Monday, October 14, 2013

Psiko Pencuri Hati




Filem Psiko Pencuri Hati mengisahkan Osidi (Bront Palarae) seorang penulis novel misteri terlalu obses dengan karya terbarunya, telah dihantui oleh halusinasi tentang pembunuh misteri yang cuba digambarkan didalam novelnya menjadi realiti. Atas nasihat sahabatnya, Man (Amerul Affendi), Osidi pergi bercuti di sebuah pulau. Di situ Osidi bertemu dengan Wani (Sharifah Amani) yang menjadi peminat kepada novel-novel Osidi. Keakraban mereka tidak disenangi oleh suaminya Dr Khai (Syed Hussein) yang membawa kepada konflik mereka berterusan. Situasi menjadi lebih tegang apabila mayat isteri pemilik hotel, Siti (Shera Aiyob) di temui di pulau itu. Siapakah pembunuh misteri yang sebenar?


No comments:

.


.

.