia? Belum tentu..







Kenapa kita menangis? 

Pastikanlah jawapannya ialah kerana kita takutkan Allah.  
Kenapa kita menangis? 
Pastikanlah jawapannya adalah kerana kita merupakan hamba yang sering berbuat dosa. Setiap kata-kata-Nya kita tidak mahu dengar, tidak mahu ikut, bahkan kadang-kadang kita menjauhkan diri kita daripada mendengar kata-kata-Nya dan melawan kata-kata-Nya. Lebih malang lagi apabila kita adalah orang-orang yang berkomplot dalam membuat usaha-usaha menghalang orang lain daripada mendegar kata-kata Allah. Maka menangislah dan bertaubalah kepada Allah kerana ketika kita menjadi hamba yang degil, masih saja nikmat dari-Nya itu diberikan kepada kita. Diberikan kita peluang untuk bernafas dan terus menikmati kehidupan hari demi hari. Dan lebih pelik lagi, Allah memberikan kita kebaikan-Nya dengan meletakkan kita dalam suasana tarbiyah. Menjadi salah seorang daripada orang yang cuba menghidupkan dakwah pada hari ini. Masihkah kita tidak mahu menangis untuk itu?



Kerana apa kita menangis? 

Adakah Kerana cinta Kita kepada Allah, Kepada Rasul dan Jihad? Atau kerana masalah-masalah keduniaan yang tidak membawa sedikit manfaat pun untuk kita di akhirat kelak mahupun dunia sekarang.




Tangisan Mereka
" Sekadar Renungan Bersama"

KALAU PARA SAHABAT MENANGIS KERANA PEMERGIAN RASULULLAH SAW, KITA PULAK MENANGIS SEBAB APA? SEBAB KEKASIH HATI KE???

JOM BACA CERITA INI::
Bilal menjadi tukang azan Rasulullah ss.a.w sepanjang hidup beliau. Pernah berlaku suatu ketika semasa Rasulullah s.a.w wafat, Bilal mengumandangkan azan tetapi apabila sampai kepada perkataan: Yang bermaksud: Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah. Bilal menangis tersedu-sedu kemudian meminta daripada Abu Bakar RA supaya mengecualikan beliau daripada azan krn beliau tidak dapat lagi menanggung kesedihan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Setelah itu Bilal pergi bersama-sama dengan delegasi dakwah pertama umat Islam kemudian beliau tinggal menetap di Darya (sebuah tempat berhampiran dengan Damsyik) sehinggalah Al-Faruq Umar bin Al-Khattab datang ke Damsyik dan meminta Bilal supaya mengumandangkan azan sekali lagi kerana Umar terlalu mengasihi dan menghormati beliau. Umar pernah berkata: "Abu Bakar adalah tuan kita dan beliau telah memerdekakan tuan kita",
Maksudnya ialah Bilal RA. Apabila Bilal mengumandangkan azan, Umar dan seluruh para sahabat yang ada pada masa tersebut yang pernah mendengar suara azan tersebut pada zaman Rasulullah s.a.w terus menangis tersedu-sedu kerana mereka terlalu terkenangkan suara azan tersebut yang sudah lama tidak didengari mereka sejak kewafatan Rasulullah SAW dan perasaan mereka terlalu tersentuh menyebabkan mereka semua menangis. Baca selanjutnya, kisah Tentang Bilal di sini

Itulah Mereka, Menangis kerana Cinta...


أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ مِنْ ذُرِّيَّةِ آدَمَ وَمِمَّنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍ وَمِنْ ذُرِّيَّةِ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْرَائِيلَ وَمِمَّنْ هَدَيْنَا وَاجْتَبَيْنَا ۚ إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُ الرَّحْمَٰنِ خَرُّوا سُجَّدًا وَبُكِيًّا ۩

"Mereka itulah orang yang telah diberikan nikmat oleh Allah, iaitu dari (golongan) para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang yang Kami bawa (dalam kapal) bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil (Yaakub) dan dari orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pengasih kepada mereka, maka mereka tunduk sujud dan menangis."

[QS maryam, 19:58]

# JANGAN MENANGIS TERLALU LAMA DI SEBABKAN, DI LUKAI OLEH SESEORANG LELAKI/ PEREMPUAN.. KERANA KITA TAKKAN DAPAT APA2 SELAIN DARIPADA RASA SAKIT DAN KECEWA.. MENANGISLAH KERANA ALLAH, NABI DAN AGAMA.. INSYALLAH SELAMAT DI DUNIA DAN AKHIRAT... KALAU ADA JODOH TAK KEMANA... OKEYLAH, SEMOGA LEPAS INI, ANDA SEMUA LEBIH BERSEMANGAT DAN BERMOTIVASI.. sumber





No comments:

.


.

.