Sunday, May 26, 2013

Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa.

Ini Merupakan Respon Saya Mengenai 
Tanggang Moden :)
Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah s.a.w: “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sebagai seorang anak kita kena terima kelemahan dan kelebihan ibu bapa kita, seperti ibu bapa kita menerima kelebihan dan kekurangan kita semasa kecil sehinggalah dewasa. Memang Lumrah Manusia, Semua manusia di muka bumi ini tak lari dari membuat kesalahan. Begitu juga dengan diri kita dan ibu bapa kita. Tapi sebagai anak, kita kena mengalah dengan ibu bapa kita.. Tanpa mereka , siapalah kita sekarang.
Nabi saw. bersabda, "Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)

Sama-samalah kita mentaati ibu bapa kita, Jangan nak tunggu raya baru nak balik kampung dan Pohon Maaf.. Gunakanlah sedikit saat untuk kita mendekati mereka... Dalam masa 24 jam, takkan takda masa 5 minit atau paling kurang 3 minit untuk anda menginggati, menghubungi dan berdoa kepada ibu bapa anda?? (jadi Tepuk dada tanya sama hati) Hargailah ibu bapa kita, semasa mereka masih hidup. Sejahat2 mereka, mereka tetap ibu bapa kita. Berikan lah mereka peluang ke-2 untuk menebus segala kesalahan dan janganlah kita terus membenci mereka. Hapuskan segala keegoan mu wahai hamba Allah..  Ingatlah satu pekara bahawa " Syurga Itu terletak di Bawah Kaki Ibu". 

No comments:

.


.

.