Wednesday, September 6, 2017

Cara untuk positifkan diri

 


Selalunya kita akan mudah terdedah dengan pekara yang negatif. Ini kerana aura negatif cepat merebak seperti penyakit kanser. Kalau kita biarkan aura ini di dalam kita, nescaya perasaan pada mulanya hanyalah sekecil kuman, tak mustahil untuk jadi lebih besar dari gajah.. Hal2 yang negetif ini selalunya akan mempengaruhi emosi dan pemikiran kita jadi sebelum menjadi lebih parah.. kita mesti hindarinya
JOM IKUT CARA SAYA POSITIFKAN DIRI....
Cara setiap orang tak sama, tapi sekiranya cara saya ni anda rasa sesuai dengan situasi anda
boleh lah ikut tips dan cara saya.
BILA KENA MARAH.
lebih baik duduk jauh-jauh dari orang ramai ( ini kerana bila kita berada dekat dengan orang, kita akan cari masalah dengan orang yang berhampiran dengan kita.. selalunya orang yang berhampiran dengan kita akan jadi tempat lepaskan kemarahan. So, nanti tak pasal2 orang yang tak berdosa menjadi mangsa kita).  Bila kena marah, bawalah diri di  tempat yang tenang untuk berzikir, perasaan kena marah ni selalunya mendownkan semangat sesorang.. (masa ini syaitan akan mainkan peranan masing2, jadi sebagai penawar basahlah lidah dengan zikir pada Allah)

NAK MARAH.
Kalau nak marah boleh guna tips yang di atas, pergi tempat yang tenang dan zikir pada Allah. Ambil air sembahyang juga adalah solution yang baik untuk menakis perasaan amarah. Sebelum nak marah, pikirkanlah situasi kalau kita berada di tempat orang yang kena marah. Kadang2 kita tak dapat mengawal kemarahan kita, sekirannya dah terlanjur menyakiti perasaan orang. Sentiasalah memohon maaf. Beringatlah bahawa Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata??? (habiskan sendiri)


BILA PUTUS CINTA.

kita kena yakin dengan Allah, pasti ada sebab kenapa cinta kita tak pernah kekal. Letakkan keyakinan pada Allah.. Inya Allah, Allah akan sentiasa bantu kita. Biar lambat jodoh kita,  asalkan destinasi di tuju dalam rahmat Allah. Sentiasalah berfikir positif... untuk orang yang putus cinta, buatlah benda yang menyibutkan anda.. pastikan jgn duduk sorang2 ratapi kedukaan, Move on!! lakukan perubahan 


MASALAH DUIT.

Pekara ini selalu terjadi pada semua orang.. Orang alim berkata, kalau kita nak duit lebih rajinlah bersedekah di jalan Allah. Insha Allah, Allah akan bantu kita kembali. Percaya dan peganglah kata2 ini.. lakulah seikhlas hati... buat demi Allah.. bukan demi balasan.. Selain itu, nak duit lebih kita kenalah rajin dan bijak mencari peluang.. jangan harapkan bulan jatuh keriba. USAHA itu penting you all!!!


okelah itu saja, nanti free saya kongsi lagi... ni pun update kat kedai mamak.. tunggu member!! lama benar member den ni...  Jangan kata roti canai, siap update blog sampai habis.. orang tak mai2 g hahahahaha  😅😂😂

Friday, June 23, 2017

JANGAN BERSEDIH.



1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...


Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia seperti saya dan kamu, bila mana berhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"..

.


.

.