Tuesday, May 28, 2013

Aku Jaga Aib Dia Tapi Dia???

“Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).


Alhamdulilah, Aku Akui.. Aku bukanlah manusia yang sempurna. Aku juga pernah membuat khilaf seperti manusia yang lain. Tapi aku ingin menebus khilaf ku dalam cara membentuk kesempurnaan ku.. Biarpun aku masih merangkak2 dalam mencari kesempurnaan, Sekurang2nya aku mencuba, aku ikhlas dan aku ingin perubahan..Tapi, bukan hal ini yang ingin aku bicarakan. Bicaraku mengenai satu teguran, harap teguran aku ini membina.. Bukan niat aku untuk memperlekeh atau memperdajalkan kalian.. Aku cuma nak beri  satu teguruan. Teguran aku ini, lebih tertumpu  kepada manusia2 yang suka membuka aib orang. 


Ingatlah Wahai Manusia Bahawa: 

ALLAH akan jaga aibmu, jika kamu menjaga aib orang lain


sO, berhentilah mencari Khilaf orang.. 
Sebab Kita semua nie bukan sempurna sangat pown.


(Ingatan untuk diri sendiri Juga)


Sunday, May 26, 2013

Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa.

Ini Merupakan Respon Saya Mengenai 
Tanggang Moden :)
Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah s.a.w: “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sebagai seorang anak kita kena terima kelemahan dan kelebihan ibu bapa kita, seperti ibu bapa kita menerima kelebihan dan kekurangan kita semasa kecil sehinggalah dewasa. Memang Lumrah Manusia, Semua manusia di muka bumi ini tak lari dari membuat kesalahan. Begitu juga dengan diri kita dan ibu bapa kita. Tapi sebagai anak, kita kena mengalah dengan ibu bapa kita.. Tanpa mereka , siapalah kita sekarang.
Nabi saw. bersabda, "Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)

Sama-samalah kita mentaati ibu bapa kita, Jangan nak tunggu raya baru nak balik kampung dan Pohon Maaf.. Gunakanlah sedikit saat untuk kita mendekati mereka... Dalam masa 24 jam, takkan takda masa 5 minit atau paling kurang 3 minit untuk anda menginggati, menghubungi dan berdoa kepada ibu bapa anda?? (jadi Tepuk dada tanya sama hati) Hargailah ibu bapa kita, semasa mereka masih hidup. Sejahat2 mereka, mereka tetap ibu bapa kita. Berikan lah mereka peluang ke-2 untuk menebus segala kesalahan dan janganlah kita terus membenci mereka. Hapuskan segala keegoan mu wahai hamba Allah..  Ingatlah satu pekara bahawa " Syurga Itu terletak di Bawah Kaki Ibu". 

Wednesday, May 22, 2013

Kisah Ini bermula pada, Petang Tadi....

(Sekadar Gambar Hiasan)


Tadi Masa kami di area Sunshine Square, Pulau Pinang .. Kami kelihatan seorang Pakcik Tua sedang mengutip kotak, kesian sebab kotak-kotak dia, habis terjatuh bertaburan di atas jalan raya ( Sedih rasa, bila tengok pakcik tu nak angkat kotak pon dah tak larat)... 

Nak di pendek kan cerita, Tanpa fikir panjang.... Saya terus parkingkan kereta  di sebelah tepi  ( Masa tu, memang niat untuk tolong pakcik tersebut).. Sebaik saja saya hentikan kereta di sebelah tepi... Ada 2 orang sahabat saya, terus buka pintu kereta dan  bergegas lari, untuk tolong pakcik tersebut... (tak sangka, Apa yang mereka fikir, sama seperti yg saya fikir iaitu nak tolong pakcik tersebut)

# Masa tu saya dpt rasa bahawa Mereka ber2 , memang Awsome Sangat2... ♥ ♥  
(kalau anda rasa kawan saya Awsome, Apa lagi Like lah banyak2 utk mereka berdua : )



Wednesday, May 8, 2013

Kisah Seorang Pemuda di Negara Asing


Seorang pemuda tentera yg berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH...

Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kpd kalangan tentera yg lain... kapten tersebut memanggilbeliau utk mengambil kunci Jeep askar utk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yg disediakan....

Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dlm memandu Jeep yg canggih tersebut...

kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...

lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tmpat asl nya...lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut... pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dgn perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yg dilakukan...

sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yg lain menangis kesemuanya...lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KPD TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...pemuda tersebut berasa hairan...

lalu Kapten yg menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin....

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yg lain bersujud kpd ALLAH S.W.T...

PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...

Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ...

.