Friday, April 3, 2020

KUASA NETIZEN, TENTERA BAWANG MALAYSIA


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
PKP nak masuk minggu ketiga, rakyat jelita terpaksa berkurung dalam rumah masing-masing sampai lebam. Media sosial merupakan pilihan popular untuk hilangkan bosan terperap kat rumah sementara menunggu virus Corona selesai menyerang bumi. Nak jadi cerita timbul pulak macam-macam isu dan kontroversi (tempatan & oversea) yang menarik perhatian netizen sehingga terbentuk Persatuan Tentera Bawang (PERTEBAW) secara otomatik.
1.) Bermula dengan isu ARTIS MINTA BANTUAN KHUSUS sehingga mencetuskan perang Welfare Wars antara ARTIS vs PERTEBAW. Artis yang memulakan cadangan 'bernas' tersebut telah meminta maaf secara terbuka bagi meredakan kemarahan netizen. Hingga kini masih ada berbaki beberapa artis nak cuba meneruskan perang, ggod luck sis!

2.) Kemudian datang pulak seorang ahli politik dari Taiwan yang mengkritik cara pengkebumian mangsa Covid-19 di Malaysia. PERTEBAW bertindak pantas menyerang ahli politik tersebut hingga beliau surrender. Nasib baik la mamat berambut belah tengah tu sempat mintak maaf kalau tidak mau bebakul-bakul lagi cacian di eksport ke Taiwan. Case closed!

3.) Seterusnya seorang ahli perniagaan pulak jadi sasaran PERTEBAW apabila beliau dikatakan menghina golongan B40 melalui komen yang dimuatnaik ke media sosial. Tak lama lepas tu ahli perniagaan tersebut membuat video permohonan maaf setelah diserang bertali-arus hingga satu petisyen khas dikeluarkan netizen. Bagaimanapun bisnes woman tersebut berkata semua hanya salah faham. Case closed!

4.) PERTEBAW menggerakkan armada perang ke luar negara sekali lagi memburu dan menyerang seorang lelaki syiah yang menghina Permaisuri Agong di media sosial. Senjata Mak Kau Hijau telah digunakan hingga menyebabkan lelaki syiah tersebut masuk hospital lantas meminta maaf. Mission accomplished!

Melalui kronologi ini kita dapat rumuskan PERTEBAW tidak akan menyerang orang tanpa sebab. Bila ada yang tak betul seluruh rakyat Malaysia boleh bersatu hati di bawah nama NETIZEN bangkit mempertahankan kebenaran. Kepada yang dah merasa serangan PERTEBAW tuu silalah muhasabah diri, bayangkan dalam satu rumah ada 10 orang termasuk anda. Bila 8 orang kata anda salah dan cuma ada 1 orang je gigih nak bekap anda, adakah 8 orang tu sengaja berniat jahat nak aniaya anda atau memang anda ada buat silap? Tepuk dada tanya selera...
 

Monday, March 30, 2020

[Toturial Blog] Border & bayang-bayang pada tajuk post

Preview:




Caranya:
1) Sign in akaun blogger 

2) Dashboard > Design > Edit HTML 

3) Dengan menggunakan ctrl + F (tekan serentak pada keyboard), cari kod untuk title post seperti berikut 

untuk pengguna template watermark, Picture Window dan Travel, cari kod:
h3.post-title {  

untuk pengguna template Ethereal dan Awesome Inc., cari kod:
h3.post-title, h4 { 


untuk pengguna template Simple, cari kod:
h3.post-title, .comments h4 {


4) Kemudian copy paste kod di bawah SELEPAS kod yang korang cari tadi:

background: #FFECF5;
border: 2px dashed #000000;
-moz-box-shadow: 0 0 3px 3px #C0C0C0;
-webkit-box-shadow: 0 0 3px 3px #C0C0C0;
box-shadow: 0 0 2px 2px #C0C0C0


contoh rupa kod korang:
Contoh:

h3.post-title, .comments h4 {

background: #FFECF5;
border: 2px dashed #000000;
-moz-box-shadow: 0 0 3px 3px #C0C0C0;
-webkit-box-shadow: 0 0 3px 3px #C0C0C0;box
-shadow: 0 0 2px 2px #C0C0C0; 


nota: FFECF5  - kod warna untuk warna background title post korang
        000000 - kod warna untuk warna border title
        C0C0C0 - kod warna untuk warna bayang-bayang border

Bendahari iStana :: Our Sponser




.


Bendahari iStana :: Our Sponser!!

Bendahari iStana :: Our Sponser!!
MTM PAKAR SARAF ANDA!! klik photo untuk lebih lanjut : ================== Amaran !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!...... Stok selalu Sold Out. =================== Wasap MS ke 014-3023235. SEBOTOL HANYA : RM30 (85ml) UNTUK SIHAT!! SANGAT JIMAT DAN SANGAT BERBALOI..