Saturday, November 3, 2012

Aku Terima Nikahnya.....


Cerita tentang kepayahan seorang isteri yang sangat setia, Arlisa( Nora Danish). Arlisa mengalami dugaan hebat apabila suaminya Johan lakonan Adi Putra ditimpa kemalangan. Selepas kemalangan Johan telah hilang ingatan atau menghidap Selective Amnesia. Arlisa sedaya upaya menjaga suaminya yang hilang ingatan walaupun suaminya Johan tu tak langsung mengenali dirinya. Arlisa mencuba untuk mengembalikan ingatan Johan dengan melakukan semula detik detik indah semasa mereka bahagia dulu. Namun semuanya gagal mengembalikan ingatan Johan. Lagi dugaan perlu dihadapi oleh Arlisa ialah apabila Johan mula rapat dengan Suriya lakonan Mon Ryanti. Johan makin selesa dan mesra di samping Suriya malah menyatakan hasratnya untuk menceraikan Arlisa kerana hatinya sudah terpaut kepada Suriya. Pergolakan yang semakin kencang itu memaksa Arlisa mengundur diri walaupun cintanya pada Johan tidak pernah berubah.

Pelakon: Adi Putra, Nora Danish, Mon Ryanti, Azrel Ismail, Alex Yanz, dan Kamal Faridz.


No comments:

.