Wednesday, November 17, 2010
Thursday, November 4, 2010
Kejadian Nabi Adam A.s
Izrail Masukkan Roh Ke badan Adam AS
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya. Tujuh buah letaknya di kepala: Dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung, dan sebuah liang mulut. Yang dua macam di bawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera:
1. Mata alat penglihatan.
2. Hidung alat penciuman.
3. Telinga alat pendengaran.
4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa, halus, kasar, dan sebagainya.
Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. KemudianAllah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "Sifat�. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan di dalam "Alam Malakat."
Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "Tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Bahrul-Uluhiyah." Kemudian tubuh itu dibenamkan dengan air "Kudral- 'lzzah-Nya," iaitu sifat "Jalan dan Jammal", lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
Cuba perhatikan fiman Allah dalam surah Ad-Dahr, ayat satu sebagaimana yang berbunyi sebagai berikut: "Apakah tidak datang kepada manusia khabar berita suatu zaman yang tidak dapat disebut-sebutkan menurut perhitungan manusia?"
Yang maksudnya Allah ciptakan alam semesta dan temasuk Adam dalam waktu yang sangat lama, yang tidak dapat ditaksir dan dikira-kira menurut perhitungan manusia zaman sekarang.
Menurut keterangan ulama, ketika tubuh Adam diselubunginya dalam waktu 120 tahun, 40 tahun di tanah yang kering, 40 tahun di tanah yang basah, dan 40 tahun yang hitam dan berbau. Kemudian Allah rubah tubuh Adam dengan rupa kemuliaan. Maka tertutuplah pemandangan mata malaikat daripada melihat hakikat yang sebenamya. Mereka memandang rendah akan bakal kejadian Adam lantaran menurut penglihatan yang nyata asal kejadian Adam. Tiada lain sebabnya dari kurang makrifat mereka. Memang para malaikat telah mengetahui bahawa Adam ini akan menjadi khalifah Tuhan di dunia. Sudah tentu mereka merasa hairan, mengapa orang yang akan menjadi khalifah Tuhan demikian asal kejadiannya. Sedangkan bangsa malaikat asal kejadian mereka dari cahaya.
Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia pun merasa enggan. Segan dan malas untuk masuk ke tubuh Adam yang masih merupakan patung yang kini sudah mengeras seperti batu. Roh itu bukan masuk, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar di situ dikelilingi malaikat yang menyaksikan seperti Jibril, Mikail, Israfil, Izra'il dan lain-lain malaikat lagi.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izra'il untuk memaksa roh itu masuk ke dalam tubuh Adam. Akhirnya mahu tidak mahu roh itu menyerah kepada Izra' il.
Ia dimasukkan ke dalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa selama 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan kepada Izra'il untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Dahulu Izra'il ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.
Setelah ia meresap ke kepala Adam, maka teijadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana sebahagian daripada badannya masib merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu telinga Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucap tasbih memuji kebesaran Allah, dengan bemacam-macam ucapan kalimat tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itu Allah ajarkan mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kali ke hadrat Allah. Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallaah" yang ertinya: "Semoga engkau diberi rahmat Allah."
Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap: "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucap: Yarkhamukallaah."
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana fiman Allah SWT maksudnya: "Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa."
Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki, lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di Syurga sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana setelah Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanya pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tapi warna kuku adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
Suatu keterangan bahawa Nabi Adam as dikenali dengan gelaran Abul-Basyar: (Bapa segala Manusia) dan Nabi Muhammad SAW pula dengan gelaran "Abul Ruh" atan "Abul Arwah" (Bapa segala roh).
Setelah kejadian Adam sempurna sebagal manusia, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Mereka sama sekali tidak menyangka bahawa makhluk yang asalnya dari tanah kini kelihatan indah dan menawan.
Kemudian Adam dipakaikan dengan pakaian kebesaran dari syurga dengan mahkota yang ditatah intan berlian yang menambahkan lagi keagungannya sebagal seorang raja atau khalifah. Setelah itu Adam duduk di atas kerusi keemasan yang bertatah pemata sambil dikelilingi oleh para malaikat. Kemudian setelah Adam duduk di atas kerusi itu, lalu dia di usung oleh empat orang malaikat serta diiringi oleh ribuan malaikat untuk diperkenalkan kepada penghuni di langit yang pertama sehingga ke langit yang ke tujuh sampailah ke syurga.
