Saturday, February 16, 2013

[video] Meteor melintas di Chelyabinsk, Russia



15 FEB 2013, JUMAAT :

METEOR telah terhempas ke Bumi petang tadi. Ia menjunam dan meletup di wilayah tengah Rusia hari ini dan mencetuskan gelombang kuat yang memecahkan tingkap dan mencederakan sekitar 950 orang. Kejadian ini mengakibatkan lalulintas terhenti di bandaraya Chelyabinsk Para pakar berkata hentaman meteor sebesar itu yang dianggarkan seberat puluhan tan, begitu juga dengan jumlah mangsa di tempat kejadian. Kementerian kecemasan pada awalnya menganggarkan lebih 500 orang cedera, 112 dimasukkan ke hospital manakala kementerian kecemasan menganggarkan hampir 300 bangunan rosak. Dalam perkembangan terkini, gabenor wilayah tersebut, Mikhail Yurevich berkata angka kecederaan telah meningkat kepada sekitar 950 orang. Mikhail yang dipetik oleh agensi berita RIA Novosti, berkata dua pertiga daripada mereka cedera ringan terkena pecahan kaca dan bahan-bahan lain. Di bandaraya Chelyabinsk sahaja, 758 orang memerlukan bantuan perubatan.


Berikut Video Yang Sempat Dirakamkan. 
Kelihatan METEOR Besar Bercahaya Menjunam Ke Bumi Di Rusia Petang Tadi.





No comments:

.