Maklumat tentang Ujian MunSyi


Mula2, tertanya jugak 
Apa itu UJIAN MUSNYI
puas cari di Google Tapi  maklumat yang di perolehi di MR GOOGLE 
langsung tak berkesan di hati ini [sebab maklumat yang di beri tak berapa jelas]
Memandangkan Saya sudah ada pengalaman  tentang UJIAN MUNSYI ni
jadi saya nak cerita sikit, pasal ujian munsyi ni...
Semoga adik-adik yang memilih untuk belajar di USM, 
tak akan tertanya-tanya lagi  
apa itu UJIAN MUNSYI :)

Malaysian University Selection Inventory (MUnSyI) Pengenalan
  • Ketidakselarasan antara personaliti, minat dan pekerjaan memberi kesan kepada kerjaya dan seterusnya kesejahteraan individu.
Format MUnSyI
  • Instrumen MUnSyI mengandungi lima bahagian dengan 310 item. Bahagian A mengenai Minat Kerjaya; Bahagian B mengenai Personaliti; Bahagian C mengenai Nilai Integriti; dan Bahagian D mengenai Kecerdasan Emosi. 
Tujuan MUnSyI
  • Instrumen MUnSyI dibangunkan untuk memperoleh maklumat berkaitan kualiti intrinsik calon meliputi minat kerjaya, personaliti, nilai integriti, dan kecerdasan emosi sebagai tambahan kepada maklumat sedia ada calon. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon yang sesuai bagi kemasukan ke pelbagai program pengajian yang ditawarkan oleh universiti di Malaysia. 

Secara khususnya, justifikasi penggunaan instrumen MUnSyI adalah seperti berikut: 
  • Membantu calon pelajar memilih program yang paling sesuai dengan dirinya. 
  • Membantu universiti mendapatkan calon pelajar yang paling sesuai berdasarkan konsep "individu yang betul untuk program yang betul". Instrumen ini berupaya membezakan calon pelajar yang berpotensi untuk berjaya dalam bidang yang diikutinya. 
  • Pemilihan calon pelajar tidak tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata, tetapi mengambil kira aspek minat kerjaya, personaliti, nilai integriti, dan kecerdasan emosi sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 
  • Membantu mengurangkan masalah dalaman yang timbul di universiti hasil daripada konflik pemilihan program yang berbangkit semasa pengajian seperti bertukar program, prestasi yang rendah, keciciran dan kecelaruan emosi. 
  • Antara kriteria ranking universiti adalah berdasarkan jumlah pelajar yang memperoleh ijazah dalam masa yang ditetapkan dan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas graduasi. Keselarasan pelajar dengan bidang pengajian menggunakan MUnSyI membantu merealisasikan hasrat universiti memperoleh ranking yang terbaik. 
  • Instrumen MUnSyI ini seiring dengan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang sedang dalam proses pelaksanaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
________________________________________________________________________

APA YANG ADIK2 PERLU TAHU?
  • SEBENARNYA UJIAN MUNSYI NIE SENANG SAJA...
  • IA MENGANDUNGI 310 SOALAN
  • SOALAN BERBENTUK OBJEKTIF [ HITAMKAN KESEMUA JAWAPAN ]
  • MASA MENJAWAP SOALAN 1 JAM ( 10.00-11.00 pagi )

CONTOH SOALAN
  • SOALAN SANGAT MUDAH.. BUDAK2 TADIKA PUN BOLEH BUAT :)
  • JANGAN RISAU DAN RASA TERTEKAN SANGAT.
  • SOALAN YANG DI BERI AKAN BERULANG2 [JAWAPAN MESTI JUJUR]
  • JAWAPAN ADIK2 MESTILAH KENA ADA KAITAN DGN BIDANG YG DIPILIH
  • ADIK2 HANYA PERLU MENJAWAP : YA atau TIDAK ataupun :: 
  • SANGAT SETUJU, SETUJU, TIDAK SETUJU, atau SANGAT TIDAK SETUJU
[ MUDAH KAN???? SEMUDAH 123 hehehehe....]


APA YANG ADIK2 PERLU BAWA SEMASA UJIAN?
  • BAWA PENSIL 2B DAN PEMADAM
  • BAWA KAD PENGENALAN
  • SLIP KEHADIRAN YANG DI PRINT [  yg di ambil dari Laman web USM]
  • JANGAN LUPA, DATANG AWAL SIKIT... SUPAYA TAK TERGESA2

PAKAIAN?
  • PAKAIAN MESTI KEMAS
  • BAGI PEREMPUAN ISLAM [ baju kurung dan bertudung ]
  • BAGI PEREMPUAN
     BUKAN ISLAM [ kemeja ]
  • BAGI LELAKI [ kemeja ]


ITU SAJA MAKLUMAT YANG ADIK2 PERLU TAHU... GOOD LUCK!!!!!


1 comment:

Erfan Khan said...

Salam.. Nak tanye kejap, saya tak tau nak cari mana la.. Saya tngk Akak tolong share bnyk.. Saya nak tnya, kalau saya dari kolej swasta Segi College nak masuk USM ni boleh tak?? Kalau akak tak tau pun, ni saya blh cari jawapan dari siapa???

Sponser :

sem0ga Allah merahmati anda...TQ

.

.