Tuesday, January 9, 2007

 apid lagenda??????????????????????????????????

Nasihat buat adik2 UPSR, PMR,SPM dan STPM

salam, 

hai adik2 kak ana sekalian...kak ana rasa exam UPSR, PMR,SPM dan STPM dah nak dekatkan???
so, janganlah buang masa..banyakkan sesi ulang kaji, jangan lupa banyakkan membaca buku dan bukan muka buku atau erti kata lain facebook hehehe...bersiap sedialah dari sekarang, klu study last minit nnt sempat ke??

INGAT jangan sampai pergi jumpa bomoh utk mintak air jadi pandai, plisss jauhilah benda mcm ni c0z khurafat adik2 pun belajar agama islam kan..mesti tahu apa itu khurafat..INGAT, berdosa besar sekiranya kita menduakan ALLAH S..W.T...kejayaan itu bukan datang dari orang lain tapi dari diri kita sendiri adik2...

kalau kita malas, maka keputusan yg kita dapat nanti mestilah keputusan malas juga...kepada adik2 yg rasa d0wn tu, jangan mudah putus asa, dalam dunia ini tak semua orang di lahirkan terus cerdik..klu adik2 nak tahu orang yang berjaya, mesti dia pernah gagal..INGAT adik2 bukan bodoh, tp adik2 cuma malas.... 

pesanan akak pada adik2 ialah....berubahlah dari sekarang kerana adik2 masih alagi da masa utk berubah...jadi gunalah masa ini sepenuhnya.. alangkah ruginya jika adik2 membazirkan masa dgn aktiviti tak berfaedah... mungkin sekarang adik2 takkan rasa menyesal, tapi  mungkin 20 tahun dari skarang barulah adik akan rasa...kepada adik2 yang sibuk bercinta tu..plis stop sekejap, tumpukan dulu pada pelajaran ... jika  dia benar cinta suci kita, InsyALLAH dia tetap akan sokong kejayaan kita...


NAPE ADIK?? TAK LEH JAWAP KE??
NI MESTI SEMALAM X STUDY KAN.....
KLU STUDY PON MESTI LAST MINIT HUHUHU...


INGAT DIA SORANG JEW STRESS YG LAIN PON STRESS JGK..
BIASALAH NAMA PUN BELAJAR..
MANA ADA YANG SENANG, SEMUA NYA SUSAH..
KLU NAK SENANG, X YAH STUDY LAHH HUHUHU


JIKA ANDA SET KAN MINDA ANDA BORING
MAKA DENGAN AUTOMATIK ANDA AKAN RASA BORING..
INGAT, JADIKKAN PEMBELAJARAN ANDA MENARIK
CONFOM ANDA AKAN SCOR BERSUNGGUH2
SUBJEK TERSEBUT


SEMUA ORANG PASTI AKAN MENGALAMI SITUASI INI
SITUASI PENENTU UNTUK MASA DEPAN ANDA..
SAMA ADA KE UNIVERSITI OR KE JETI HUHUHUHU

KEADAAN INILAH YANG DI NANTI2 KAN..
YANG BERJAYA AKAN TERUS MAJU KEDEPAN
YANG TAK BERJAYA AKAN TERUS MUNDUR KE BELAKANG




Sunday, January 7, 2007

SEKALI LAGI FULL MOVIE


Tajuk Filem:
Sekali Lagi

Pengarah:
Hashim Rejab

Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Dipawagam:
30 Jun 2011

Pelakon Sekali Lagi:
Shaheizy Sam
Lisa Surihani
Mia Sara Nasuha
Bront Palarae
Kartina Aziz
Shasha
Zul Handyblack
Ana Dahlia
Bob Lokman
Amylia Nastasha Aziz


Sinopsis Sekali Lagi:- Selama ini, ARMAN percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan FARINA. Hubungan Arman dan Farina juga semakin bermasalah. Malah, dalam satu salah faham, Farina telah bergaduh dengan Arman dan meninggalkannya seorang diri di tepi jalan. Dalam perjalanan pulang itu, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng. 

Mujurlah, AMY, seorang kanak-kanak kecil yang berada di situ, memekik dengan kuat, dan sekaligus memaksa menyelamatkan Arman. Sungguhpun Amy hanya berusia 5 tahun, Arman dapati kanak-kanak itu amat pintar dan berdikari sekali, malah lebih pintar dan berdikari berbanding dirinya sendiri. Persahabatan terbentuk di antara mereka, dan Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Apabila Arman menyatakan rasa ragu-ragunya untuk meneruskan perkahwinan, Amy mencadangkan kepada Arman agar bertanya beberapa siri soalan kepada Farina dan juga ahli keluarganya.

Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman. Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu SHIELA, turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada HARIS, si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Ibu bapa Haris di kampung sudah bertemu calon isteri yang sesuai untuk Haris. Apabila wanita itu bertindak datang berjumpa Haris di Kuala Lumpur, Shiela tahu bahawa sudah tiba masanya untuk dia membuat keputusan. Amy amat sukakan Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris. Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman.


SEKALI LAGI FULL MOVIE

Penerbit : David Teo
Pengarah : Hashim Rejab
Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn Bhd

Tarikh mula tayangan : 30hb Jun 2011
Pelakon : Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Bront Palarae, Kartina Aziz, Shasha, Zul Handyblack, Ana Dahlia, Bob Lokman, Amylia Nastasha Aziz

SINOPSIS FILEM SEKALI LAGI
Sekali Lagi menceritakan tentang Arman (Shaheizy Sam) percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan Farina (Shasha Zurazie).Pada satu hari, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng. Mujurlah, Amy (Mia Sara Nasuha), telah menyelamatkan Arman.
Disebabkan kejadian itu Arman dan Amy berkawan rapat. Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman.
Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu Shiela (Lisa Surihani), turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada Haris (Bront Palarae), si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Amy amat menyukai Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris.
Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman.


Saturday, January 6, 2007

siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong??? Rais Kata Lain, Astro Kata Lain...


KUALA LUMPUR – Kenaikkan harga pakej Astro kini membuka satu persoalan yang amat penting, iaitu siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong.
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) memberitahu Mynewshub.my bahawa Astro telah bertindak menaikkan harga pakej langganan tanpa mendapat sebarang kebenaran dari pihak kerajaan.
Manakala Astro pula mendakwa mereka sudah mendapat kebenaran Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM).
Siapa yang benar?
Menteri KPKK, Datuk Seri Rais Yatim yang dihubungi berkata, pihak pengurusan Astro tidak langsung meminta sebarang keizinan dari kementeriannya berhubung kenaikan harga pakej tersebut.
“Tidak, mereka (Astro) tidak ada minta kebenaran Kerajaan,” ulasnya ringkas melalui sistem pesanan ringkas (sms) di sini hari ini.
Pada bulan Jun lalu, Astro mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa pada 11 Julai lepas dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.
Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), telah melancarkan kempen ‘boikot Astro’ dan mengecam stesen televisyen berkenaan.
Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.
Ekoran itu, Astro terpaksa menangguhkan kenaikan harga caj pakej penyiaran apabila Kabinet melarang stesen berbayar itu bertindak demikian.
Bagaimanapun, perkembangan terkini menunjukkan Astro tetap meneruskan tindakan mereka menaikkan harga caj langganan dan tidak mempeduli langsung arahan kerajaan tersebut.
Kenaikan harga caj langganan tersebut telah menyebabkan ramai pihak yang marah terhadap stesen televisyen berbayar itu dan sekali lagi bertindak memboikot Astro.
Sementara itu, kenyataan yang diperoleh dari pihak Astro bercanggah dengan kenyataan yang kami terima dari Rais berhubung kenaikan harga pakej langganan di stesyen televisyen berbayar tesebut.
Menurut seorang Pegawai Perhubungan Pelanggan Astro yang dihubungi di talian 1300-82-3838, menyatakan bahawa penyelarasan harga pakej langganan tersebut telah mendapat persetujuan dari SKMM.
Menurut pegawai tersebut, SKMM telah pun membuat persetujuan untuk penyelarasan harga pakej Astro tersebut dan surat makluman mengenainya juga sudah dikirim kepada hampir 3,000,000 pelanggan  stesen televisyen berbayar tersebut.
“SKMM telah pun membuat persetujuan terhadap penyelarasan harga pakej tersebut,” kata pegawai tersebut ketika dihubungi.
SKMM adalah sebuah suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah KPKK untuk menyelia industri komunikasi dan multimedia negara.
Bagaimanapun, pegawai tersebut memaklumkan bahawa penyelarasan harga tersebut hanya melibat beberapa pakej langganan, manakala pelanggan pakej asas Astro yang berharga RM37.95 tidak mengalami sebarang kenaikan harga.
Namun, itu tetap tidak menjawab persoalan siapa menipu siapa kini.
Oleh : ZAMZUKHAIRI NOORDIN

sumber di ambil dari :: 

http://mynewshub.my/bm/2011/07/15/astro-tak-minta-izin-kerajaan-naikkan-harga/







Friday, January 5, 2007

cara memotong kuku dan menggikut hari..



barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih


sumber:
Mufakkiratul Mukmin 2009

.