Alhamdulilah, harini merupakan hari terakhir kelas khat untuk khusus ko-k (Usm).. Walaupun pada mulanya saya fikir subjek ini terlalu senang untuk di tahluki, namun anggapan saya salah sama sekali.. Sebenarnya bukan senang untuk menguasai seni khat. Untuk menguasi seni khat, ia memerlukan kesenian dan kesabaran yang sangat mendalam... kepada yang berminat untuk belajar khat, teruskan dengan minat anda.. kerana seni khat merupakan salah satu warisan islam yang harus di perjuangkan.. okey cukuplah sampai di sini.. kita jumpa pada entri selanjutnya.. sebelum saya mengakhiri entri saya ini... saya dengan murah hati, mahu belanja uolls satu photo.. photo ini merupakan tulisan khat saya dan adik saya (fatinhalim), semasa kami melakukan ujian khat di kelas Ustaz.. Ustaz kami memang best baqhang.. banyak ilmu yang kami dapat.
# Walaupun kelas cuma ada 3 minggu.. yang penting ilmu yg diturunkan oleh ustaz kepada kami semua, sangat padat.. terima kasih Ustaz Hanis (Abu Haziq)
Alahaiii Double parker.. Stress betuilah bila terpaksa menghadap manusia yang pentingkan diri sendiri tanpa fikirkan perasaan orang lain.. Sudahlah block kereta orang, pastu tak leave phone number.. Kalau tinggal kereta kejap tu, tak apalah juga.. ni tinggal kereta punyalah lama, sampai berjam-jam kita kena tunggu dia..
CC: to Double Parker!!! kalau nak block kereta orang tu tolong fikir beratus-ratus kali.. sesak macam mana sekali pun, block parking orang bukan satu jalan penyelesaian.. kalau taknak cari masalah please leave phone number. write your phone number at a piece of cardboard and leave it in your car... Jangan sampai ceq buat solution, macam kat imej di bawah ni... -_-
(Penyelesaian yang terbaik untuk mangsa yang terkena double parking)
Bila masuk asrama, universiti atau kolej.. benda yang paling femes akan keluar adalah cerita pasal hantu... memang kisah2 seram ni, takkan lari dari suasana kampus.. First orentasi senior2 dah start cerita sejarah dan tempat2 yang seram di dalam kampus... Situasi macam tu normal lah, kalau masa korang belajar korang takpenah dengar cerita seram.. Ini bermakna life student korang tak lengkap hehehe.. Nape life student korang tak lengkap?? okey meh nak cerita... Masa saya buat diploma, banyak sangat cerita2 seram keluar.. ada pelajar bunuh diri.. roh tak tenteram lah.. terjun bagunan lah.. Putri jelmaan mandi kat tasik kampus lah.. hantu terbang atas bagunan lah.. bagunan asrama block "H" Hilang lah, dan macam2 lagi.. Tapi semua tu hanya satu cerita, penyampaian dari mulut ke mulut.. Mungkin ianya benar dan mungkin tidak...Lepas habis diploma saya sambung ijazah di lain universiti.. ingatkan cerita seram stop disitu saja.. rupanya masih bersambung.. mungkin jalan cerita dan situasi yang berbeza... So, nak tak nak kenalah terima... tapi bila cerita pasal benda seram ni.. satu benda je yang sama walaupun lain2 universiti.. Nak tahu tak, ape bendanya?
Apa yang saya perhatikan selama ini rupa2nya ada sikit persamaan antara pelajar2 IPTA @ IPTS di seluruh Malaysia.. Apa yang saya perhatikan, para pelajar suka sanggat dengar atau kongsi cerita2 seram.. Kalau korang nak tahu di kampus, Movie yang paling laris dan menjadi rebutan pelajar, adalah movie seram... Bila tiba hujung minggu, Kebanyakkan pelajar sanggup berkumpul ramai2 di dalam satu bilik, semata2 nak tonton movie seram... kepada yang tak pernah buat pekara macam ni korang memang rugi sebab korang tak dapat rasa bertapa sweetnya moment with kengkawan korang, bila nonton citer seram hehe.. Sebenarnya korang tak sedar benda2 macam ni dalam tak sengaja boleh merapatkan lagi perhubungan korang dengan rakan2 sebilik atau sehostel.. yelah tengok filem sama2.. bila takut sorok belakang kawan.. hah!! kan sweet.. Pastu yang lebih sweet, bila kena teman kawan pergi tandas (Benda ni akan terjadi bila lepas tengok movie hehe)...
