Monday, June 23, 2014

"Tidak ku pinta lahir Kedunia"

Assalamualaikum semua :)

Rasanya dah lama tak update entri, maaflah beta terlalu sibuk dengan dunia seni beta. Walaupun, terlalu sibuk dengan Final exam dan FYP idea. Kira Sempat jugaklah saya mengular di fesbuk. Semasa saya tengah Mengjengokkan diri di fesbuk, saya tengok ramai MR. and MRS "Keyboard Warrior", Sedang memberi pendapat dan luahan masing-masing dalam isu Remaja OKU yang dikurung bersama sampah dan najis. Berita ini memang mengemparkan hati dan perasaan saya. Maaflah, saya tak sampai hati nak letak gambar remaja OKU tersebut, kerana setiap kali saya tengok gambar remaja tersebut, mulalah hati ini nak menangis.. 

Saya tidak faham, kenapa sesetengah ibubapa sanggup membuang, dan mengzalimi anak-anak mereka sendiri??  adakah semua ini terjadi sebab nafsu jahat?? adakah sebab malu mempunyai anak-anak oku?? atau adakah sebab terlalu kejar keduniaan sehinggakan mereka lupa amanah yang telah di anugerahkan oleh Allah . (Biarlah Mungkin di dunia ini, mereka pandai berkata-kata, sehinggakan bijak menyusun alasan-alasan tersendiri.)  “Namun ketahuilah, “Sesunggunya tidak tersembunyi kepada Allah sesuatu pun benda yang tersembunyi. Bagaimana kamu hendak berselindung daripada-Nya, sedangkan kamu menghadap kepada-Nya? Bagaimana kamu mampu melakukan satu kerja yang tidak dilihat-Nya? ” )


P/S  :   Ingatlah semua bahawa, Anak-anak adalah titipan dari Allah yang diberikan kepada kedua orang tua untuk dijaga dirawat, dan diperhatikan yang harus diberikan kepada anak agar kelak anak akan menjadi Anugrah yang terindah, seperti firman Allah dalam Al-Qur’an surat At-tahriim ayat 6:
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”







Friday, June 20, 2014

FROZEN malay version

                         

Frozen Walt Disney Anna Dan Permaisuri Salji berdasarkan cerita dongeng The Snow Queen membawa kisah kekeluargaan yang membabitkan hubungan kasih sayang antara kakak (Elsa) dan adik (Anna) yang terpisah kerana kuasa ajaib yang dimiliki Elsa sejak kecil. Elsa disumpah menjadi raksasa selepas menyalahgunakan kuasanya yang mencetuskan musim sejuk abadi yang membekukan kerajaan Arendelle, lalu dia melarikan diri bersembunyi. Duke Weselton yang angkuh merancang untuk meyakinkan semua untuk menentang kepentingan jahatnya tersendiri. Anna perlu mengembara untuk mencari kakaknya Elsa (kini dikenali sebagai Permaisuri Salji) untuk menyelamatkan kerajaan Arenbelle mereka daripada musim sejuk abadi(kekal selamanya) yang penuh dunia magik. Anna juga akan dibantu oleh penjual ais Kristoff dan orang salji yang kelakar Olaf.


Untuk tonton: Klik Disini

.