Menurut riwayat mengatakan Adam diarak oleh malaikat selama lebih kurang 100 tahun. Setelah itu barulah Adam dibawa ke syurga iaitu tempat Adam mula-mula dijadikan.
Kemudian datanglah Jibril membawa seekor kuda dari syurga yang berwarna hijau muda serta bersayap. Baunya sangat harum serta dapat berkata-kata seperti manusia. Di belakang kuda itu terdapat tempat duduk yang selesa. Jibril memegang tali pemacu, Mikail duduk di sebelah kanan Adam manakala Israfil pula duduk di sebelah kiri beliau.
Diceritakan di mana saja Adam pergi dia selalu mengucapkan "Assalamualaikum" yang mana ia dijawab oleh setiap para malaikat dengan "Waa'alaikum salam."
kelebihan mimpikan Rasulullah S.a.w
Sabda Rasulullah saw:
من رآني في المنام فسيراني في اليقظة
ولا يتمثل الشيطان بي
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
‘Siapa yang melihatku dalam mimpi, maka beliau akan melihatku secara yaqozoh (dalam keadaan sedar) dan syaitan itu tidak menyerupai aku.’
~Riwayat Imam Bukhari: Hadis Sohih.
Sejak kebelakang ini asyik mendengar cerita2 para solihin mimpi Rasulullah dari mulut para masyayikh kami. Bila dengar saja, berguguran air mata…terasa ‘Ya Allah, bila aku akan dikurniakan kurniaan sebegitu?’
Sememangnya kurniaan itu terlalu besar.
Bagaimana engkau ingin perolehinya sedang matamu sendiri masih melihat perkara2 yang DIA tidak redhai.
Usahamu terlalu kerdil dan kecil untuk mendapatkannya…
Tahu tidak engkau mahu melihat siapa???
Siapa??
Insan yang paling istimewa di sisi Allah.
Habib Husain As-Saqqaf menceritakan dalam pengajian online kitab Bidayah Al-Hidayah:
Ada salah seorang dari masyayikh (guru) kami, setiap hari beliau akan mimpi Rasulullah s.a.w. Pada suatu hari, setelah beliau duduk menonton berita bersama keluarga dan tidak disengajakan pembaca berita itu merupakan seorang perempuan yang tidak memakai tudung… kemudian pada malamnya, beliau tidak melihat Rasulullah dalam mimpinya dan berlarutan hingga beberapa hari. Beliau menangis2 hingga 1 hari Rasulullah saw datang dalam mimpinya dan menegur: ’Aku tidak hadir dalam mimpimu kerana pada malam itu matamu melihat pembaca berita itu.’
Ya Allah…bagaimanalah mata ini tidak dihijabkan dari melihatnya…
Kita akan dapati bahawa ada di antara ulama yang tidak mahu melihat wanita secara direct walau dalam jemaah besar. Kekadang kita ingat mereka buat sedemikian untuk ‘menjaga’…bagi alfaqir bukan itu saja… mungkin juga kerana mereka itu ingin menjaga mata mereka yang pernah melihat Rasulullah saw agar tetap terus tidak diharamkan untuk melihat Rasulullah s.a.w.
Habib Umar pernah menceritakan kepada kami dalam sebuah pengajian:
Cerita (1):
Kira2 dalam 20 tahun yang lalu, kami bertemu sendiri seorang lelaki menangis-nangis bagaikan kehilangan anak2 dan keluarga.
Jadi kami pun bertanya kepadanya…
‘Apa yang membuatkan engkau menangis sebegini?’
Lelaki itu pun berkata:
‘Sudah 3 hari, aku tidak lihat Rasulullah s.a.w.’
Kemudian ditanya semula…
‘Jadi, engkau hari2 mimpi Rasulullah s.a.w?!’
Beliau pun berkata: ‘Setiap hari Rasulullah s.a.w hadir dalam mimpi aku. Setiap hari aku akan berselawat sebanyak 12,000 kali tapi sejak dari hari yang aku tidak mimpi Rasulullah, aku menambahnya hingga 15,000 kali.’
