Friday, March 29, 2013

Pencarian Bloglist Fizgraphic Bulan April


"Pencarian Bloglist Fizgraphic Bulan April"

Memandangkan tarikh submit coursework di tunda ke hari isnin, Yahuuuu.. yAbeda.. Beduuuu... nampaknya cek boleh ambil peluang untuk join segmen fizgraphic hehehehe (gelak Suka).. Selalunya, asyik duk sibuk siapkan assigment... Hurm biasalah namapun budak sekolah, assigment mesti bertimbun2 kan... tambah2 bernaung pulak di bawah pusat pengajian Seni.. kadang2 tu sampai nak urus diri pun tak sempat, macam mana nak urus blog huhuhu (sedih dak bunyi)..

Okey, kenapa saya nak masuk dalam bloglist fizgraphic????  kalau hampa nak tau blog FIzGraphic ni memang best.. sebab apa best??? sebab designs-designs graphic dan toturial2 yang dia bagi memang sempoi.. Memang kenalah, dengan jiwaku yang comel ni hehe :P... 

Apa erkkk, kekuatan blog saya??? Agak2 berapa kerap saya duk update blog dalam sehari???? susah jugak nak jawap ni.. kang jawap lebey2 syok sendiri lak.. apa kata hampa mai sendiri blog cek.. kemudian hampa nilai sendiri kekuatan yang ada.. rasa2 kekuatan blog cek, lebey hebat dari kekuatan power ranges hahaha (gelak jahat)... Okeylah, rasa dah panjang sangat ni menaip... nanti kalau ada masa kita join segmen Fizgraphic gi.. Salam Jumaat utk semua.. 




Bukan Sekadar BerК∂ω∂Ν...

Kata mak,
К∂ω∂Ν tu ibarat lebah,  habis madu sepah dibuang...



kata abah,
К∂ω∂Ν tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit..

kata atuk,
К∂ω∂Ν tu seperti air, terus mengalir..

kata nenek,

К∂ω∂Ν tu bak bulan,  dipuja & disanjung tp nun jauh di sana..

kate sedare,

К∂ω∂Ν tu mcm makanan,  kawan makan kawan!!

kata abang,

К∂ω∂Ν tu seperti lembu,  mengikut saje ape dikata..

kata kakak,

К∂ω∂Ν tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan..

kata adik,

К∂ω∂Ν tu macam biskut,  sekejap ade sekejap ✗de..


kata aku,

К∂ω∂Ν tu ✗ kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT !!!

Dia tetap К∂ω∂Ν.. tau ✗ sebab ape??? Sekali aku dah К∂ω∂Ν ngan dia selamanye dia ttp К∂ω∂Ν aku.. itu cara aku berК∂ω∂Ν..!! Walaupun kita mempunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia. Walaupun kita punyai harta yg byk, К∂ω∂Ν tetap paling berharga.

Tuesday, March 26, 2013

Tersenyum Dalam Duka....



Ya Rob, 
Di sebalik senyum ini, Tak ada seorang pun yang tahu...
Bahawa di Dalam Hati ini terdapat 1001 duka yang kusimpan 
Duka ini, hanya untuk orang2 yang ku sayang..

Ya Rob,
Orang2 yang ku sayang itu bukanlah kerana  Pria2 yang ku Puja..
Orang yang ku sayang ini lebih beharga dari segala harta dunia
kenilaiannya tiada tandingan di mana2...

Ya Rob,
Hanya Engkau yang lebih mengetahui, tentang hati dan perasaan ini..
Biarlah hal ini menjadi rahsia kita berdua..
Hanya padaMu ku bersujud dan Terus berdoa

Ya Rob,
Tabahkanlah hati ini, Berikanlah hati ini kekuatan dan
Berilah aku pertunjuk, pertunjuk ke jalan yang benar..

Terima Kasih Ya Allah
Ku terima Ujian Mu dengan hati terbuka :)




#  Sejauh mana langkah ku di sana Aku melupakan mu Seluas mana kau beri padaku Masih ku angkuh padamu Segalanya dusta Gelap mengaburi ku Ya Allah apa yang bisa Ku tebus kepadamu Atas dosaku Ya Allah ku hina terasa Biarku bersujud Untuk ke syurgaMu Segalanya Dusta Gelap mengaburi ku Ya Allah apa yang bisa Ku tebus kepadamu Atas dosaku Ya Allah ku hina terasa Biarku bersujud Untuk ke syurgaMu Ya Allah apa yang bisa Ku tebus kepadamu Atas dosaku Ya Allah hina terasa Biarku bersujud

Thursday, March 21, 2013

KEGUNAAN AYAT PENGGERAK/PENDINDING DIRI


AYAT PENGGERAK/PENDINDING DIRI ::

“Bismillahi lazi la yadurru ma’as mihi syai’un fil ard, wala fissama’i wahuassami’ul ‘alim…” 

KEGUNAAN AYAT PENGGERAK/PENDINDING DIRI 

Cara menggunakannya :- 


1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini 7x. 


2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga 7x bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut. 


3. Amalkan bacaan di atas 3x tiap-tiap lepas solat sehari untuk sebatikan dalam badan agar Allah melindungi kita daripada segala bahaya atau sebarang MUDARAT pada hari berkenaan. 


4. Jika hendak menjamah makanan/minuman diluar rumah seperti di restoran dan R&R,sila baca dalam hati 3x,jika makanan tersebut mengandungi racun/santau,dengan izin Allah cawan/pinggan itu pecah. 


5. Jika hendak menaiki kenderaan,baca juga ayat ini 3x supaya kita akan dielakkan dari sebarang malapetaka seperti accident dan sebagainya. 


6. Jika kita menjalankan perniagaan,insyaAllah kita tidak akan menanggung sebarang kerugian jika mengamalkannya 3x tiap-tiap lepas solat. 


7. Bagi mereka yang bertugas sebagai Perawat Islam atau pesakit gangguan jin dan orang biasa juga,kesan amalan 3x tiap lepas solat ini juga akan dapat mengunci tubuh mereka dari dimasuki jin. 



Credits :  Darussyifa’

Monday, March 18, 2013

Semakan Keputusan STPM 2013, Online dan SMS



Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui :

Semak Melalui SMS:
dengan menaip STPM RESULT No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

Keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengahari, hari yang sama.



P/S::   Jangan lupa Pohon USM... 
         
           Nanti kami tunggu hampa semua kat USM nuh...

Friday, March 1, 2013

Hati yang berbisik..


Sejak kebelakangan ni,
ada satu rasa..
rasa tu kadang2 best dan kadang2 tu rasa annoying.
Hah!! Tapi Rasa apakah itu??
hurm biarlah rahsia hehehe
Sebenarnya 
takpenah pun terpikir tentang dia
tapi sejak kebelakangan ni,
sikit2 terbayangkan dia, 
mak aiii dah jadi kes teruk ni
Ye, memang dah teruk.
(tapi masih mampu dikawal hehe)
Kalau betul dia jodoh saya
Wish Me GudLuck okey..
Tapi kalau bukan dia milikku
Mohon Allah jauhkan, rasa cinta ini terhadap dia


" Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu. Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu."


# Terima kasih kepada semua rakan2 yang sentiasa mendoakan saya.. Sayang awak semua.. okeylah saya undur diri dulu.. Salam XOXO untuk semua.. Sebagai tanda terima kasih atas sokongan anda semua, terimalah lagu dari najwa latif ni " Ada mu".. enjoy this song...




.