Saturday, July 13, 2013

Cara buat Ayam Atau Daging Black Paper


Assalamualaikum, Hai buddyz!!

Semalam ada beli lauk Ayam Black Paper di Bazar Ramadhan. Rasanya boleh lah okey2 jer, tapi saya tak berapa nak feel sebab sebelum ni penah makan Ayam/daging Black Paper yang lagi sedap dari semalam hehehehe. Kalau nak tahu ini adalah salah satu menu kegemaran saya. Tapi, harini saya tak nak beli, tapi saya nak masak Ayam/Daging Black Paper sendiri.

Okey, kepada yang nak try masak Ayam/Daging Black Paper untuk buka puasa nanti. Jom kita tengok apa bahan yang di perlukan, dan macam mana cara-cara nak masak daging/ayam black paper.

#  Selamat Petang dan Selamat berbuka Puasa!!!


Bahan-bahannya
1 kilo daging/ ayam (dipotong nipis dan dibasuh dan ditoskan)
1 sudu teh lada hitam(ditumbuk)
3 biji bawang merah(kisar)
2 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
Garam dan sedikit gula
Sedikit cuka
# Gaulkan semua bahan pada daging dan perap seketika
Bahan tumis
Sebiji biji lada benggala(potong)
Sedikit carrot(potong memanjang)
Seinci halia(mayang halus)Selabu bawang besar(potong bulat)
1 atau 2 sudu teh lada hitam(tumbuk)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 1/4 cawan air)
Minyak untuk masak daging

Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis halia dan masukkan daging atau ayam . Kalau nampak kering berminyak kena tambah air.
  2. Pastikan goreng sampai daging / ayam empuk.
  3. Masukkan lada hitam. sos tiram dan kicap.
  4. Masukkan lada benggala dan bawang besar.
  5. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Siap untuk dihidangkan.

.


.

.