Ya Allah… Bagaimana mereka boleh berselawat hingga mencapai ratusan ribu dalam sehari??? Lalainya aku dalam mengingatinya…
Amat menyedihkan lagi…
Bila disebut Rasulullah s.a.w, sama sekali tidak menggerakkan hati dan mulut kita pun untuk menyambut sebutan itu dengan selawat. Kedekutnya KITA! Kita fikir menyebutnya seperti menyebut orang lain.
Cerita(2):
Pada suatu hari, seorang lelaki soleh mentarbiyah anaknya dengan menahan anaknya dari mendapatkan air. Ia ke sana ke mari untuk mendapatkan air, tetap tidak berjaya. Untuk beberapa hari beliau hidup dalam kehausan. Kemudian, pada satu ketika sedang beliau bangun dari tidurnya… ayahnya melihatnya dia melakukan sesuatu yg seolah-olah beliau itu memegang bekas air dan meminumnya sepuas-puasnya (mcm mengigau).
Tanya si Ayah: ’wahai anakku, apa yang engkau buat ini?’
Si anak berkata: ’Aku ternampak seolah-olah di depanku bekas air yang besar, jadi aku meminumnya.’
Kata si Ayah: ’Begitulah keadaannya jika engkau mahu melihat Rasulullah s.a.w (sama ada secara mimpi/yaqozoh).’
Kesimpulan:
Kalau kita mahu mimpi Rasulullah s.a.w …maka hati kita perlu ta’alluq (terpaut) yang tersangat kepada Rasulullah s.a.w sepertimana budak itu begitu dasyat memerlukan air, tiada lain di fikirannya kecuali air sehinggakan terbawa-bawa dalam sedarnya.
Cerita (3):
Dari Habib Muhammad Al-Haddar (guru habib Umar), Al-Habib Ismail Al-Hami berkata:
‘Setiap minggu tak lihat (samada mimpi atau yaqozoh) Rasulullah s.a.w? Tolibul ‘ilm (penuntut ilmu) tak lihat Rasulullah s.a.w. setiap minggu? !Pelik!’
Ya Allah… jauhnya kami dari Rasulullah s.a.w…
Tadi, Sheikh Yusri Al-Hasani menceritakan kami dalam pengajian kitab Muwatto’:
Ade seorang ulama Al-Azhar (alfaqir tak ingat namanya) menjadikan wirid sehariannya selawat ke atas Rasulullah sebanyak 300,000 kali. Beliau setiap hari berjumpa Rasulullah saw secara yaqazoh (dalam keadaan sedar).
Allah…
Pada beberapa hari yang lalu pula…
Sheikh Ahmad Hajin menceritakan dalam pengajian syarah kitab Syamail Muhammdiyah .
Seorang alim murabbi ini tahu akan seorang anak didiknya yang setiap hari mimpi Rasulullah s.a.w. …jadi, setiap kali jika sheikh ini berjumpa anak didiknya itu…beliau akan bertanya: ‘Kaifa Hal Rasulillah alyaum? ’(Bagaimana keadaan Rasulullah s.a.w. hari ini).
Sheikh Usamah Al-Azhari pula menceritakan kami dalam pengajian Sirahnya:
‘Sheikh Ali Jumaah membaca lebih dari 40 kitab tentang Rasulullah s.a.w. hingga beliau dikurniakan mimpi Rasulullah s.a.w.’
Tanya diri…
‘Berapa banyak kitab tentang Rasulullah s.a.w. yang engkau telah baca???’
Sungguh lain peribadi seseorang yang telah berjumpa Rasulullah s.a.w…
Perhatian!!!
Cerita2 ini bukan rekaan semata. Jangan kerana kita merasa pelik atau merasakan suatu yang tidak boleh terima akal, kita menolak terus dan menginkarinya. Pemberian Allah itu tiada batasnya dan melampaui jangkauan akal kita. DIA Maha Berkuasa. Siapa kita untuk menghadkan pemberianNYA terhadap hamba-hambaNya yang soleh? Ingat! KITA hanya HAMBANYA!!! Dia memberi kelebihanNYA kepada sesiapa saja yang DIA kehendaki.
Ya Allah, dengan segala kelemahan yang ada pada diri kami, kurniakan kami kurniaan itu walau saat2 akhir hayat kami di dunia ini…
dipetik daripada : : Sitik’s Blog
Subscribe to:
Posts (Atom)