Sunday, August 3, 2014

Pengajaran Hebat!! Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir

S.a.b.a.r  Kata ini sangat mudah diucapkan, namun tidak mudah melaksanakannya. Tapi bila baca kisah  Nabi Musa a.s bertemu dengan Nabi Khidir a.s. banyak pengajaran yang dapat. Marilah kita merenung kisah nabi kita Musa a.s dan nabi khidir suatu kisah yang banyak memberi pengajaran kepada semua. Rasanya ada yang sudah mengatahui kisah ini. Kisah ini, bermula ketika mana Nabi Musa sangat berhajat untuk bertemu dengan Nabi Khidir kerana baginda mengetahui Nabi Khidir sangat banyak ilmu dan kebijaksanaan yang dimiliki. Nabi Musa mulanya menyangka bahawa beliau lah ALLAH Taala memberi pengetahuan secara lansung, rupanya ada lagi manusia yang hebat dan akhirnya baginda berdoa untuk bertemu dengan Nabi Khidir serta belajar dan mengikutnya.

Mulanya Nabi Khidir menolak untuk membenarkan Nabi Musa mengikutnya kerana pada penilaiannya Nabi Musa tidak mampu bersabar untuk belajar dengannya. Namun, Nabi Musa terus meminta. Akhirnya, Nabi Khidir bersetuju dengan syarat beliau tidak bertanya apa yang dilakukan oleh Nabi Khidir sehingga di beritahu.

Sepanjang perjalanan nabi Khidir telah melakukan 3 perkara :

1 – Khidir membocorkan perahu milik seorang miskin, yang digunakan oleh mereka berdua untuk merentas sungai.

“Lalu berjalanlah keduanya(Khidir dan Musa) sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, kemudian dia(Khidir) membocorkannya.” Surah Al-Kahfi ayat 71.

2 – Khidir membunuh seorang anak kecil.

“Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya.” Surah Al-Kahfi 74.

3 – Khidir menegakkan sebuah dinding yang hampir roboh.

“kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka dia(Khidir) menegakkan dinding itu.” Surah Al-Kahfi ayat 77.

Jika dilihat pada setiap kejadian, Nabi Musa a.s tidak sabar untuk memenuhi syarat yang dikenakan dan dalam setiap perlakuan itu, menimbulkan pertanyaan. Sedangkan, perjanjian yang dipersetujui mereka di awal perjalanan adalah, Musa tidak akan bertanya apa-apa.


 "Musa berkata kepada lelaki itu(Khidir): Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu? Dia menjawab: Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu? Musa berkata: Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun. Dia(Khidir) berkata: Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.” Ayat 66-70 Surah Al-Kahfi.

Segala perbuatan yang di lakukan oleh Nabi Khidir,  hakikatnya mempunyai sebab. 

1 - Tuan punya perahu, perahunya tidak lagi dirampas kerana bocor. Dan bocor itu boleh dibaiki dan dia masih boleh berniaga dengan perahunya lagi.

2 -  Ibu bapa yang kehilangan anak, keimanan mereka terselamat, dan mereka takkan dicampak ke neraka Allah nanti.
3 - Dua anak yatim yang dibantu, memang akan terjaga hartanya sampai mereka dewasa nanti.


P/S: Ada perkara itu, Allah berikan yang pahit dahulu seperti Perahu bocor, anak mati. Ada perkara, Allah berikan terus-terus nampak baik seperti Bina dinding yang hampir roboh. Tetapi kesimpulannya, semua itu akan menghala kepada kebaikan. Pokoknya, kita perlu bersabar, dan bersangka baik dengan keputusan Allah SWT. Tidakkah kita belajar bahawa, manusia yang tidak mampu bersabar, adalah manusia yang rugi? Lihatlah Nabi Musa, bagaimana dengan ketidak sabarannya, dia terpaksa berhenti dari mengikuti Nabi Khidir, sedangkan kalau beliau bersabar, mungkin lebih banyak lagi hikmah yang akan dibukakan kepadanya. Orang-orang yang bersabar, dan sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT, mereka takkan terganggu dengan musibah-musibah yang melanda mereka. Kerana mereka tahu, Allah SWT hanya mahukan yang baik-baik sahaja.



SELAMAT MENONTON:








.


.

.