Wednesday, January 30, 2013

Dia Pilihan di Hati...

Wah tajuk macam dah jumpa Bakal Suami jer kan... Tapi, bukan itu yang ingin di ceritakan... cerita harini pasai satu tempat yang cantik, menarik, tetarik dan memang Dbomm.... Nak tahu tak, di masa lokasi kali ni??Okey nama lokasi kali ni ialah Telok Bayu yang terletak di Kampung Bukit kecil Sg Petani Kedah.  Kenapa saya pilih tempat ni??? Okey meh nak tunjuk gamabar dulu......














Ni Restoran Terapung

Ramai tau orang memancing di sini

Chalate terapung pun ada

Tudiaa ikan dah keluaq dah huhuuuu...


Boleh tengok ikan belacak dan ketam, time ayaq surut

Boleh tengok matahari terbenam

Boleh Lepak2 sambil hirup udara nyaman




Boleh ronda2 naik Bot ( Tapi kena sewa la)


# Hah, Apa mcam best tak??? rasanya uolls dah dapatkan jawapan kenapa tempat ni menjadi pilihan di hati???? Okey, Kalau best Jemput lah mai jalan2 kat sini... Mesti uolls rasa enjoy dan tenang.... Kepada kaki pancing, meh lah cuba tempat baru ni... kita pakat ramai2 bermalam di chalet terapung....


Monday, January 28, 2013

Telemovie Anak Sampah




Sebuah telemovie khas sempena Maulidur Rasul akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu, 26 Januari 2013 ini. Telemovie bertajuk Anak Sampah itu menampilkan para pelakon seperti Aeril Zafril, Jasmin Hamid dan Mubarak Majid. Berikut adalah sinopsis drama Anak Sampah. 

Sinopsis Drama Anak Sampah TV3

Seorang bintang terkenal Maryani melahirkan seorang anak, namun dia mengarahkan pemandu keluarganya Pak Akob untuk membuang bayi tersebut jauh dari keluarga Datuk Roslan Ahmad demi menjaga maruah keluarga. Budak lelaki itu dikutip dan dijaga oleh sebuah keluarga. Apabila dewasa dia cuba membalas dendam atas apa yang berlaku kepada dirinya. Sebuah tragedi membongkar segalanya.


Festa bunga di taman Jubli Sg Petani

Entri kali ni saya nak cerita pasal "Pameran Festa Bunga di Taman Jubli, Sungai Petani " (tudia pajangnya tajuk kecil huhuuuuu).... kalau Anda nak tau, tempat ni memang best sebab kat sini dapat tengok bunga yang mekar harum di jambangan orang (ceywah macam tajuk lagu dah kuikui)...  okey kembali kepada tujuan yang sebenar... Sebenarnya nak habaq mai kat hampa semua, yang pameran ni akan berlangsung sampai 31 Januari ( kalau tak salah la, kalau salah date, mintak maaf ye huhuuu).. Hah tunggu apa lagi, jomla serbu... Sambil2 beli bunga tu.. Ley lah bawa anak2 riadah di taman... Kat situ ramai yang suka berjoging.. Taman permainan kanak2 pon ada tau... Nak lagi menarik??? Sambil bersukan tu, boleh lah tgk burung2 yg ada dalam sangkar... Depa kata kangroo pun ada.. Kelasss tak habaq hang!!!!!  


okeylah.. Itujelah entri kali ni... Meh nak tunjuk gambaq sikit....




Jom Bersenam...

Pokok limau pun ada juai maaaa...

Hah chantek2 kan...



Tak payah Gi Gymm sini pun ada alatan sport ma heheheehe


Jum pusing2 bg pingang ramping hehehee




nilah tempat permainan kanak2 yang di sediakan.

# Kalau anda seorang perempuan yang suka berkebun dan cinta akan kecantikan dan keindahan, Yes!!! tempat ni, memang sesuai untuk anda bershopping pokok2 bunga.. Jangan lepaskan peluang K...  ^__^


Sunday, January 27, 2013

Cara Setting USM Secure

USM Secure Setting
WINDOWS 7

1) Go to

-> Start Menu -> Control Panel -> Network and Sharing Center

2) Choose Set Up a New Connection or Network

-> Choose Manually connect to a wireless network

-> Next, fill in



-> Click Next

3) When the new network successfully added,this option appear, choose it



4) Follow below configuration as shown in the picture

(Basically, no changes in Connection and Security Tab)




5) On the Security Tab, Click Setting

-> Untick Validate Server Certificate



-> Click Configure


-> Untick Automatically use my Windows logon



6) Click OK to all. :)

USMSecure
Username : Student Emel
Password : no ic





**For How to setup USMSecure in your MS Windows XP refer to this blog -> S.H.A.Z.M.I.L
**For How to setup USMSecure in your Android Device refer to this blog -> me <> you

Friday, January 25, 2013

[VIDEO] Kisah Rasulullah SAW dan Buah Limau





"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan datangnya dari orang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa kerana sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Wallahualam...

Tuesday, January 22, 2013

Eleh aku pun boleh laaa....

Perhhh tajuk macam mintak penampaq jer kan.. Bunyi macam gempak tp nak cerita pasal kek pisang jer... Apa kehal lah bdk sorang ni kan.. Mohon tuan2 dan puan2 bawa bertenang... entri kali ni tak panjang pon... Sebenarnya saja jer nak testing update blog guna via galaxy note.. huhuuuuu....

(listen..listen..let's me speak2... tudia awat teruk sangat budak ni... dia nak habaq mai, yg dia sorg jer pakai galaxy note... ceh poyosss.. Sungguh poyosss :&!#%*%#$^$%&%^*-"": )

Lantak pi lah hampa nak kata ape... Ada i kisah... Janji i bahagia huhuuuu.. ( Dah2 merapu je lebih )... Meh nak straight to da point... Yahuuuu yabeda beduuuuu Cuti sem dah bermula.. So masa cuti nie nak blajaq masak... Kalau ada rezeki 11.12.13 ni nak kawin.. Ceh!!! ckp jer nak kawin tp hakikat sebenar.. Sekeping hati ini masih blm terbuka lg kpd mn2 lelaki... Susah betullah nak beri kepercayaan kpd seseorg kan... Lalaalaala alamak lari topik lak.. Kan entri ni dah jadi panjang huuuuuuuu..

Kalau uolls nak tau Skrng Ana dah pandai wat kek pisang bakar dan kukus tau, Yeahhhhh malaysia boleh.. Ana pon boleh.. Jangan Jelessss..... Chayok2 Hana aka Shazana... Esok nak try wat kueh bulan... Wish me all the best tau.... kepada rakan2 Blog..... I ♥ my follower... Semoga uolls happy2 selalu...

# Apa yg penting dalam hidup ni kita jangan mudah putus asa dan jgn mudah mengalah.. Chayok2..


Ni bahan2 dan alatan2 yg di gunakan

siap sedia untuk di masukkan dalam wave

yang ni hero selaku watak utama, takdak dia takjadilah kek pisang

Yang ni pulak, telor + gula yang di kisar..

Taraaaaa Nilah hasil kek pisang kukus...  
Sapa cakap wanita bekerjaya tak pandai masak???
Poyo jerrr..ceh, bekerjayalah sangat!!


T

.