Tajuk Filem:
Sekali Lagi
Sekali Lagi
Pengarah:
Hashim Rejab
Hashim Rejab
Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Dipawagam:
30 Jun 2011
30 Jun 2011
Pelakon Sekali Lagi:
Shaheizy Sam
Lisa Surihani
Mia Sara Nasuha
Bront Palarae
Kartina Aziz
Shasha
Zul Handyblack
Ana Dahlia
Bob Lokman
Amylia Nastasha Aziz
Shaheizy Sam
Lisa Surihani
Mia Sara Nasuha
Bront Palarae
Kartina Aziz
Shasha
Zul Handyblack
Ana Dahlia
Bob Lokman
Amylia Nastasha Aziz
Sinopsis Sekali Lagi:- Selama ini, ARMAN percaya bahawa dirinya 
merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal 
berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari 
perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat 
mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan FARINA. 
Hubungan Arman dan Farina juga semakin bermasalah. Malah, dalam satu 
salah faham, Farina telah bergaduh dengan Arman dan meninggalkannya 
seorang diri di tepi jalan. Dalam perjalanan pulang itu, Arman hampir 
menjadi mangsa ragut samseng. 
Mujurlah, AMY, seorang kanak-kanak kecil yang berada di situ, memekik
 dengan kuat, dan sekaligus memaksa menyelamatkan Arman. Sungguhpun Amy 
hanya berusia 5 tahun, Arman dapati kanak-kanak itu amat pintar dan 
berdikari sekali, malah lebih pintar dan berdikari berbanding dirinya 
sendiri. Persahabatan terbentuk di antara mereka, dan Arman banyak 
berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman 
hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. 
Apabila Arman menyatakan rasa ragu-ragunya untuk meneruskan perkahwinan,
 Amy mencadangkan kepada Arman agar bertanya beberapa siri soalan kepada
 Farina dan juga ahli keluarganya.
Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan 
Arman. Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu SHIELA, turut 
merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria 
berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada HARIS, 
si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja 
sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan 
membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu 
kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, 
tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam 
sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Ibu bapa 
Haris di kampung sudah bertemu calon isteri yang sesuai untuk Haris. 
Apabila wanita itu bertindak datang berjumpa Haris di Kuala Lumpur, 
Shiela tahu bahawa sudah tiba masanya untuk dia membuat keputusan. Amy 
amat sukakan Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan 
itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris.
 Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup 
Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman.

 
No comments:
Post a Comment