Pasal tempat2 seram dalam kampus tu.. Biasalah di dunia ni, kita kena sedar yang kita sedang berkongsi life dengan mahluk2 lain, misalnya makhluk2 ghaib.. yang paling penting di sini kita jaga diri kita.. setiap agamakan ada doa masing2.. jadi kita amalkanlah selalu, semoga di jauhkan anasir2 jahat... Kadang2, kisah seram tu memang wujud, tapi janganlah kita terlalu taksub.. Saya akhiri dengan surah Al-Fatihah.. Yang baik datang dari Allah.. Yang khilaf datangnya dari kita sendiri ... Okeylah saya dah mengantuk mohon izinkan tido dulu.. Selamat malam semua.. Salam XoXo..
Sahabat yang baik takkan biarkan air mata sahabatnya mengalir berulang2 kali.. Alhamdulilah, Allah buka mata ku utk kedua kali, untuk melihat erti persahabatan di sini.. Takpelah mungkin erti persahabatan aku tak jumpa di perhentian menara gading ini.. tapi aku bersyukur,sekurang2nya Allah tetap bersama2ku..
# Nilai seorng sahabat tak sama dengan kawan.. kerana kawan ada masa dia akan lupakan kita.. Tapi, nilai seorang sahabat sejauh mana kita tebar sayap.. sejauh mana kita menyepi.. namun dia akan tetap ingat kita.. malah nama kita akan di sebut2 di setiap doa2nya...
Alahaiiii stress mak duk gelebek menatang ni, tapi tak menjadi jugak!!! Yelah, sekian lama tak transformers-kan blog ni, lupa habis ilmu "macam mana cara nak letak background di post titile ".. Memandangkan dah lama tinggal bab meng-transformers-kan blog ni, cek pun duk pulun lah cari kat tutorial di blog orang Lain.. Dah macam2 blog disinggahnya, tapi tak menjadi jugak baq hang.. last2 cari cara tersendiri.. Alhamdulilah, finally jadi juga.. Yahuuuu yabeda bedu.. yang lain kalau nak try, meh la nak ajaq.. very the essay you no hahahaha :)
1.Log in > Design >Edit HTML
2.Tekan (F3) Search:
h3.post-title, h4 {
Kalau dah jumpa, copy code yang bawah ni. Dibawah code h3.post-title, h4 {
Hai semua, semoga kalian sihat-sihat selalu.. Kepada bloger's yang suka mencantikkan blog mereka, Penggunaan warna merupakan salah satu item yang memainkan peranan yang penting dalam mendekokan blog. Jadi, untuk memudahkan kerja-kerja anda, saya dengan baik hatinya ingin menyediakan kod warna html untuk anda semua. Semoga selepas ini, blog kita semua kelihatan lebih meriah, dan cantik menarik, memang daaabooommm.
S.a.b.a.r Kata ini sangat mudah diucapkan, namun tidak mudah melaksanakannya. Tapi bila baca kisah Nabi Musa a.s bertemu dengan Nabi Khidir a.s. banyak pengajaran yang dapat. Marilah kita merenung kisah nabi kita Musa a.s dan nabi khidir suatu kisah yang banyak memberi pengajaran kepada semua. Rasanya ada yang sudah mengatahui kisah ini. Kisah ini, bermula ketika mana Nabi Musa sangat berhajat untuk bertemu dengan Nabi Khidir kerana baginda mengetahui Nabi Khidir sangat banyak ilmu dan kebijaksanaan yang dimiliki. Nabi Musa mulanya menyangka bahawa beliau lah ALLAH Taala memberi pengetahuan secara lansung, rupanya ada lagi manusia yang hebat dan akhirnya baginda berdoa untuk bertemu dengan Nabi Khidir serta belajar dan mengikutnya.
Mulanya Nabi Khidir menolak untuk membenarkan Nabi Musa mengikutnya kerana pada penilaiannya Nabi Musa tidak mampu bersabar untuk belajar dengannya. Namun, Nabi Musa terus meminta. Akhirnya, Nabi Khidir bersetuju dengan syarat beliau tidak bertanya apa yang dilakukan oleh Nabi Khidir sehingga di beritahu.
Sepanjang perjalanan nabi Khidir telah melakukan 3 perkara :
1 – Khidir membocorkan perahu milik seorang miskin, yang digunakan oleh mereka berdua untuk merentas sungai.
