Hati yang berbisik..


Sejak kebelakangan ni,
ada satu rasa..
rasa tu kadang2 best dan kadang2 tu rasa annoying.
Hah!! Tapi Rasa apakah itu??
hurm biarlah rahsia hehehe
Sebenarnya 
takpenah pun terpikir tentang dia
tapi sejak kebelakangan ni,
sikit2 terbayangkan dia, 
mak aiii dah jadi kes teruk ni
Ye, memang dah teruk.
(tapi masih mampu dikawal hehe)
Kalau betul dia jodoh saya
Wish Me GudLuck okey..
Tapi kalau bukan dia milikku
Mohon Allah jauhkan, rasa cinta ini terhadap dia


" Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu. Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu."


# Terima kasih kepada semua rakan2 yang sentiasa mendoakan saya.. Sayang awak semua.. okeylah saya undur diri dulu.. Salam XOXO untuk semua.. Sebagai tanda terima kasih atas sokongan anda semua, terimalah lagu dari najwa latif ni " Ada mu".. enjoy this song...




No comments:

Sponser :

sem0ga Allah merahmati anda...TQ

.

.