Thursday, November 27, 2014

Hantu di Usm?

Bila masuk asrama, universiti atau kolej.. benda yang paling femes akan keluar adalah cerita pasal hantu... memang kisah2 seram ni, takkan lari dari suasana kampus.. First orentasi senior2 dah start cerita sejarah dan tempat2 yang seram di dalam kampus... Situasi macam tu normal lah, kalau masa korang belajar korang takpenah dengar cerita seram.. Ini bermakna life student korang tak lengkap hehehe.. Nape life student korang tak lengkap?? okey meh nak cerita... Masa saya buat diploma, banyak sangat cerita2 seram keluar.. ada pelajar bunuh diri.. roh tak tenteram lah.. terjun bagunan lah.. Putri jelmaan mandi kat tasik kampus lah.. hantu terbang atas bagunan lah.. bagunan asrama block "H" Hilang lah, dan macam2 lagi.. Tapi semua tu hanya satu cerita, penyampaian dari mulut ke mulut.. Mungkin ianya benar dan mungkin tidak...Lepas habis diploma saya sambung ijazah di lain universiti.. ingatkan cerita seram stop disitu saja.. rupanya masih bersambung.. mungkin jalan cerita dan situasi yang berbeza... So, nak tak nak kenalah terima... tapi bila cerita pasal benda seram ni.. satu benda je yang sama walaupun lain2 universiti.. Nak tahu tak, ape bendanya?

Apa yang saya perhatikan selama ini rupa2nya ada sikit persamaan antara pelajar2  IPTA @ IPTS di seluruh Malaysia.. Apa yang saya perhatikan,  para pelajar suka sanggat dengar atau kongsi cerita2 seram.. Kalau korang nak tahu di kampus,  Movie yang paling laris dan menjadi rebutan pelajar, adalah movie seram... Bila tiba hujung minggu, Kebanyakkan pelajar sanggup berkumpul ramai2 di dalam satu bilik, semata2 nak tonton movie seram...  kepada yang tak pernah buat pekara macam ni korang memang rugi sebab korang tak dapat rasa bertapa sweetnya moment with kengkawan korang, bila nonton citer seram hehe.. Sebenarnya korang tak sedar benda2 macam ni dalam tak sengaja boleh merapatkan lagi perhubungan korang dengan rakan2 sebilik atau sehostel.. yelah tengok filem sama2.. bila takut sorok belakang kawan.. hah!! kan sweet.. Pastu yang lebih sweet, bila kena teman kawan pergi tandas (Benda ni akan terjadi bila lepas tengok movie hehe)...

Pasal tempat2 seram dalam kampus tu.. Biasalah di dunia ni, kita kena sedar yang kita sedang berkongsi life dengan mahluk2 lain, misalnya makhluk2 ghaib.. yang paling penting di sini kita jaga diri kita.. setiap agamakan ada doa masing2.. jadi kita amalkanlah selalu, semoga di jauhkan anasir2 jahat... Kadang2, kisah seram tu memang wujud, tapi janganlah kita terlalu taksub.. Saya akhiri dengan surah Al-Fatihah.. Yang baik datang dari Allah.. Yang khilaf datangnya dari kita sendiri ... Okeylah saya dah mengantuk mohon izinkan tido dulu.. Selamat malam semua.. Salam XoXo..

1 comment:

Niena Reen said...

Cerita hantu ni kalau kita dengar dan tengok cerita memang seronok. Tapi nanti terbayang2 and takut pulak.. Hehehe..

.