“Lalu berjalanlah keduanya(Khidir dan Musa) sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, kemudian dia(Khidir) membocorkannya.” Surah Al-Kahfi ayat 71.
2 – Khidir membunuh seorang anak kecil.
“Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya.” Surah Al-Kahfi 74.
3 – Khidir menegakkan sebuah dinding yang hampir roboh.
“kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka dia(Khidir) menegakkan dinding itu.” Surah Al-Kahfi ayat 77.
Jika dilihat pada setiap kejadian, Nabi Musa a.s tidak sabar untuk memenuhi syarat yang dikenakan dan dalam setiap perlakuan itu, menimbulkan pertanyaan. Sedangkan, perjanjian yang dipersetujui mereka di awal perjalanan adalah, Musa tidak akan bertanya apa-apa.
"Musa berkata kepada lelaki itu(Khidir): Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu? Dia menjawab: Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu? Musa berkata: Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun. Dia(Khidir) berkata: Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.” Ayat 66-70 Surah Al-Kahfi.
Segala perbuatan yang di lakukan oleh Nabi Khidir, hakikatnya mempunyai sebab.
1 - Tuan punya perahu, perahunya tidak lagi dirampas kerana bocor. Dan bocor itu boleh dibaiki dan dia masih boleh berniaga dengan perahunya lagi.
2 - Ibu bapa yang kehilangan anak, keimanan mereka terselamat, dan mereka takkan dicampak ke neraka Allah nanti.
3 - Dua anak yatim yang dibantu, memang akan terjaga hartanya sampai mereka dewasa nanti.
P/S: Ada perkara itu, Allah berikan yang pahit dahulu seperti Perahu bocor, anak mati. Ada perkara, Allah berikan terus-terus nampak baik seperti Bina dinding yang hampir roboh. Tetapi kesimpulannya, semua itu akan menghala kepada kebaikan. Pokoknya, kita perlu bersabar, dan bersangka baik dengan keputusan Allah SWT. Tidakkah kita belajar bahawa, manusia yang tidak mampu bersabar, adalah manusia yang rugi? Lihatlah Nabi Musa, bagaimana dengan ketidak sabarannya, dia terpaksa berhenti dari mengikuti Nabi Khidir, sedangkan kalau beliau bersabar, mungkin lebih banyak lagi hikmah yang akan dibukakan kepadanya. Orang-orang yang bersabar, dan sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT, mereka takkan terganggu dengan musibah-musibah yang melanda mereka. Kerana mereka tahu, Allah SWT hanya mahukan yang baik-baik sahaja.
Allaahumma ya Aziz ya Muntaqim!, satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan yang satu, demi mempertahankan tanah suci Baitul Maqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di Akhirat nanti. Lembutkanlah hati- hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin.
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan, Selamat berpuasa kepada semua :) harini ana nak KONGSI satu tips macam mana cara membuat sushi, tapi sebelum tu ana nak kenalkan dulu bahan-bahan untuk membuat sushi.. Di bawah ni, ana dah sediakan list barang dan gambar barang ( so, harap2 dengan adanya list ini, ia akan memudahkan lagi kerja-kerja mencari barang ana)
Kalau kita cerita tentang bajet pula. Bagi ana,bajet membuat sushi tidaklah semahal mana. Apa yang penting kita kena bijak membeli dan bijak berfikir secara kreatif dan kritis (ceywah macam pakar motivasi dah hehehehehee).. So, Tunggu apa lagi ~~~ Jom Shopping barang~~
Bahan-Bahan Penting:
Bahan pertama yang perlu kita sediakan adalah Beras sushi
Selalunya ana guna Beras sushi (Sunflower) dan Beras sushi (Sumo)
kedua-dua beras ini boleh dapat di pasar raya JUSCO dan SUNSHINE.
Selain itu kita perlukan tikar sushi dan seaweed
( kedua bahan ini adalah pelengkap untuk menghasilkan sushi)
Ini adalah cuka dan kicap suhshi, kalau anda tidak mahu menggunakan cuka ini,
anda boleh mengunakan cuka makanan yang biasa. Bab kicap pula i'm not sure halal or tidak.. batter you all buat sambal sendirilah.. baru kreatif sikit
Mayonis, takkisahlah apa jenama sekali pun yang penting HALAL. Kalau nak buat sendiri pun boleh. Nanti ana ajar macam mana nak buat mayonis sendiri.